Apa yang keluar dari mulutnya tak pernah ke arah membina!
Lagi mengeruhkan keadaan tu adalah......
Yang dipertikai tu, kehadiran tu satu hal
Dan satu hal lagi kerap guna kuasa ubah keputusan yang dipersetujui. Inilah yang parahnya
Kesian pada pengundinya di Pasir Mas, MPnya tak reti bahasa
Bila Dewan Rakyat berbahas perkara-perkara ekonomi dan teknikal, dia jadi bisu
Kat luar bukan main naik ekor
Buat malu bapak dia jer......
Dari segi niat, Malaikat pun tak tahu niat di hati seseorang!
Ada betulnya pandangan blogger WFAUZDIN ini
Desakan DAP ada niat lain, dakwa Nik Abduh
NIZAM ZAIN
13 November 2014
KUALA LUMPUR - Desakan DAP yang berulang-ulang terhadap kehadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Mesyuarat Majlis Pimpinan PR dilihat seolah-olah mempunyai niat lain.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan ketidakhadiran bosnya itu dalam beberapa mesyuarat lalu mempunyai sebab tertentu dan tidak boleh dielakkan.
"Isu kehadiran mesyuarat itu semua orang tahu, kewajipan hadir, tidak hadir itu mesti ada sebab, jadi bila desak-desak itu, saya fikir sudah lain (niat)," katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Terdahulu, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat kelmarin sebulat suara menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, memandangkan Abdul Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam Pas, maka kehadiran beliau penting untuk mengukuhkan gabungan PKR dan DAP dalam PR.
Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh memberi jaminan isu kehadiran itu akan dibincangkan oleh pimpinan PR dan perkara lalu tidak wajar diulang dan diungkit.
"Saya fikir pihak pimpinan PR akan bincang benda ini, yang lepas itu, lepaslah," katanya lagi.
MP paling bodoh dr pas
ReplyDeleteTerlampau nk bela tokey barua dan broker la ni
Cukup la tunjuk anda penjilat hadi awe wahai abduh
Sudah terang lagi bersuluh. Isunya Tn Guru tidak mahu terikat dengan keputusan yang dibuat oleh wakiil PAS ke mesyuarat tertinggi. Itu masalahnya. Sebelum kes MB Selangor; ketidak-hadiran ini tidak pernah menjadi masalah. Untuk mengelak kes seperti kes MB Selangor berulang, DAP mahukan Tn Guru Haji Hadi memberi kuasa kepada mana-mana wakilnya ke mesyuarat tertinggi untuk membuat keputusan.
ReplyDeleteUntuk DAP, saya rasa DAP telah menyampaikan mesej mereka loud and clear. Sambutlah gesaan Mahfuz dan hentikanlah gesaan ini.
Setuju dengan saranan Mat Bon. Mesej dah sampai dengan jelas kepada empunya diri dan pucuk pimpinan PAS.
DeleteJadi kita berilah peluang kepada pucuk pimpinan PAS menyelesaikan masaalah tanpa sebarang tekanan lagi. Kita tahu TGHH pun bukan mudah hendak handle terutama sekarang. Tambahan pula dengan kehadiran hantu-hantu raya yang duduk dikeliling TGHH memagar TGHH atas pelbagai sebab.
Tetapi yang jelas TGHH sudah hilang legitimasi untuk terus memimpin PAS. Beliau bukan sahaja menjadi liabiliti kepada PAS tetapi kepada amanah jawatan itu sendiri. Jawatan Presiden PAS tidak sama dengan jawatan Presiden parti-parti s3kular. Jawatan Presiden PAS adalah satu amanah ugama yang besar.
lagi budak bahalol.
ReplyDeletebanyak sangat bahalol dalam MP MP Melayu sekarang ini.
Ni le mp pasir mas yg lebih bangang dr ibrahim ali... At least perjuangan ibrahim ali ada hasil utk org pasir mas dan amno.... Yg ni xtau le apa nak jadi... Xikut bapaknya yg berjasa,... Nak berjasa kpd pas xnampak kat org pasir mas dan rakyat langsung xnampak... Teruk sgt mamat ni,,.. Kesian pas dan bapak nya... Perjuangannnya cuma utk hadi awang aja...
ReplyDeleteAbe
ReplyDeleteKebodohan Nik Abduh ni memang hebatlah sehingga menarik perhatian kolumnis FMT yang menetap di London. Bila dia ulas, dia bukak statistik HIV di Kelantan, dia bukak cerita sumbang mahram, dia bukak kadar penagihan dadah yang tinggi - malu orang kelantan! Malu negeri kelantan yang digelar serambi mekah!
Inilah satu mangkok kalau kita boleh hilangkan menggunakan magis David Copperfield, rasanya memang patut kita hilangkan mangkok ni dengan segerà . Bagi dia cuma hendak tunjukkan kebodohan dia sahaja dengan guna tapak kaki menggantikan akal yang dikepala.
Sesiapa yang berminat membaca tulisan meriam mokhtar boleh ke link di bawah
http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2014/11/14/pas-high-on-religion-low-in-common-sense/
bat8
ReplyDeleteEh....macam mana abe boleh terlepas pandang article ni?
Siapa sangka otaknya kering sebagaimana rupa badannya juga?
ReplyDelete