Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 8, 2014

Sekurang-kurangnya kita sedar Umno merupakan parti korup!

Badut politik terus warnai Malaysia dengan sandiwara mereka 
Ng Kee Seng11:30AM Nov 08 2014

KOMEN: Ahli politik di Malaysia memang gemar membuka pekung di dada.
Mereka langsung tak mengendahkan samada pembongkaran mereka mampu memalukan diri sendiri. Yang  paling utama ialah survival kerjaya politik diri sendiri.
Ternyata politik hanya bagi kepentingan peribadi.
Inilah yang dapat disimpulkan dalam kisah pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang cuba mempertahankan kedudukannya dari diganggu gugat pihak tertentu - dari dalam partinya sendiri.
Sekurang-kurangnya kita sedar Umno merupakan parti korup!
The Malaysian Insider melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamd telah menyelar Umno Selangor kerana kegagalannya sejak 2008. Kini Noh membalas serangan dengan bertanya siapa yang menyebabkan imej Umno terperosok sehingga dianggap parti korup.
Noh menyoal, “Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila?” dalam usaha mengelakkan pucuk pimpinan Umno Selangor hari ini dipertanggungjawabkan.
Pada 5 Nov, Matahir menulis di blognya bahawa Umno perlu mengikis reputasi selaku parti yang mengamalkan rasuah. Beliau juga menggesa semua pemimpin Umno Selangor berundur berikutan kekalahan pada PRU12 dan PRU13.
Noh bagaimanapun memohon penjelasan dari Mahathir kerana tidak faham pemimpin mana yang dimaksudkan bekas Perdana Menteri itu.
“Macam mana mahu berundur? Semua pemimpin Umno Selangor merupakan ketua bahagian yang dipilih dalam pemilihan pada Perhimpunan Agung parti,” soal beliau.
Jika Mahathir bermaksud Noh sendiri, maka ahli parlimen Tanjung Karang itu berkata beliau tidak pernah tewas malah majoriti yang diraihnya semakin meningkat.
Noh juga berkata Umno Selangor mengalu-alukan kritikan dari Mahathir tetapi gesaan yang dibuat veteran Umno itu agak kabur.
Mahathir juga mendakwa dalam coretan di blognya bahawa pemimpin Umno Selangor lebih berminat mengekalkan kedudukan mereka.
Beliau bimbang dengan keengganan pemimpin sedia ada untuk menerima ahli baru. Beliau berkata ini berpunca sikap “takut dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihanraya.”
Noh bagaimanapun mendakwa Umno negeri termaju di Malaysia itu sentiasa membuka pintu kepada ahli baru.
“Saya minta beliau lebih spesifik. Kami di Selangor membuka keahlian buat semua. Bila kami cuba menghalang sesiapa menyertai Umno?” soal Noh.
Dalam pada itu Mahathir menggesa agar tumpuan diberi kepada golongan muda sambil usaha ditingkatkan bagi merapati masyarakat.
Minggu lepas, Perdana Menteri yang juga pengerusi Umno di peringkat kebangsaan Datuk Seri Najib Razak berkata beliau letih dan malu digelar sebagai pembangkang di negeri itu.
Najib menuntut ahli Umno meningkatkan usaha bagi menawan semula negeri terkaya di Semenanjung itu.
Pemerhati politik semua teruja menyaksikan mereka bergasak kerana sandiwara mereka senantiasa menggelikan hati.

2 comments:

  1. He he he.....tak silap ada kata2 orang melayu berbunyi...Hanya juhari yang kenal manikam.
    Benarlah kata2 ini pada Umnob,bukan saja diselangor tapi Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Orang orang Melayu asal usul nya miskin , kais psgi makan se malam. Rata rata malas bekerja dan kaki rokok lepak merata rata.

    Dengan DUMBNO , orang orang melayu boleh ber gaya tipu diri sendiri menjadi barua , broker , bangsawan konon ada pun ulamsk tetiba dengan balutan serban dan jubah , walhal penipu besar menipu diri sendiri untuk cari mskan ber gaya.

    Amalan korup boleh kan melayu melayu yang rata rata bahalol dapat jadi kaya mudah cepat dan singkat dengan menganiaya orang orang melayu lain.

    Jaja jaja agama saja sudah dapat jadi mop-tea rumah bangalow , gaji besar , kereta dan drebar walhal tanggung jawab di buat mainan saja.

    Akibat nya makin ramai melayu melayu jadi bahalol benggap dan merempat di negeri sendiri bila agama dan tanggung jawab tidak lagi di penting kan dalam kehidupan.

    Muka muka bahalol jadi pemimpin ada lah tanda ke musnahan bangsa melayu di abad ke 21 ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa