Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 18, 2014

Suhaizan Suruh Lihat wajah Najib, Rosmah dan Tun M - Kenapa?

Lihat wajah Najib, Rosmah dan Tun M – Suhaizan
 | December 18, 2014
UMNO sedang berserabut dengan masalah dalaman dan tidak mempunyai masa untuk berfikir hukum Islam.
suhaizan_kaiat_1PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mendakwa UMNO yang ingin melaksanakan hukum Islam hanya sekadar tipu muslihat dan ingin memecahbelahkan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR).
Suhaizan berkata, jika UMNO ikhlas dengan Islam maka sejak pemerintahan di bawah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu sudah melaksanakan hukum Islam dan bukannya pada ketika sampai ajal parti tersebut untuk berbaik dengan PAS bagi laksanakan hukum Islam.
Beliau menambah, jika UMNO ikhlas maka mereka sudah melaksanakan di Terengganu dahulu kerana Kanun Jenayah Syariah sudah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ujarnya, UMNO sedang berserabut dengan masalah dalaman dan tidak mempunyai masa untuk berfikir hukum Islam.
“Melihat muka Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya, Datin (Seri) Rosmah Mansor dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, saya tidak nampak harapan UMNO akan melaksanakan hukum Islam,” katanya di laman Facebooknya.
Suhaizan berharap rakyat di negara ini faham dengan senario politik UMNO yang tidak pernah menyokong pelaksanaan hukum Islam.
Semalam, PAS menolak dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa ia bersubahat dengan Barisan Nasional (BN) menimbulkan isu Hudud bagi mengabui skandal 1MDB.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Abdul Aziz menolak dakwaan Ahli Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya sedangkan partinya sudah memperjuangkan pelaksanaan Hudud sejak lebih 20 tahun.

5 comments:

  1. Lahanat2 dah jadi penguasa lebih 50 tahun , ketua2 kaya raya dan ada nilai ekonomi ber banding PAS.

    PAS apa pun gagal.

    PAS perlu cermin sendiri dahulu , sama ada pupus atau ubah untuk di terima rakyar bijak.

    Tak guna PAS ada ahli 20 juta tapi semua bahalol tiada nilai ekonomi. Ahli ahli bahalol maka nya hasil gagal.

    ReplyDelete
  2. Adakah Suhaizan ingin meletakkan dirinya untuk dibalun sama dgn geng UG? Jika dah tahu Umno tidak boleh dipercayai, yg PAS gatal nak berbincang juga tu nak buat apa? Nak bincang dgn pencuri yg diketahui dia adalah pencuri, untuk laksanakan rondaan rukun tetanggakah? Janganlah ditunjukkan sifat tongong bersangatan itu, semata-mata hanya nak menegakkan benang basah.

    ReplyDelete
  3. Biar ustad2 saja jadi ahli PAS.... KALAU DIA BOLEH MENANG 1 NEGERI SAJA terbalik ini malaysia....nanti sabah pulau pinang sarawak jadi pemerintahan geraja

    ReplyDelete
  4. Yg pas ug dok gila joint amno tu sbb natang gapo... Bayk kerosakan buat utk negara pun nak gi tolong... Jenis tok presideng gapo gitu... Teganu pun xpandai tadbir .. Sempat sepenggla jah... Reti gak malu sikit....

    ReplyDelete
  5. Aku dulu penyokong pas... Tetapi akibat pak aji yg xtau nak bila rakayat cuma dok bila najib maka pas pun boleh jalan le... Baik sokong dap yg xislam tetapi boleh diajar agar lebih menghormati kawan di masa hadapn.. Pas xda nak bela rakyat dok bela tok guru d ia aja... Inagat depa tu maksum ke?..ingat tok guru maksum ke...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa