Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 14, 2014

Korang Rasa Boleh Pakaikah Pandangan Ini?

Percakaran DAP dan PAS berlarutan
Hazlan Zakaria02:30PM Nov 13 2014

KOMENPepatah pujangga menyatakan bahawa cinta itu buta dan dalam tempoh bulan madu, tidak ada pasangan yang tidak molek, kerana rasa euforia dan sinaps kimia-elektrik membuatkan semuanya rasa baik.
Tetapi apabila ia berakhir, misalannya enam tahun selepas "tsunami" bulan madu atau hubungan yang terjalin sewaktu menjalankan projek anti-BN, kecantikan ini mulai pudar dan keunikan yang dulunya comel dan manis kini bertukar menjengkelkan dan mengganggu.
Inilah yang telah berlaku kepada pasangan Pakatan Rakyat dari DAP dan PAS dan percakaran awam mereka dalam media, seperti selebriti-selebriti sewaktu penghujung hubungan mereka yang berprofil tinggi.
Kedua-dua parti ini terus bersuara mengkritik antara satu sama lain dalam kebuntuan yang telah menyekat hubungan parti yang mesra, selepas saga MB Selangor yang dicetuskan Serampang Kajang dan PKR.
Selepas DAP menyerang PAS dalam isu Selangor MB, kini giliran parti hibrid sosialis-kapitalis itu untuk menyerang parti Islam itu kerana tidak memastikan bahawa presidennya, Datuk Seri Hadi Awang hadir sewaktu mesyuarat-mesyuarat Pakatan.
DAP mendakwa ini menjadikan konsensus dan tindakan membuat keputusan sebagai sesuatu yang sukar. 
PAS kemudiannya bertindak balas serupa, mengungkit masa-masa apabila kepimpinan tertinggi DAP turut hanya menghantar wakil bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat Pakatan.
Percakaran antara kedua-dua sekutu ini merupakan petunjuk keretakan yang berlaku di antara kedua-duanya.
Pertikaian antara kedua-dua parti ini, bermula dengan saga MB Selangor, walaupun itu mungkin hanya alasan.
Kerana ia masih berlaku lama selepas pengorbanan MB kini, Azmin Ali yang berani menerima perlantikan Sultan, demi menyelamatkan Pakatan Rakyat dan negeri yang paling maju secara kolektif. 
Bagi DAP, ini mungkin cara untuk memastikan mengeluarkan penyokong paling kuat pelaksanaan negara Islam dan undang-undang hudud dari Pakatan, kerana parti hibrid sosialis-kapitalis itu menentang keras kedua-duanya.
Kerana ia tidak dapat menyatukan pendiriannya dengan PKR dan PAS yang bersetuju bahawa Islam adalah cara hidup orang Islam dan dalam jangka panjang negara Islam dan hudud adalah caranya, DAP mungkin sedang mempertimbangkan untuk mencerahkan peluangnya.
Walaupun mungkin PAS lebih bersemangat dalam usaha ini, manakala PKR yang dipimpin oleh seorang penganut Islam harus bersetuju, kerana seorang Islam memiliki kewajipan untuk mematuhi Islam.
Tetapi sebagai satu-satunya parti yang tidak cenderung kepada hudud atau negara Islam, DAP mungkin melihat ini sebagai satu peluang untuk menjadi batu api dan mewujudkan satu peristiwa yang mungkin akan menyingkirkan PAS.
Oleh itu, DAP nanti akan hanya ada sebuah parti yang tidak begitu komited terhadap hudud seperti PKR untuk ditangani.
Mungkin DAP berharap bahawa usahanya merekrut lebih ramai penyokong Melayu Islam moden bertudung yang tidak cenderung hudud, akan menuai hasil dalam mendapatkan sokongan daripada pengikut-pengikut Islam sederhana. 
Sebagai bonus, pertengkaran awam dengan PAS boleh membantu meneutralkan serangan BN terhadap DAP, yang kononnya tidak berkuasa menghadapi dakwaan Islamisasi Pakatan yang diperjuangkan oleh parti Islam itu.
Dan untuk PAS, untuk beberapa segmennya yang lebih konservatif, adalah lebih baik untuk bekerjasama dengan orang-orang Islam dalam Umno dari mengambil risiko bekerjasama dengan mereka yang didakwa mengancam untuk menginjak seluruh ajaran Islam.
Jadi mungkin unsur-unsur dalam kedua-dua parti ini sedang memanjangkan lagi pertengkaran ini.
Apapun masalahnya, api sedang dinyalakan oleh kedua-dua belah pihak, walaupun DAP yang tampaknya sedang memprovokasi parti Islam itu.
Walaupun PAS, disebabkan ego atau provokasi dalaman, juga nampaknya tidak mahu beralah.
Walaupun kedua-dua mereka telah memperoleh dan mencapai kemajuan yang lebih besar dengan Pakatan, PAS dan DAP juga mengetahui bahawa mereka dapat berfungsi sendiri, semasa menjadi parti pembangkang berasingan sebelum perjanjian di antara ketiga-tiga itu wujud.
Tapi sama ada Pakatan dapat selamat dari perpecahan yang melibatkan DAP dan PAS, adalah sebuah persoalan yang lain sama sekali.
DAP sudah berkata yang ia mungkin keluar jika keadaan tidak bertambah baik, manakala PAS juga menyatakan perkara yang sama. PKR tidak akan dapat hidup tanpa peringkat akar umbi dan PAS dan DAP.
Jika ini bukan sekadar drama bagi mendapatkan kepentingan politik, kerusi pilihan raya dan untuk menguji batas-batas struktur kuasa Pakatan, ia pasti menandakan masa depan yang gelap bagi pakatan itu.
Mungkin DAP akan bergabung dengan PSM yang telah mengumumkan untuk berhenti cuba menyertai pakatan pembangkang itu setelah ditolak terlalu lama, bagi membentuk sebuah barisan ‘sayap kiri', manakala PAS dan PKR meneruskan pakatan mereka. Sebuah langkah yang akan mewujudkan parti ketiga bebas untuk semua.
Mungkin ini lebih baik, kerana rakyat akan mempunyai pilihan mengenai siapa yang akan mewakili dan memimpin mereka.
Dan mungkin perpecahan adalah lebih baik bagi Pakatan, kerana isu negara Islam dan hudud telah menyekat mereka daripada menjadi sebuah parti yang benar-benar bersatu, kerana DAP dan PAS langsung tidak dapat mencapai kata sepakat dalam hal ini.
Kadang-kadang perceraian atau berputus hubungan adalah jawapan yang lebih baik, daripada pertengkaran yang tidak sudah-sudah di antara kedua-dua pihak yang dahulunya tidak dapat berenggang.

