Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 18, 2014

Kelakar Yang Meluat!

Thursday, December 18, 2014

KAHKAHKAHKAH!!! AHLI PARLIMEN BELIA SIAP ADA SETIAUSAHA SULIT LER... LAWAK BANGANG SUNGGUH!!!

Ini sangat melawakkan!

Ahli Parlimen Belia tapi perasannya seperti dia sudah jadi Ahli Parlimen Malaysia. Siap hantar surat untuk menyatakan persetujuan kepada Maktab Tentera Diraja Malaysia yang dia akan menghadiri majlis kawad tetapi memerlukan jadual program, konon-kononnya dia sangat sibuk.

Dan yang paling menarik, walaupun sekadar AHLI PARLIMEN BELIA tetapi dia mempunyai SETIAUSAHA SULIT KANAN!!!

Walaweii, Ahli Parlimen Belia yang perasan woiii...

Setakat ini, TIDAK ADA SEKOR AHLI PARLIMEN BELIA pun yang cuba menjalankan peranan sebenar Ahli Parlimen sebaliknya yang ramai duk ada sekarang adalah perasan yang mereka berkuasa sebagai Ahli Parlimen dan mula meminta atau berlagak yang bukan-bukan.
Dua hari sudah cerita tentang emblem yang diletakkan pada bahagian hadapan untuk memberitahu orang ramai yang mereka adalah Ahli Parlimen Belia. Bekas Presiden GPMS kemudiannya menjawab persoalan di Facebook kononnya, golongan belia seperti itu wajarlah diberikan perhatian dan penghormatan supaya mereka bekerja lebih keras. Apatah lagi katanya, Ahli Parlimen Belia perlu diberikan sokongan untuk memberikan galakan kepada mereka.

Sungguh lawak, sungguh menggelikan hati bahkan sungguh meluat!!!

Maka tidak hairanlah perkara sebegini berlaku. Baru jadi Ahli Parlimen Belia yang sebenarnya tidak mendatangkan sebarang keuntungan pun, sebaliknya mereka pula cuba berlagak-lagak tak tentu arah!

Ahli Parlimen Belia ni apa fungsinya, yer?

Fungsi untuk berlagak atau untuk mendapatkan sokongan belia kepada Barisan Nasional? Atau sebenarnya bak kata Khairy Jamaluddin, dia bukannya menteri UMNO tetapi menteri rakyat Malaysia

2 comments:

  1. Ni kalu jadi ahli parlimen betul, mau pakai empat lima orang setiausaha nih...

    ReplyDelete
  2. Bebudak Melayu bahalol lah ini nak belajar mentedarah harta rakyat free dan tipu rakyat gaya Mat Bahalol.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa