Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 16, 2014

Saari Sungib: Pengkhianat Atau Hero?

Saya hanya mahu selamatkan kerajaan Pakatan Selangor 
Oleh Saari Sungib
Berulang kali saya cuba cari dan fahami apakan kesalahan saya yang dimaksudkan bersalah, kata Adun Hulu Klang Saari Sungib. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2014. 

Saya menerima surat yang menyatakan pada 12 Oktober 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah dan membuat keputusan menggantung keahlian saya sebagai ahli PAS selama setahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan.
Berulang kali saya cuba mencari dan memahami apakah kesalahan saya yang dimaksudkan sebagai bersalah.
Bagi tujuan pembelaan diri seperti yang saya jelaskan dalam siasatan awal pada 29 September, 2014 kepada Pejabat Setiausaha Agung, bolehlah saya letakkan bersalahnya saya ada kaitan dengan tindakan menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 14 Ogos 2014.
Perkara ini saya jelaskan sebagai berikut:
1. Kemelut pertukaran menteri besar Selangor meresahkan kami di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) kerana ada ura-ura akan berlakunya perpecahan sokongan di kalangan Adun daripada PKR dan DAP yang setia kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan mereka yang akan patuh dengan keputusan parti menolak TSKI.
2. Setakat itu tiada apa-apa isu timbul atau dibangkitkan berkenaan Adun PAS. Pada masa itu saya merasakan pendirian Adun dan parti PAS adalah jelas, iaitu menolak TSKI.
3. Namun keadaan ini berubah secara yang amat menggusarkan saya setelah TSKI dipecat daripada PKR. Perubahan yang jelas itu adalah DAP menjadi padu dengan semua 15 Adun dan 13 daripada PKR (tidak termasuk TSKI kerana dipecat daripada PKR) menolak TSKI. Namun tiada sebarang arahan mahupun pendirian daripada PAS, sama ada pimpinan Selangor mahupun pimpinan Pusat.
4. Saya bertanya pimpinan PAS Negeri Selangor dan juga beberapa pimpinan PAS Pusat tentang perkara ini. Namun tidak mendapat jawapan daripada kedua-dua pimpinan negeri mahupun Pusat.
5. Keadaan menjadi bertambah gawat apabila TSKI mengumumkan pada 11 Ogos, 2014 beliau mendapat sokongan majoriti Adun di Dewan Negeri Selangor.
6. Reaksi saya pada masa itu adalah TSKI berbohong. Mana mungkin setelah semua Adun DAP dan PKR iaitu 15 campur 13 itu sudah jadi 28. Angka itu pun belum lagi dicampur dengan seluruh atau mana-mana daripada 15 Adun PAS.
7. Apabila masa berlalu dan tiada sebarang arahan daripada PAS Negeri Selangor mahupun PAS Pusat, maka mulalah saya dengar kata-kata yang berupa jangkaan atau tekaan pimpinan PAS Pusat sedang memikirkan satu formula baru pembentukan kerajaan baru di Selangor.
8. Semakin lambat PAS Pusat membuat ketetapan dan arahan tentang kedudukan 15 Adunnya, semakin deras sangkaan dan tekaan yang saya dengar daripada beberapa Adun PKR dan DAP dan juga daripada penyokong PAS dakwaan TSKI memiliki sokongan majoriti ada asasnya.
9. Ini berlaku dengan gabungan TSKI sebagai Adun bebas bersama-sama 15 Adun daripada PAS dan 12 Adun Umno untuk menjadikan 28.
10.  Dengan gabungan ini, iaitu 28 DAP-PKR dan 28 terdiri daripada Adun bebas (TSKI), 15 PAS dan 12 Umno akan membolehkan TSKI mengadap Tuanku Sultan Selangor memohon agar dibubarkan Dewan Negeri Selangor.
11. Mengimbau kehilangan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2009 kerana dua Adun PKR dan seorang Adun DAP menjadi Adun bebas dan menyokong BN, menjadikan saya amat berazam untuk tidak berulang di Selangor. Saya fikir sekiranya saya menyokong untuk bersama 15 Adun daripada DAP dan 13 Adun daripada PKR maka bilangan kami adalah 29. Ini akan menjadikan gabungan TSKI hanya 27.
12. Pada ketika itu saya berazam apa saja yang saya lakukan untuk menggagalkan usaha untuk menyelamatkan kerajaan PR Selangor adalah bertepatan dengan amanah dan mandat rakyat Selangor yang memberikan 44 kerusi Dewan Negeri pada PRU 13 (bilangan tersebut menjadi 43 setelah TSKI menjadi Adun bebas)
13. Di atas keazaman untuk menyelamatkan PR Selangor, memenuhi amanah dan mandat rakyat Selangor dengan  amanah 43 kerusi yang begitu kukuh dan berpandukan kepada keputusan Muktamar sejak 2008 untuk PAS bersama dan terus mengukuhkan PR, maka saya pada 14 Ogos, 2014 menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menolak TSKI dan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
14. Saya begitu yakin apa yang saya lakukan tidak melanggar mana-mana ketetapan atau arahan PAS sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat. Bahkan tindakan yang saya lakukan itu dianggap oleh rakan daripada PKR dan DAP, yang memang sekian lama menjadi rakan dalam PR, sebagai tindakan yang menyelamatkan kerajaan PR Selangor. Bahkan ada di kalangan mereka menegaskan tindakan saya menyelamatkan usaha pembinaan sejak 1999 melalui Barisan Alternatif satu kerangka demokrasi yang tegak di atas sistem demokrasi dwi-parti yang bakal memberi kebaikan kepada rakyat di negara ini.
Di atas penjelasan di atas, sukar saya memahami mengapa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah sedangkan rakan-rakan PR, iaitu PKR dan DAP menganggap tindakan saya adalah tindakan yang menyelamatkan kerajaan PR Selangor.
Apatah lagi, Alhamdulillah di bawah nama PR, pada hari ini, parti kita PAS terus memainkan peranan memacu kesejahteraan dan kemajuan Selangor bersama-sama PKR dan DAP  di atas nama kerajaan PR Selangor.
Dengan penjelasan di atas, saya meminta jasa baik dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulama PAS untuk menarik balik keputusan penggantungan keahlian selama setahun ke atas diri saya yang dibuat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Demikian juga di atas nama kebenaran dan keadilan, saya merayu Majlis Syura Ulama PAS mengisytiharkan saya sebagai tidak bersalah.
Sekian. Diterang dan dihuraikan atas nama kebenaran dan keadilan. Kepada Allah kita berserah. – 11 November, 2014.
* Saari Sungib ialah Adun Hulu Klang.