5 comments:

  1. banyak macai karat biru totok mencaci bila komen & gaduh sikit antara pr terutama dap kena maki macam2 ,parti perkauman & komunisla & macam2 lagi tanpa usul periksa sebenar siapa pengkhianat pada bangsa & agama sebenar ? contoh sikit antaranya kebanjiran pendatang yg halal termasuk yg haram macam tanpa had hingga jadi macam neraka dengan jenayah berbagai,kelentongan & penyelewengan selama memerintah negara malaysia menyebabkan negara hampir bangkrap,tapi masih ramai macai bangang penyokong setia menyalak gomen terbaik ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Punco popocahan sonang bonar nak faham. Hj Hadi tak suko Si Nuar tu ha...jalo boleh dia nak Din Ayam jadi MB. Bilo PKT nak turunkan TSKI Hadi jadi hilang pertombangan dan bengis semacam. Sebabnya segala percaturan pegangan ekonomi yang dirancang bersama abang Raja Petra pasti tergendala bola khslid digantikan. Takdo kona mongona dengan bulan madu khayalan mak abah penulus artikel ni....cuba buat referendum kepada semua ahli dan penyokong PAS samada nak terus bersama PR atau nak ber UG dengan penjilat Tuang Presideng. Jawapannya majoriti ahli PAS mahu terajang hadi dan koncokonconya keluar dari pucuk pimpinan

    ReplyDelete
  3. Kalau Hadi Awe masih menjadi Presideng PAS dan golongan UG-nya masih mencengkam MSU dan JKPP, penceraian adalah sebaik-baiknya bagi PR. Hudud sepatutnya dikenakan kepada semua golongan termasuk yang bukan Islam, barulah keadilan dan kesamarataan di kalangan rakyat dapat direalisasikan. Mengapa tidak boleh? Bukankah Melayu Islam yang majoriti? Sekiranya majoriti tidak dapat dicapai dan mendapat penolakkan sebahagian Melayu Islam yang tidak bersetuju, mengapa PAS rasa terujua sangat nak laksanakan walaupun tahu ianya tiada sokongan majoriti? Islam sunni berpecah kepada empat mazhab pun atas sebab menyesuaikan kehidupan setempat atau negeri supaya iklim keagamaan di lokasi tersebut bersesuaian dengan Islam. Tentunya pengamal Islam konservatif tidak boleh memikirkan pendekatan tersebut hingga hampir kiamat sekalipun.

    ReplyDelete
  4. PAS benggap , pandai hafal hafal saja tetapi applikasi dalam realiti kehidupan benggap.

    kan elok kalau PAS guna otak sikit belajar dari DAP cara cara nak hidup di dunia dengan kehidupan , bukan kematian dalam kehidupan.

    PAS akan tetap bahalol dan gagal jika terus gagal belajar ajaran Al Quran Sunnah...

    Bahalol !!!

    ReplyDelete
  5. Sekarang dah tenang jangan bising bising lagi.Banyak bersyukor.Ingat musoh memang cari peluang nak laga kan P.Rakyat.Jadi kan ini pelajaran jangan menuding sesama sendiri, itu perangai setan.Masalah no. satu kita ialah rasuah yang tak kan hapus selagi pemerintah ini memerintah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa