OLEH LOOI SUE-CHERN
Published: 9 November 2014
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada PAS yang mahukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014.
DAP hari ini menafikan parti itu mempunyai agenda tertentu apabila dilihat kerap membangkitkan isu kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) sekaligus mempersoalkan komitmen bersama rakan sekutu mereka.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada PAS yang mahukan Hadi menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama.
Katanya, ini kerana segala keputusan akhir PAS terletak di tangan Hadi. Justeru, sekiranya pemimpin parti Islam itu tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR maka segala dimuktamadkan boleh dipersoalkan
"Hormat DAP kepada PAS dan presidennya adalah punca DAP minta Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang wajib menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR agar PR boleh tunaikan janji dan penuhkan komitmen.
"Kegagalan beliau menghadiri mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR menimbulkan keraguan dan persoalan sama ada persetujuan oleh wakil PAS dalam mesyuarat adalah keputusan muktamad PAS seperti yang berlaku dalam kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini," katanya.
Lim berkata, Hadi sendiri pernah menyatakan hanya beliau berhak menolak keputusan Jawatankuasa Tertinggi PAS dan memutuskan apa yang dirasa wajar bagi PAS.
"Kenyataan Datuk Seri Hadi ini diterima DAP kerana ia tidak dipertikaikan mana-mana pihak dalam PAS. Oleh itu, mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR tanpa kehadiran beliau adalah sama seperti tidak dihadiri PAS. Tanpa PAS adalah sama seperti tanpa PR kerana PR adalah gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP," katanya.
Ketua menteri Pulau Pinang itu pada masa sama juga menolak kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam reaksinya terhadap kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.
Lim berkata, isu ketidakhadiran presiden PAS itu adalah mesyuarat yang perlu dihadiri pemimpin tertinggi parti sekutu PR yang boleh membuat keputusan penuh.
" Yang menjadi perkara pokok ialah wakil DAP dan PKR dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR berkuasa penuh untuk membuat keputusan bagi pihak parti masing-masing, tetapi entah mana wakil PAS sekiranya bukan presiden parti sendiri yang hadir.
"Yang penting ialah wakil parti berkuasa untuk beri kata putus dan bukanlah keadaan di mana hari ini setuju, esok hari ditolak atau ditidakkan," katanya merujuk kepada keputusan Hadi ketika isu calon menteri besar Selangor dulu.
Justeru, bagi menangani ketegangan itu, DAP sudah mengarahkan Loke berbincang secara terus dengan Mustafa.
"Saya mengarahkan Anthony Loke untuk bincang secara ‘direct’ dengan Datuk Mustafa seperti diminta Datuk Mustafa bagi menyampaikan pendirian parti DAP dan perlunya presiden PAS menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR," katanya. – 9 November, 2014.
apa khabar pak din..dah lama takda cerita pasal hutan.dah tak masuk hutan ke...
ReplyDeleteapabila diberi amanah @ tanggungjawab dia mungkir.
bkn shj ponteng mesyuarat tertinggi PR..sidang parlimen pun dia ponteng skrg ni...ntah la.maybe dia ada alasan berdasarkan firman & hadis sohih.
ha ha ha...
Anon 8:04 PM
ReplyDeleteMemang dah agak lama tak masuk hutan kerana alami masalah belakang. Nak kata bersara, kalau diizinkan Allah sembuh insya Allah akan sambung semula aktiviti tu.
Entahlah apa jadi dengan Hadi ni. Kalau ponteng messyuarat dan ponteng Parlimen itu samalah juga abai amanah dan tanggungjawab. Tanggung jawab terhadap komitmen bersama an amanah adalah dari pengundinya. Hukumnya pun dia memang tahu.....
Bila org buat sesuatu dia kata x beritahu dia dulu...bila org jemput mesyuarat dia x hadir..bila org x suka dgn tindakan dia , dia tuduh org lain broker dan barua...so gua ingat baik org terengganu beli saja parti pas ni dan jadikan pas ni parti mak bapak sendiri...
ReplyDeleteDAP bukan bahalol.
ReplyDeleteDAP takde masa nak buat bebende bahalol.
PAS kena waras sedikit baru rakyat hormat.
PAS ini sudah tua , tapi kualiti otak masih tahap benggap.
Jangan salah kan DAP atau bangsa Cina jika PAS jadi bahalol tak ubah ubah ikut zaman.
kesian lah pada anak cucu Melayu masa datang !!!
DAP mengingatkan PAS agar dtg mesyuarat.
ReplyDeletennti PAS kata DAP buli PAS.
hadi dh termalu isu selangor, so taknak dh duduk bersebelahan pemimpin PR lain.
bercinta dgn umno tk malu pulak.
kita akan lihat pemimpin PAS begini akan berkubur sejarahnya tidak dipedulikan sesiapa.
dia ingat umno nk sanjung dia? dlm umno ramai lagi harimau dan beruang yg sedia mencakar hadi lebih ganas lagi.
MUNGKIN INILAH KIFARAH KERANA MENYOKONG SYIAH DAN IRAN YG MEMBUNUH UMAT ISLAM SYRIA DAN IRAQ.
juga kerana menyokong hezbosyaitan yg sgt kejam terhadap umat islam syria.
juga akibat memecat As Syahid Ust Lotfi. adakah dosa ust lotfi itu minum arak atau jual pil kuda maka dia dipecat?
kalau musuh sabotaj kita takpe selagi kita dijalan benar, tp kalau murka Allah sampai, takut amalan kebaikan kita tidak dinilai oleh Allah.
taubat lah, jgn tersungkur dipintu syurga, amat rugi