8 comments:

  1. Salah kamu cuma satu je iaitu terburu-buru. Biarkan perkara yang dibimbangi itu berlaku dulu jangan terus me lompat untuk menjadi hero kerana bukan kamu saja nak jadi hero kalau betul perkara tu berlaku akan ada ramai lagi hero-hero yang muncul umpama " Avenger".

    ReplyDelete
  2. jika demi ego & angkuh majlis syura masih mahu gantung keahlian tapi presiden mendahului majlis tidak apa maka rakyat akan nampak apakah perjuangan parti islam betul-betul benar atau pilih memilih dalam menghukum ! ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  3. Jenis yg hanya kuat disiber...tapi bila berdpn...terkencing2. Pukiar dia syg...pas yg dipimpin ulamak dihina dia diam. Dasar barua. Fifth column. Kononnya nk jd gerila...tp dh jd gorila semalaya. Tak sedar ke yg disokong tu bkn nk hudud...syg sis lg...suka anjing...dan geram pondan berbaju perempuan. Blum ckp psl takbeer lagi tu. Anak ketum pun dh terang2 menang mp dgn menipu.
    klu rasa dap dan pkr menyayangi anda....boleh jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang nak hudud tu...mengapa tak laksanakan hudud di Terengganu? Enakmen hudud Terengganu sudah dulukuskan lama dan dok tunggu buat sahaja. Boleh siap cakap dalam DUN yang kerajaan UMNO negeri Terengganu tak akan laksanankan hudud di Terengganu.

      Masih nak tunggu muka munafik...sembang kencang tuduh orang! Sendiri lagi teruk isytihar takmau laksana hudud....

      Delete
  4. Shaari Sungib ini adalah Pemimpin Sejati dan bukan bahalol macam yang terdapat dalam PAS.

    Orang seperti Shaari Sungib ini boleh hidup berdiri dan berjaya dalam apa apa parti politik bijak baik DAP juga PKR tanpa masalah.

    Mana ada sama orang orang bahalol dengan orang orang bukan Bahalol.

    Teringat pulak mamat Pil Kuda yang Malas & Benggap tu.

    ReplyDelete
  5. I do accept as true with all plenty of fish dating site of free dating the ideas you have
    presented for your post. They are really convincing and can certainly work.
    Nonetheless, the posts are too brief for novices.
    Could you please prolong them a little from next time?
    Thank you for the post.

    ReplyDelete
  6. This info is worth everyone's attention. When can I find out more?


    Review my site :: plenty of Fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  7. Hello, just wanted to say, I enjoyed this post. It was practical.
    Keep on posting!

    Also visit my web site ... plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa