Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 19, 2014

Ko baru tahu mereka tu gila publisiti?

Mereka ni kan anak buah Brehem?

Perkasa langgar syarat punca pertemuan dibatal
NIZAM ZAIN18 Disember 2014

SHAH ALAM - Langgar syarat perjanjian antara punca mengapa Pemuda Pas Pusat membatalkan pertemuannya dengan Wira Perkasa pada saat akhir, semalam.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, beliau juga kesal apabila Wira Perkasa didakwa tidak memenuhi permintaannya untuk tidak melibatkan pihak media pada pertemuan itu.

"Bila saya kesan (maklumat bocor) pada malam itu (kelmarin), media sudah tahu pertemuan itu, bila saya dapat tahu, jadi saya tiada pilihan dan terus batalkan saja.

"Kita tidak mahu libatkan media, bukan sebab kita tidak percaya kepada pihak media, tetapi kita khuatir benda itu mudah disalahtafsirkan.

"Kita pun tiada halangan hendak jumpa tetapi kita ada syaratnya, tetapi syarat itu tidak dipenuhi, pada kita tidak perlu berjumpa," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas reaksi Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang kesal dengan tindakan Pemuda Pas Pusat yang membatalkan pertemuan mereka semalam.

Irwan juga mahu Pemuda Pas Pusat menyatakan sebab pembatalan pertemuan tersebut secara jelas untuk mengelakkan persepsi negatif.

Mengulas lanjut, Suhaizan juga menafikan pembatalan pertemuan itu dibuat di saat akhir atas nasihat pimpinan tertinggi Pas Pusat.

"Tiada, ia keputusan saya sendiri sebab bila begitu (buat liputan media) ia sudah ingkar (perjanjian) daripada permintaan kita (Pas).

"Kita sudah tahu siapa (bocorkan maklumat) tapi kita dapat maklumat daripada media, mereka akan hadir pada pertemuan itu," ujarnya.

Ditanya jika Pemuda Pas Pusat boleh memberi peluang kedua kepada Wira Perkasa, Suhaizan berkata ia bergantung kepada keyakinannya dan jika ada keperluan mendesak.

"Saya pun tidak pasti, tengoklah keadaan macam mana, kalau ada keperluan, bolehlah adakan pertemuan.

"Kalau ada keyakinan baharu saya, boleh lah, kalau tiada keyakinan baharu, mungkin tiada pertemuan lain," jelasnya.

Dalam pada itu, Suhaizan berkata lagi, kekhuatiran Pemuda Pas Pusat ialah apabila mereka dilabelkan ekstrem dengan mengadakan hubungan atau kerjasama dengan Perkasa.

"Kita tidak mahu nanti digambarkan persepsi bahawa Pemuda Pas ini mengambil laluan ekstrem seperti Perkasa.

"Itu kita hendak elakkan, kita ambil kaedah sederhana dalam perkara ini dalam politik negara," katanya lagi.

2 comments:

  1. Ajaran presideng kena pandai kluk klek dgn sesiapa jua rakan atau seteru. Paduli apa ada media atau tidak, tanpa media dgn peralatan canggih dlm poket pun semuanya boleh dimanipulasi. Tunjukkan sikap anak jantan yg bijak dan pintar, bukannya kluk klek beri pelbagai alasan.

    ReplyDelete
  2. Hairan aku.. Bukankah lebih baik jika nak bertemu biarlah secars terang terangan.. Alasan jika melibatkan media d bimbngi akan brlaku salah tafsiran... Tapi bukankah pertemuan secara senyap tnpa melibatkan media dan d luar pengetahuan org ramai akan lebih mndatangkan salah tafsir yg lebih berat??.. Ermmm memang celaru betul puak2 ni.. Professional la sikit arrrddooii

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa