Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 14, 2014

Hantu Altantuya Masih Berkeliaran Mencari Mangsa?

Bekas pengarang Harakah beri keterangan kes disiplin berkaitan pembunuhan Altantuya 
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 14 November 2014
Dalam SD pertama beliau, Balasubramaniam mensabitkan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat jawatan timbalan perdana menteri, dan beberapa tokoh lain dalam pembunuhan Altantuya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 November, 2014.

Seorang bekas pengarang kanan Harakahdaily akan hadir hadapan jawatankuasa tatatertib Majlis Peguam esok untuk mendedahkan penglibatan peguam korporat Tan Sri Cecil Abraham merangka dokumen kontroversi, akuan bersumpah yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, bekas pengarang lidah rasmi PAS itu juga akan memberikan keterangan berkaitan satu temu bual beliau dengan peniaga karpet, Deepak Jaikishan pada 2012.
Sumber berkata testimoni bekas pengarang kanan itu penting kerana akan menyokong keterangan dua orang saksi lain, kedua-duanya peguam, yang sudah memberikan keterangan di hadapan jawatankuasa tatatertib sebelum ini.
Salah seorang saksi itu adalah peguam Americk Sidhu yang merupakan peguam mendiang P Balasubramaniam, seorang detektif peribadi yang membuat dua akuan bersumpah (SD) berkaitan kes pembunuhan Altantuya.
Dalam SD pertama beliau, Balasubramaniam mensabitkan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat jawatan timbalan perdana menteri, dan beberapa tokoh lain dalam pembunuhan Altantuya.
Kenyataan bersumpah kedua Balasubramaniam yang dibuat sehari selepas SD pertama pada 3 Julai, 2008, di mana dia menarik balik SD pertama dengan mendakwa menandatanganinya dalam keadaan terpaksa.
"Peguam bagi Majlis Peguam kini akan meletakkan pengarang dengan niat membina kes yang kukuh, berlakunya salah laku profesional," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Dalam temu bual dengan bekas pengarang berkenaan pada akhir 2012, yang dirakam dan dimuat naik melalui "TVPAS" dan YouTube, Deepak menyebut nama peguam berkenaan apabila menjelaskan peranan beliau dalam SD kedua.
Tetapi dalam klip video berdurasi 14 minit dan 39 saat itu, nama peguam itu dikeluarkan.
Pokok perbicaraan tatatertib ini adalah dakwaan Abraham menyediakan kandungan SD kedua apabila umum mengetahui peguam Balasubramaniam pada masa itu adalah Americk.
Abraham dihadapkan kepada penal tiga anggota Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara (ASDB) kerana salah laku profesional, menyediakan SD kedua Balasubramaniam yang tidak dibenarkan.
Pada bulan Mac lalu, Pengerusi Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong adalah individu pertama dipanggil, tetapi prosiding itu kemudian berhenti selama tujuh bulan selepas peguam Majlis Peguam Lambert Rasaratnam menarik diri kerana tidak selesa memeriksa balas Abraham.
Seorang peguam kanan lain, Datuk Bastian Pius Vendargon kemudiannya dilantik menggantikan Rasaratnam.
Bekas pengarang ini adalah saksi kelima yang akan dipanggil memberi keterangan.
Setiausaha Majlis Peguam Richard Wee, seorang peguam kanan korporat yang tidak dikenali, dan Americk sudah memberi keterangan setakat ini.
Sumber berkata selain Deepak, Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat dan peguam M Arulampalam juga dikenalpasti sebagai saksi yang berpotensi.
Peniaga karpet itu sebelum ini mengakui membantu Balasubramaniam menolak SD pertama beliau dengan mencari dua peguam untuk menyediakan kenyataan baru.
Balasubramaniam meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac tahun lepas, beberapa minggu selepas pulang daripada ‘buang negeri’ yang dilakukannya sendiri.
Americk memberitahu pada mesyuarat agung tahunan Peguam Malaysia tahun lepas, Abraham mengaku adalah orang yang menyediakan draf akuan berkanun kedua.
Beliau juga kemudian memberitahu pemberita arahan kepada Abraham datang daripada Najib.
“Saya tidak berminat membuat aduan kepada ASDB. Itu bukan agenda saya. Agenda saya hanya untuk mengetahui siapa yang mengarahkan beliau melakukannya,” katanya pada waktu itu.
Dua bekas komando polis – Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri – yang dituduh membunuh Altantuya (gambar), didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Sabitan mereka bagaimanapun ditolak Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Putrajaya dan keputusan akhir dijangka dibuat sebelum akhir tahun ini.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri pada 2008.
Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara (ADSB) memutuskan mengadakan prosiding itu selepas mendapati terdapat kes prima facie terhadap peguam itu kerana salah laku profesional.
Jawatankuasa yang terdiri daripada dua peguam dan seorang orang awam itu sedang melihat kepada tuduhan salah laku mengikut Seksyen 94 Akta Profesion Undang-Undang 1976 bagi “melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu oleh seorang peguam dalam kapasiti profesionalnya yang dianggap sangat tidak wajar.”
ASDB adalah badan bebas dalam Majlis Peguam yang ditugaskan mengikut undang-undang menyiasat salah laku profesional.
Peguam yang biasa dengan prosiding tatatertib berkata penal itu akan melaporkan penemuan dan cadangannya kepada lembaga, termasuk hukuman yang perlu dijatuhkan kerana salah laku.
Mengikut LPA, peguam yang didapati bersalah kerana salah laku boleh ditegur, didenda, digantung daripada menjalankan tugas sehingga lima tahun, atau nama digugurkan daripada daftar peguam. – 14 November, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa