Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 19, 2014

Sesat selama 15 jam kerana babi hutan

Lima pemancing sesat, penggembala lembu masih hilang
Pegawai polis dan bomba berbincang dalam operasi mencari penggembala lembu yang masih hilang di Kampung Kambing Susu, Kuala Kubu Bharu, pada Khamis. - Foto Polis Kuala Kubu Baru

KUALA LUMPUR, 18 Disember: Seekor babi hutan menjadi punca lima pemancing sesat selama 15 jam di Hutan Simpan Gunung Bongsu, di Kedah, semalam.
Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya ditemui awal pagi tadi dalam keadaan letih dan lesu oleh anggota Bomba dan Penyelamat Kulim.
Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita yang berasal dari Kampung Sungai Kob dan berusia antara 32 hingga 60 tahun.
Mereka dikatakan memancing di anak sungai di Kawasan Rekreasi Ulu Paip, Karangan, Kulim, semalam, sebelum bertempiaran ke dalam hutan, akibat babi hutan yang muncul secara tiba-tiba.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech Park, Mohd Faisol Shuaib berkata, pihaknya melakukan gerakan mencari dan menyelamat selama lima jam, sebelum menemui kesemua mangsa.
Sementara itu, kes misteri kehilangan seorang penggembala lembu di Kampung Kambing Susu, Kuala Kubu Bharu masih belum ditemui.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Zulkifli Bedin, pencarian yang memasuki hari kedua, hari ini, bakal disambung esok, ekoran keadaan gelap.
Namun, sepanjang operasi pencarian sejak semalam, tiada sebarang jejak Mohd Fairuz Harun, 29, ditemui mahupun maklumat yang boleh menemukan beliau.
“Kalau dari segi survival, saya rasa mangsa masih hidup, memandangkan di kawasan yang dia hilang itu tidak ada masalah punca air.
“Cuma kita masih giatkan pencarian sehingga jumpa,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Mohd Fairuz dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu, sebelum laporan polis dibuat semalam.
Mangsa dipercayai hilang ketika menjaga sekawanan lembu majikannya.
Usaha sedang dijalankan bagi mengesan mangsa, dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela dan juga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan. - sumber

1 comment:

  1. Ada hikmah ini.

    Bila ber tuhan kan memancing , pasti sholat pun tinggal.

    Mungkin Babi Hutan itu saja di situ tuk ajar orang orang lalai akan hidup macam babi hutan , di hutan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa