Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 18, 2014

Ooo......Ini Sebabnya Dr Roland Chia Nak Letak Jawatan ADUN

Tidak dapat masuk 'line up' MPN Sabah punca Dr Roland letak jawatan - Sumber
Astro Awani |Kemas kini:Disember 18, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 18, 2014 20:18 MYT)

Tidak dapat masuk 'line up' MPN Sabah punca Dr Roland letak jawatan - Sumber
SUMBER: Tidak dapat masuk 'line up' MPN Sabah punca Dr Roland letak jawatan - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan Dr Roland Chia sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam,  disifatkan berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak terpilih di dalam barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.

Menurut sumber dalaman PKR, Dr Roland juga dilihat marah dengan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin yang tidak menyenaraikannya sebagai 'orang kuat' parti bagi negeri itu sendiri.

"Roland bengang dengan Lajim kerana tidak senaraikannya dalam 'line up' MPN Sabah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkenaan mengulas kenyataan Dr Roland daripada PKR di dalam laman Facebooknya yang menyatakan hasrat meletakkan jawatan di atas faktor kesihatan.

Dalam pada itu, Lajim ketika dipetik sebuah portal menjelaskan Dr Roland masih lagi ADUN Inanam.

Lajim juga tidak menolak kemungkinan akaun Facebook ADUN Inanam berkenaan digodam.

Sementara itu, sebuah portal melaporkan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menyatakan kedudukan Dr Roland hanya akan diketahui sebaik sahaja dia pulang ke Malaysia setelah mendapatkan rawatan di luar negara.

Rafizi turut mengakui menerima surat daripada pihak Dr Roland yang menyatakan keadaan kesihatannya sekaligus memberitahu hasrat untuk meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, seorang lagi sumber dalaman parti menyifatkan Dr Roland masih muda dan faktor kesihatan hanyalah alasan untuk meletakkan jawatan.

"Dr Roland masih muda dan sihat, doktor perubatan buat pengumuman letak jawatan kerana kecewa tidak dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah.

"Sebaliknya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Lajim. Ini kes kurang kasih sayang," jelas sumber itu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Dr Roland mendapat 8,926 undi dengan majoriti 3,202 undi menewaskan Eric Majimbun dari Parti Maju Sabah (SAPP) yang mendapat 5,003 undi dan Joseph Paulus Lantip dari Barisan Nasional yang memperoleh 5,724 undi.

1 comment:

  1. Bahalol jugak , tapi ber dikari sendiri boleh buat banyak lagi duit doktor.

    Dr ini bukan jenis Sepilok dalam umno dan pas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa