Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 10, 2014

Pulak Dah: Semalam Bukan Main Menyinga Lagi!

BN Selangor Terbuka Terima Teguran Tun M
Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 8:19 PM - mStar
Datuk Seri Noh Omar (depan) beramah mesra bersama ahli-ahli Parti Progresif Rakyat (PPP) pada Konvensyen PPP Negeri Selangor di Bangunan Umno Bahagian Ampang pada Ahad. Turut bersama presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Tan Sri M. Kayveas (belakang). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Selangor menganggap teguran yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu teguran positif oleh seorang bapa terhadap anak.

Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata BN Selangor sangat terbuka kepada teguran terhadap jentera parti itu lebih-lebih lagi daripada tokoh negarawan dan bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.

"Kita melihat semua teguran yang diberikan, termasuk pandangan Tun Dr Mahathir mengenai pengundi-pengundi golongan muda dan kita tidak nafikan ia sangat penting untuk menjaga pengundi muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor di Ampang dekat sini, Ahad.

Katanya BN selangor menghargai pandangan beliau (Tun Dr Mahathir) dan berterima kasih terhadap segala pandangan dan kritikannya, BN Selangor akan berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.

Dr Mahathir dalam tulisan di laman blog, chedet.cc pada Rabu lepas telah menegur Umno Selangor supaya memberi lebih tumpuan kepada Generasi Y dan melakukan penyusunan semula pimpinan parti di negeri itu.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Noh berkata BN Selangor kini perlu mengeratkan perpaduan di kalangan anggota parti komponennya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

"Selain perpaduan, gerak kerja yang lebih intensif dengan mengenal pasti setiap pengundi di Selangor juga penting untuk mencapai tujuan utama kita iaitu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu Presiden PPP, Tan Sri M. Kayveas berkata PPP terbuka untuk membantu BN terutama di Selangor dalam perjuangan menawan semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

"Saya menyeru BN Selangor supaya mengguna pakai jentera kempen PPP dalam membantu BN, kita ada jentera yang kuat, jika BN tidak menggunakan jentera kami, ianya menjadi satu kerugian," katanya.

Katanya, terdapat lebih 80,000 anggota PPP di Selangor dan lebih 600,000 anggota di seluruh negara yang sudah mendaftar sebagai pengundi bersedia membantu BN mengerakkan jentera kempen dalam pilihan raya akan datang.

4 comments:

  1. budak bahalol otak udang sudah kena sound mat monggol , jadi benggap terus...

    ReplyDelete
  2. Biasalah Noh (Amfibia) ini.... Sekejap-sekejap kita boleh jumpa beliau di Kelab Dangdud dan di masa yang sama boleh jumpa pula di Nite Kelab. Kes adik beliau yang bawa dadah ke Sabah dahulu disenyapkan sahaja sebab pengaruh menteri rupanya......

    ReplyDelete
  3. mahdey suruh tumpu kpd Generasi tapi umno tumpu kpd Lelaki Y.

    salah mahdey juga kerana ajar dn mulakan fitnah liwat.

    apa yg ditanam itu yg dituai.

    ReplyDelete
  4. Podah PPP ni.....
    Kaveas Koliang opportunist. Bukan berniat nak membela kaum India sebenarnya.......nak mengejar jawatan menteri atau timbalan saja. Ada ka 600k ahli PPP di negara ini???....PODAHHHH Kelentong je lebih

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa