Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 18, 2014

Banjir: Di Kelantan Bertambah Buruk

Banjir di Kelantan makin buruk
OLEH MANZAIDI MOHD. AMIN DAN MOHAMAD ZULHAIRIE DI KOTA BHARU - 17 DEC 2014 (2 HOURS AGO)
Air Sungai Semerak melimpahi jalan sedalam 0.7 meter di Kampung Sg. Kelong, Pasir Puteh.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Kelantan bertambah kepada 2,019 orang sehingga jam 9 malam ini, manakala beberapa jalan raya utama ditutup kepada semua kenderaan.

Penduduk yang dipindahkan ialah 927 orang di Jeli, manakala Kuala Krai (92), Machang (11), Pasir Puteh (217), Tanah Merah (688) dan Pasir Mas kekal 84 orang.

Sebanyak 28 pusat pemindahan banjir telah dibuka di lima jajahan terlibat iaitu 14 di Tanah Merah, tujuh di Jeli, tiga di Pasir Puteh, dua di Machang dan masing-masing satu di Pasir Mas dan Kuala Krai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, selepas jam 3 petang tadi sehingga 9 malam ini, seramai 1,121 mangsa baharu telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Sebelum ini hanya 898 orang dipindahkan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 92 mangsa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Telekong di Kuala Krai, 11 mangsa ditempatkan di Dewan Madrasah Sungai Mas, 10 penduduk dari Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh diletakkan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, manakala 186 orang lagi ditempatkan di SK Changgai, Pasir Puteh dan selebihnya di beberapa sekolah di Jeli dan Tanah Merah.

Beberapa kereta terkandas di jalan Kampung Kelong, Pasir Puteh akibat hujan lebat yang menyebabkan air Sungai Semerak melimpahi jalan.


Banjir yang makin buruk juga menyebabkan beberapa jalan raya utama ditutup kepada lalu lintas dan semua jenis kenderaan.

Antara yang ditutup kepada semua kenderaan dan lalu lintas ialah di KM12 Aring 8 dan 9, Jalan Chiku-Aring, Gua Musang; KM4 Kampung Bukit Arang, Jalan Sungai Durian-Chenulang, Kuala Krai; KM2 Bukit Sireh, Jalan Bukit Sireh, Kuala Krai; dan KM8 – 8.5 Padang Kelupang, Jalan Machang – Pangkal Meleret – Wakaf Bata, Machang.


Tiga jalan utama yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah di Sec.37 Kampung Reka, Jalan Jeli-Dabong; KM12 Kampung Kubang Rambutan, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di Pasir Mas; dan KM31 Kampung Bukit Abal, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Pasir Puteh.


Turut ditutup kepada kenderaan ringan ialah KM7-KM7.2 Kampung Buncit, Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa, Machang; Jalan Pengkalan Kunyit, Pangkal Gong-Kemubu, Machang; KM42-KM42.2 Kemuning-Pangkal Changgong, Jalan Lama Machang – Kuala Krai; dan KM31 Tengah Padang – Pangkal Gong, Jalan Machang – Kota Bharu.


Sebanyak sembilan bilik gerakan dan 11 pusat kawalan operasi banjir telah dibuka setakat ini melibatkan 4,399 petugas untuk melakukan kerja memantau dan memindakah mangsa banjir.


Berikut adalah keadaan paras air di Sungai Kelantan dan Sungai Golok pada jam 9 malam ini:
Sungai Galas, Dabong ketika ini 36.14 meter iaitu melepasi paras amaran 35 meter, paras bahaya ialah 38 meter; Sungai Lebir, Tualang 34.12 meter, melepasi paras amaran 31 meter, paras bahaya ialah 35 meter; Tangga Krai 25.12 meter, telah melepasi paras bahaya 25 meter.

Paras air ditempat menyukat banjir di Jambatan Guillemard pula 16.12 meter, melepasi 0.12 meter dari paras bahaya iaitu 16 meter; Tambatan Diraja, Kota Bharu 3.50 meter, masih di bawah paras amaran 4 meter; Jenob, Sungai Golok 24.83 meter, melepasi paras bahaya 23.50 meter; Rantau Panjang, Sungai Golok 10.22 meter, juga turut melepasi paras bahaya 9 meter; dan Sungai Semerak di Pasir Puteh pula menunjukkan pada paras 2.14 meter iaitu masih di bawah paras amaran 2.30 meter

2 comments:

  1. Bala dari Allah SWT

    Kerajaan PAS Klantan ada duit nak tolong rakyat le ???,,

    Tak kan nak suroh rakyat tunggu duit BR1M ?

    Pemimpin negeri mesti cari duit buat untong untuk rakyat bukan jaja jaja agama.

    Ysng papa pun orang orang Melayu jugak. Yang bahalol pun Melayu jugak.

    ReplyDelete
  2. Kenapa kalau blaku banjir d Klate....dikatskn "bala" ??? Kalau negeri lain disebut ujian @ fenomena alam ? Jahat sgt ke rakyat Klate ????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa