Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 4, 2014

BN Akan Bertahan Sekiranya DAP, PAS Dan PKR Berjuang Secara Persendirian

DAP keluar Pakatan beri kelebihan pada BN - Penganalisa politik
Syafique Shuib,Astro Awani |Kemas kini:November 04, 2014
(Diterbitkan pada: November 04, 2014 07:49 MYT)

DAP keluar Pakatan beri kelebihan pada BN - Penganalisa politik
Lim Guan Eng sebelum ini berkata bahawa DAP tidak takut berjuang bersendirian jika perlu untuk prinsip. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jika benar DAP keluar dari Pakatan Rakyat, ia akan memberi peluang yang cerah kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata seorang penganalisa politik.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini berkata bahawa DAP tidak takut berjuang bersendirian sekiranya perlu bagi mempertahankan prinsipnya.

Namun Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berpenda;at nasib DAP masih bergantung kepada keutuhan Pakatan Rakyat.

“Mereka bukan gagah dengan sendirinya, tetapi bintang mereka bersinar dengan bantuan Pakatan Rakyat. DAP ada kekuatan tersendiri namun ia adalah limpahan kekuatan PKR dan  PAS,” kata Jayum.

Beliau turut menganggap  kenyataan Lim sebagai “kenyataan politik” kerana jika benar DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat, ia memerlukan pertimbangan yang besar.

“Kalau DAP keluar, ketiga-tiga parti (DAP, PKR, dan PAS) tidak ada harapan untuk mendapat tempat yang penting pada PRU ke-14.

“Mereka tidak akan berpecah kerana hal-hal kecil. Masing-masing tidak akan ke mana,” jelas beliau.

Sementara itu penganalisis Politik UUM, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat DAP, dimana majoriti penyokongnya adalah dari kaum Cina, tidak akan ke mana tanpa sokongan parti-parti lain yang mempunyai sokongan daripada majoriti kaum lain.

“Mereka boleh bergerak sendiri namun tidak akan berjaya untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Azizuddin turut berkata bahawa agak sukar untuk PAS dan DAP bekerjasama kerana kedua-dua parti mempunyai agenda masing-masing.

“PAS sebelum ini mahu melaksanakan hukum Hudud. DAP pula mahu negara sekular. PKR pula menjadi orang tengah untuk kedua-dua parti ini.

“Secara realitinya ia agak sukar untuk bergabung. Mereka perlu mencari nilai-nilai yang boleh menyatukan semua. Kalau tidak, ia akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional pada PRU akan datang,” katanya.

Penganalisis politik Prof James Chin pula berpendapat kenyataan Lim sebagai luahan kekecewaan terhadap kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ia ditujukan kepada Hadi dan bukan PAS secara keseluruhan. Beliau tahu Hadi mahukan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

James turut berkata bahawa tiada perubahan akan berlaku pada Pakatan Rakyat.

“Namun selagi Hadi memimpin PAS, tidak akan wujud rasa percaya di antara DAP, PKR dan PAS,” katanya lagi.

Swaktu Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada Ahad, Lim berkata bahawa perkara paling penting menggerakkan Pakatan Rakyat adalah kewujudan ketiga-tiga komponen parti di bawahnya iaitu DAP, PKR dan PAS.

“Kita tolak sama sekali pandangan sesetengah pihak bahawa tanpa Anwar, PR akan habis. Sebenarnya PR hidup atau mati bukan kerana Anwar, tetapi bergantung kepada ketiga-tiga parti dalam berpegang kepada janji dan komitmen," kata beliau.

1 comment:

  1. Abe

    Kenyataan Prof Chin yang masuk akal. Ia lebih kepada kekecewaan kepada TGHH dan kumpulan UGnya.

    Setelah dibelasah hebat di media maya, nampaknya puak UG berdiam diri. Ini bukan ganjil kerana selama 6 tahun ni pun mereka akan menyepi apabila dikritik hebat setelah melakukan sabotaj. Pada hakikatnya kerja mereka terus berjalan untuk memporak perandakan PAS. Mereka akan muncul kembali setelah keadaan reda.

    Dalam keadaan sepi sekarang ada satu perkara p3nting yang kita sedang menunggu tindakan mereka. Ia itu k3putusan rayuan 2 Adun PAS yang menyokong DSWAWI yang t3lah diputuskan oleh MSU.

    Keputusan telah dibuat. Tetapi SU MSU merangkap orang kuat UG, Ustaz Nik Zawawi memaklumkan keputusan itu dirahsiakan dulu dalam 2/3 hari supaya keputusan itu diketahui dahulu oleh kedua Adun sebelum diketahui umum.

    Ini satu kepelikan yang tidak terjadi didalam mana-mana pertubuhan termasuk parti-parti politik dalam soal rayuan kepada tindakan disiplin. Pertama ia adalah keputusan parti dan bukan privilage bagi mana-mana ahli yang dikenakan tindakan disiplin.

    Apa tujuan tindakan disiplin? Ia adalah cara parti menangani masaalah disiplin dan perlu dihebahkan sebaik keputusan dibuat sebagai amaran kepada ahli-ahli lain untuk tidak melakukan perkara yang sama.

    Jika dirahsiakan terutama apabila dihebohkan bahawa pelanggaran disiplin parti oleh kedua Adun ini adalah satu perkara besar - tak masuk akal keputusan itu dirahsiakan dengan alasan tak masuk akal. Ahli yang dikenakan tindakan disiplin mana ada hak seperti alasan yang dinyatakan oleh SU MSU. UMNO pun tak pernah pandang remeh masaalah disiplin ahlinya macam MSU buat.

    Di sebabkan MSU ini dikuasai oleh puak UG, saya tak sedap hati dengan kenyataan Nik Zawawi ini. Mesti ada sesuatu yang tak kena ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa