Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 18, 2014

Serangan Taliban berakhir, kesemua militan dibunuh

Serangan Taliban di sekolah Pakistan berakhir, kesemua militan terbunuh
AFP |Kemas kini:Disember 16, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 16, 2014 23:10 MYT)

Serangan Taliban di sekolah Pakistan berakhir, kesemua militan terbunuh
Seorang pelajar yang maut dalam serangan Taliban ke atas sebuah sekolah tentera di Peshawar, Pakistan. Foto AP/Mohammad Sajjad
PESHAWAR: Serangan berdarah Taliban di sebuah sekolah tentera di barat laut kini berakhir dengan kesemua enam militan terbunuh kata pihak polis pada Selasa.

Serangan yang berlaku di sekolah bandar Peshawar itu mengakibatkan 130 orang terbunuh dan kebanyakan mangsa adalah pelajar, berdasarkan laporan pihak berkuasa.

“Operasi pertempuran telah berakhir, kakitangan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan dan diharapkan mereka dapat membersihkan bangunan itu buat masa ini,” kata seorang pegawai polis, Abdullah Khan kepada AFP.

“Enam mayat pengganas telah ditemui dalam bangunan itu,” kata Abdullah.

Pegawai kanan polis Shafqat Malik mengesahkan fasa pertempuran itu telah berakhir manakala jurucakap Ketua Tentera Jeneral Asim Bajwa berkata di Twitter operasi itu telah “ditutup”.

Asim berkata bahan letupan yang dipasang pihak militan di sekitar bangunan sekolah itu memperlahankan usaha pembersihan.

Beliau juga berkata pasukan tentera khas telah menyelamat diselamatkan lebih satu dozen kakitangan dan pelajar.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa