Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 19, 2014

Lepas gian: Pemandu teksi hamil antara 44 diberkas

Pemandu teksi hamil antara 44 diberkas sedang lepas gian
PUBLISHED: Dec 19, 2014 05:31pm - TRP
Sebahagian daripada empat individu yang dicekup dalam operasi yang dijalankan oleh AADK menerusi Ops Omnipresence.

KUALA LUMPUR, 19 Disember:

Seorang wanita yang hamil dua bulan dan bekerja sebagai pemandu teksi serta teman lelaki adalah antara 44 individu yang dicekup ketika sedang asyik melepaskan gian menagih dadah dalam operasi khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan di ibu negara.
Dalam operasi menggunakan nama kod “Ops Omnipresence” itu, wanita berusia 30 tahun dan teman lelakinya dicekup ketika sedang khayal di kawasan belukar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Sentul.
Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis syabu.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Izhar Abu Talib, Ops Omnipresence dilaksanakan oleh AADK di PPR Sungai Bonus sejak 12 Disember lalu hingga semalam.
Menurutnya, hasil operasi itu, pihaknya menahan 44 individu berusia 20 hingga 50 tahun dan merampas 48 paket dadah bernilai RM3,000.
Daripada jumlah itu, 30 didapati positif dadah.

Turut diberkas empat orang pengedar dadah yang dipercayai melakukan pengedaran secara kecil-kecilan.
“Individu yang positif dadah dihantar ke pusat pemulihan bagi menjalani program rawatan dan perubatan.
“Pengedar dadah yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui media di PPR Sungai Bonus, Jumaat.
Katanya lagi, operasi tersebut dilaksanakan bagi memantau aktiviti pengedaran dan penggunaan dadah di kawasan yang dianggap sebagai kawasan hitam.
Operasi itu akan diteruskan terutamanya di PPR Jelatek, PPR Wangsa Sari dan PPR Intan Baiduri selain kawasan hitam lain di sekitar Kuala Lumpur.
Operasi melibatkan 40 anggota AADK dengan kerjasama polis dan persatuan penduduk PPR berkenaan

2 comments:

  1. Melayu Melayu lah nih...

    Kenapa PAS & Perkasa tolong Melayu Melayu macam ni yang perlu di bantu.

    Melayu kroni kaya buat apa di bantu.

    Bahalol kan.

    ReplyDelete
  2. .Melayu. Memang layu... Dek dunia... Xtau tujuan hidup sebenar... Malu dgn melayu mcm ni... Xda hasil bawa kpd negara... Asyik nak khayal aja... Kesian melayu ni... Tok guru tok lebai bkn dok ajar hal agama tetapi dok sibuk hal politik dan dok sibuk hal keje lain... Tok iman dan tok sejid pun lalai... Khutbah berdekar dekar tp taik dok atas dahi....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa