OLEH DIYANA IBRAHIM
Published: 14 November 2014
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pendapatan per kapita tidak akan menjadikan Malaysia negara membangun, malah ia lebih mengelirukan apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 November, 2014.
Bekas perdana menteri yang paling lama memerintah Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah.
Bagi Dr Mahathir, tindakan Putrajaya memberi BR1M sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju pada 2020 adalah sangat mengelirukan.
Menulis dalam blognya, bekas perdana menteri itu perkata pendapatan per kapita tidak patut dijadikan perkiraan sebagai kejayaan Malaysia mencapai status negara maju.
"Pendapatan per kapita tidak akan menjadikan Malaysia negara membangun, malah ia lebih mengelirukan apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai," katanya melalui blog chedet.cc hari ini.
Beliau berkata sosialis dan komunis cuba memperbaiki pendapatan masyarakat dengan memberi wang tunai dan kemudahan fasiliti.
Tetapi katanya, sosialis dan komunis juga akhirnya gagal dengan kaedah tersebut dan rakyat terpaksa mengambil jalan keluar melalui perusahaan bebas dan bekerja keras.
"Kita mesti meraih pendapatan dengan meningkatkan produktiviti, bukan dengan pemberian wang tunai dari kerajaan."
Beliau juga berkata tidak adil bagi rakyat menuduhnya tidak memahami tujuan pemberian BR1M.
Ini bukan pertama kali Dr Mahathir mengkritik polisi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun Najib mempertahankan pemberian BR1M dengan menyatakan ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat akibat daripada pemotongan subsidi dan juga bertujuan sebagai bantuan kepada rakyat.
Dr Mahathir berkata beliau menentang pemberian wang tunai sebagai kaedah meningkatkan pendapatan sejak dari awal pelaksanaannya.
"Kalau ya pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada yang benar-benar susah dan tidak mampu bekerja bagi meraih pendapatan.
"Bantahan utama saya ialah kerana pemberian wang pada skala begitu sangat kelihatan seperti rasuah," katanya.
Tambahan pula, katanya, apabila BR1M diberikan ketika hampir dengan pilihan raya atau disenaraikan dalam manifesto pilihan raya, ia mewujudkan persepsi bantuan itu bertujuan mendapatkan undi.
"Sekiranya pendapatan perlu ditingkatkan, ia sepatutnya dengan cara mewujudkan peluang pekerjaan atau perniagaan.
"Tetapi BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif daripada itu. Ia meningkatkan kecenderungan bergantung kepada kerajaan, termasuk bagi meningkatkan pendapatan sendiri, tanpa berusaha sendiri.
"Ia melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing mereka dalam pasaran," katanya.
Pendapatan tinggi perlu datang dari peningkatan produktiviti yang hanya boleh terhasil melalui pendidikan yang lebih baik dan latihan, kata Dr Mahathir.
"Kemampuan meningkatkan produktiviti datang dari nilai tambah yang lebih besar bagi sesuatu produk," katanya.
Beliau berkata, dengan kewujudan lebih banyak industri dengan nilai tambah yang tinggi, pendapatan pekerja akan meningkat berikutan sumbangan besar mereka kepada majikan.
Sambil menyatakan yang hasil kerajaan datangnya daripada cukai, Dr Mahathir berpendapat rakyat tidak akan suka melihat cukai yang mereka bayar digunakan sebagai alat pilihan raya.
"Sudah pasti mereka tidak mahu melihat wang daripada hasil titik peluh mereka digunakan bagi memenangi populariti untuk sesiapa atau mana-mana parti politik atau pentadbiran," katanya. – 14 November, 2014.
Tun Mahathir dah mula serang Najib yang bertitle PM terlemah di Asia. Bila pula Tun Mahathir nak sekolahkan si munafik Hj Adi Awe yang semakin hari semakin cenderung bercinta dengan Najib dan UMNO. Suami PM iaitu Tun Rosmah Mansoot sanggup berjumpa Hj Adi Awe ini sekiranya beliau bersetuju ber-UG dengan Najib dan UMNO.
ReplyDeletenajib bahalol
ReplyDeletepatut pun kena belasah dari mahhathir
najib nak ber gaya , otak bahalol , guna duit rakyat.
hancur negara.
Wow, marvelous blog layout! How long have
ReplyDeleteyou been blogging for? you made blogging look easy. The overall look
plenty of fish dating site of free dating
your web site is fantastic, as well as the content!
I was able to find good info from your content.
ReplyDeletemy web blog; plenty of fish dating site of free dating