Jokowi, Famili Serba-Serbi Sederhana
Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 10:20 PM - mStar
Iriana (kanan) bersama Kahiyang dan Kaesang dengan gaya santai.
JAKARTA: Kesederhanaan dalam kehidupan terus menjadi pegangan Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo, selain isteri serta tiga anaknya.
Walaupun pernah menjadi ahli perniagaan berjaya, Jokowi, 53, tidak mahu anak-anaknya terlalu merasai kemewahan kerana perkara paling utama adalah pendidikan, malahan isterinya, Iriana turut seiring apabila serba serbi sederhana dalam menjalani kehidupan harian.
Berusia 51 tahun, wanita pertama republik itu selesa mengenakan pakaian dan seluar ringkas, bukan seperti wanita pertama lain yang mengutamakan jenama.
Anak lelaki sulungnya yang berusia 27 tahun pula mempunyai perniagaan katering di kampung mereka di Solo dan hanya memandu kereta ‘hatchback’.
Kesibukan menguruskan perniagaannya menyebabkan pemuda ini tiba di sini beberapa hari sebelum pelantikan Jokowi pada 20 Oktober lalu.
Lebih menarik lagi insiden ketika anak perempuan Jokowi, Kahiyang Ayu, 23 mengalami kecederaan di tangan.
Dia tidak mahu dibawa ke klinik swasta sebaliknya meminta dibawa ke pusat kesihatan biasa dan sanggup menunggu untuk mendapat rawatan.
Bagi anak bongsu Jokowi, Kaesang Pangarep, 17 pula, walaupun peluang melanjutkan pengajian ke Singapura, dia masih diajar berdisiplin dan tidak pernah dimanjakan dengan wang.
“Saya jarang menaiki kereta api MRT kerana kosnya lebih mahal berbanding bas. Ibu pernah menolak permintaan untuk menambah wang saku, namun dia berkata sengaja tidak memberikan elaun yang banyak supaya saya dapat belajar betapa susahnya hidup di negara lain,” katanya dalam blognya.
Ya udah kalah dibandingkan dgn First Lady of Malaysia. Kayaknya seperti pokok krismas, rendang serta gemerlipan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sangking ayu neh, amit amit jabang bayik, ojoh kaget..
ReplyDeleteMungkin mereka tak punya simpanan dari kecil yg banyak untuk hidup mewah macam isteri pm kita. Di negara kita kalau nak kaya masuk umno terus kaya-raya tak payah nak berniaga kumpul harta dan hidup susah macam jokowi.
ReplyDeleteHidup susah dan faham kesusahan rakyat tak masuk kamus kehidupan pemimpin umno terutama anak2 pm & bekas pm.
orang orang melayu rata rata bahalol , malas dan suka di suap siang malam. yang jadi barua dan broker bangga dapat habuan yang secoit.
ReplyDeleteorang orang indonesia rata rata kuat kerja dan gigih untuk mencari nafkah.
bila si bahalol dapat makan free , maka akan tamak bagai khinzir dapat anai anai.
ubah adalah ter baik kearah kemajuan ber landas al quran dan sunnah.
ibaratnya pokok krismas dgn pokok pokok kelapa.... yg mana lebih memberi manfaat kpd kita....
ReplyDeleteMahathir pun gitu juga..kerja kuat. potong elaun sana potong elaun sini.Kalau melawat kawasan jangan ada sambutan bunga rampai lah..
ReplyDeleteSekarang Mahathir dah jadi TOKEH Petron. Dah nak setanding dengan petronas.
Ceritalah apa pun kalau asas pembentukan jati diri bukan dari Islam akhirnya boleh hanyut juga. Harap2 Jokowi jangan jadi macam Mahathir. Kuatkan Islam anda.