S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud
6:16PM - 6 Nov 2014
Seorang ahli akademik pengajian Islam menggesa Selangor agar menjauhi sikap terburu-buru dan tidak cermat kerajaan Kelantan dan kerajaan PAS Terengganu suatu masa dahulu yang dianggapnya "gelojoh" dalam melaksanakan hudud.
Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata Undang-undang Kanun Jenayah Syariah itu tetap akan gagal dilaksanakan sekalipun jika PAS dan Umno bersepakat untuk melaksanakannya.
"Kalau kita laksana hudud di Kelantan dan Terengganu, sekiranya kerajaan Umno dan PAS laksana hudud berasaskan draf di Kelantan dan Terengganu, insya-Allah gagal.
"Saya nak kata kalau nak laksanakan hudud, mulakan satu-satu.
"Jangan gelojoh macam Kelantan dan Terengganu," kata dekan Institut Peradaban dan Pemikiran Islam Antabangsa (ISTAC) UIA itu.
Beliau bercakap pada forum Kanun Jenayah Syariah dari Perspektif Perlembagaan dan Masyarakat Majmuk di Malaysia anjuran kerajaan Selangor di Shah Alam petang ini.
Menjelaskan kenyatannya itu, Mahmood Zuhdi berkata undang-undang hudud perlu diasaskan kepada kefahaman tentang hukum Islam (fiqh) yang bersifat semasa.
"Kitab yang digunakan di Kelantan adalah berdasarkan kitab lama.
"Yang ada (hudud) di Kelantan dan Terengganu berdasarkan fiqh beratus tahun dahulu.
Bukan hudud 'bengis'
"Realiti semasa, kita terbitkan semula hudud dalam wajah yang berseri dan bukan dalam wajah yang bengis.
"Daripada segi fiqh, saya cadangkan kepada universiti supaya mewujudkan fiqh-fiqh baru.
"Jadi sekarang ini, kita benarkan satu fiqh yang betul-betul semasa, realitinya berasaskan Malaysia," katanya.
Mahmood Zuhdi yang juga bekas pengarah Akademi Pengajian Islam Univeriti Malaya berkata pelaksanaan hudud juga menuntut masyarakat yang berdisplin serta kebijaksanaan pemerintah.
Memberikan contoh, Zuhdi berkata kesaksian dalam hudud menuntut seorang individu yang tidak bercakap bohong dan juga tidak secara suka-suka mengendap orang yang berzina.
"Kalau masyarakat belum ada hati, nurani dan budi untuk melaksanakan hudud, maka ia akan gagal.
"Bolehkah kita laksanakan undang-undang hudud dalam keadaan ia akan timbulkan kontroversi dalam masyarakat?
"Ia akan menyebabkan masyarakat berpecah-belah dan tidak ada perpaduan dalam ummah.
"Saya bukan menentang hudud tetapi saya tidak percaya kepada kebijaksanaan kita untuk melaksanakan hudud," katanya.
# Mahmood Zuhdi tinggalkan PAS bila Allahyarham Dato' Haji Mohammad Nasir dipecat dari PAS
seorg ahli fiqh yg banyak pengalaman, setelah menjadi aktivis PAS dizaman mudanya, beliau meninggalkan politik dan menjadi seorg ahli akedemik.
ReplyDeletePenuh dgn ideal pembaharuan dlm fiqh Islam, masih lagi mencintai PAS walaupun kelihatan suka membuat kritikan pedas terhadap PAS..
Jenerasi muda PAS mesti berusaha mengembalikan beliau semula kepada PAS. Buah fikiran beliau terlalu diperlukan kpd PAS.
"Saya bukan menentang hudud tetapi saya tidak percaya kepada kebijaksanaan kita untuk melaksanakan hudud," katanya (Prop Dato Dr Mahmood Zuhdi)- Bukan sahaja Prop yang bijaksana tak meyakini pihak yang teruja ingin melaksanakan Enakmen Hudud malah rata-rata rakyat Malaysia beranggapan bahawa dengan perundangan moden yang digubal oleh bijaksana dan mengambil masa separuh kurun dan beribu-ribu kali pindaan pun masih terdapat banyak kebocoran dan ronga-rongga ketidakadilan yang nyata, maka apalagi yang mahu diharapkan kepada manusia kini yang kurang bijaksana dan emosi keduniaan serta tiada kepelbagaian ilmu untuk melaksanakan tanggungjawab besar membawa Enakmen Hudud ke tahap pindaan perlembagaan Malaysia? Adakah rakyat masih mempercayai reputasi dan kredibiliti mereka ini?
ReplyDeleteGua sgt percaya kpd REPUTASI drama AUTAsandiwara FITNAH2
ReplyDeletepilkuda
kominis
brokar n
barua
Gua yakin hudud tuang guru yg TUANG itu pasti dgn FITNAH2nya itu selamat mmbawa ke Syurga...
Syurrrga yg mana???
Yg tuu tanya laa nik aziz, wokeh!?