Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 18, 2014

Kalau PR Pecah - Baca Apa Kata Rakyat

Demi negara, PR tidak boleh berpecah!
Pembaca Semut Harian
04:00PM Dis 18 2014

KOMEN PEMBACA: Ketika tiga parti ini bekerjasama dan memutuskan untuk membentuk pakatan pembangkang pada 2008, reaksi awal saya adalah, “Oh Tuhan, maafkan mereka kerana tidak tahu akibat yang menunggu mereka.”
Ketika itu, saya sangat skeptikal kerana ketiga-tiganya memiliki idealogi berbeza. PAS parti berasaskan agama dan ingin melaksanakan undang-undang hudud; PKR, parti yang terdiri daripada mereka yang dibuang Umno dan mendakwa memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua; dan DAP, satu entiti yang majoritinya Cina.
Saya hanya beri mereka masa lebih kurang setahun kerana yakin gabungan cela atau ‘haram’ antara tiga pihak yang amat berbeza ini tidak akan bertahan lama.
Namun hari ini, enam tahun kemudian, mereka telah membuktikan saya salah. Mereka adalah gabungan yang berjaya dan alternatif yang dialu-alukan. Saya pasti mereka akan dapat menangani ribut yang sedang melanda.
Tidak, PAS tidak akan keluar. Malah, PR akan jadi lebih kuat selepas ini; mereka tiada pilihan, demi masa depan negara, kerana merekalah satu-satunya harapan kita melawan BN. - Karimullah
Joseph Chan: Jika PR berpecah, PKR akan bangkit semula dengan lebih kuat, dan PAS adalah pihak yang menanggung rugi paling besar.
Di Selangor, PAS paling banyak pun akan mengekalkan dua atau tiga kerusi DUN. Tetapi PKR akan ada kekuatan yang cukup untuk mempertahankan 13 kerusi mereka, malah merampas beberapa kerusi PAS.
Sang Kancil: Apabila tiba saat itu, ia akan menjadi hari yang menyedihkan untuk Malaysia.
Edward Ong: 52 peratus rakyat akhirnya menanggung kerugian paling besar. Bukan PAS, PKR atau DAP!
Abdul Halim: PKR akan berkubur jika PAS keluar. Tetapi, mereka berlagak seolah-olah merekalah yang menentukan setiap perkara.
Hon Yee Chou: Bagaimana pula jika BN yang berpecah? Siapa yang menanggung kerugian terbesar; Umno, MCA atau MIC?
Chow Cheng Swee: Mudah sahaja! Umno yang untung jika PR berpecah.
Yang rugi besar tentunya PAS, DAP dan PKR; bukan parti Anwar sahaja.
Mike Samaravera: Sejujurnya, tiada apa yang akan berubah. Semuanya sama sahaja. Tidak kira siapa yang jadi kerajaan, sama ada PR atau BN, kita semua akan rugi.
Hanya keajaiban yang akan selamatkan kita daripada kemusnahan.
Shyan Jenq: Saya fikir pihak yang paling rugi adalah rakyat.
Jeffrey Wukik: Tiada yang baru, benar, dan penting. Bagi saya, mereka semua sama.
 Komen-komen ini berdasarkan artikel, “PKR biggest loser in the event of a Pakatan breakup”.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa