Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 17, 2014

Penerangan Yang Tak Jelas Atau Pengulas Yang Bercelaru?

Pengulas pun pakai redah ikut kepala jer tanpa rujuk kepada hukum

Selamat datang ke Taliban Malaysia, di mana jersi bola dan muzik diharamkan
Dikemaskini 02:22AM Dis 17 2014 - Mariam Mokhtar


SUARA LANTANG: Anda tidak boleh melakukannya! Ulama Islam. Abdul Raof Nurin, mendakwa jersi bola sepak dan alat-alat muzik tertentu diharamkan oleh Islam kerana mereka tidak mematuhi nilai-nilai Islam.

Ironinya adalah sementara beliau bercakap kepada para wartawan, beliau memegang mikrofon, gambarnya diambil oleh kamera dan kemungkinan percakapannya dirakamkan. Sungguh menarik, untuk menonton lelaki terpelajar agama ini, bercanggah dengan diri sendiri dengan pelbagai gadget barat moden yang ada pada beliau.

Kedatangan pendatang akan meningkat, jika ajaran pro-Taliban dan ulama Islam ultra konservatif berakar umbi. Pertama, orang bukan Melayu telah didesak untuk berhijrah. Kedua, kekeringan idea semakin bertambah apabila orang Melayu, yang risaukan penularan fundamentalis Islam menyertai orang bukan Melayu.

Hari ini, lebih ramai orang, seperti mereka yang menyintai muzik dan bermain instrumen seperti piano, gitar atau saxofon, dan mereka yang memakai jersi bolasepak, mungkin terpaksa meninggalkan Malaysia.

Pada Seminar Peringkat Kebangsaan berhubung Hiburan dan Islam, anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Biro Pembangunan Insan dan Siasatan (HDAIB), Abdul Raof menyatakan gitar, piano, drum dan saxofon, adalah haram.

Beliau mendakwa yang para ulama tidak menggalakkan hiburan serta kompang dan gong adalah dibenarkan, kerana ia selari dengan nilai-nilai Islam.

Ini bererti drum tradisional China yang mengiringi Tarian Singa, adalah boleh, memandangkan ia berasal dari Timur.

Abdul Raof mendakwa penganjuran konsert menggalakkan pergaulan bebas di antara berlainan jantina dan bersosial. Katanya gangguan ini menyebabkan golongan muda tidak bersembahyang.

Kenapa konsert? Kenapa tidak mengharamkan pendidikan bersama-sama di sekolah dan universiti. Kita telah ada sekolah satu jantina yang baik, tetapi sistem pendidikan di Malaysia menidakkan dana kononnya untuk memadamkan sisa-sisa tinggalan penjajah dan sistem pembelajaran yang baik pernah ditawarkan sekolah-sekolah ini.

Beliau perlu meminta kerajaan supaya membina segalanya dua supaya tidak berlaku pergaulan di antara berlainan jantina, seperti lapangan terbang, stesen keretapi, bus dan keretapi. Bagaimana pula dengan pergaulan di antara berlainan jantina di dalam situasi harian seperti di hospital, dapur dan di kedai?

Abdul Raof berkata pertandingan nyanyian dan renang bertentangan dengan ajaran Islam. Adakah satu perkara di dalam kehidupannya yang tidak diharamkan? Ramai gadis-gadis cantik Melayu dan Muslim dilarang daripada menyertai pertandingan kecantikan. Jika mereka menyertainya, samseng-samseng akan menyerbu pertandingan tersebut untuk mencetuskan huru-hara. Kini, kelihatan gadis Melayu yang berhasrat untuk cemerlang di dalam sukan air, ballet atau nyanyian juga berhadapan risiko.

Mereka yang dikatakan "ulama" mendakwa bahawa hanya hiburan yang tidak "menggalakkan aktiviti tidak bermoral, minum arak, percampuran jantina yang berbeza dan mengabaikan solat" adalah dibenarkan.

Tidakkah beliau sedar yang memaksa orang lain supaya menjadi penganut yang lurus dan tegas sepertinya akan menyebabkan ramai Melayu mengelak ajarannya dan kemungkinan juga Islam? Seseorang tidak memerlukan hiburan untuk 'menggalakkan aktiviti tidak bermoral'. Bagaimana dengan aktiviti seksual berleluasa yang di belakang tabir, di rumah-rumah Melayu biasa, di mana terdapat hubungan sumbang antara datuk dan cucu perempuan mereka, atau bapa saudara yang menjadikan anak saudara perempuan sebagai mangsa?

Pandangan Abdul Raof disokong oleh Profesor di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Baharudin Ahmad yang berkata bahawa instrumen muzik tidak haram, tetapi isunya adalah muzik yang dihasilkan. Beliau merujuk kepada bunyian trompet sebagai boleh mendatangkan penyakit sosial.

Baharudin mendakwa yang kebanyakan isi rumah membazirkan wang kepada "hiburan, makanan ringan, pakaian yang dibanggakan golongan muda, seperti jersi bolasepak dan barangan berjenama".

Mungkin, beliau harus bercakap kepada syarikat kroni yang memiliki francais untuk jenama-jenama bolasepak atau kroni yang mengawal pasaran untuk cenderamata bolasepak. Barangan berjenama, buah tangan bolasepak, barangan mewah seperti beg tangan berjenama, makanan ataupun jam tangan, hanya boleh dibawa masuk ke negara ini oleh orang-orang yang mempunyai agensi tempatan atau francais melalui "hubungan mereka dengan orang atas".

Jika orang-orang ini begitu ingin kembali ke zaman gelap, kenapa perlu heret seluruh Malaysia dengan mereka?

Abdul Raof mendakwa yang bermain instrumen muzik bertentangan dengan hadis. Mungkin beliau boleh tunjukkan kepada kita hadis mana yang berkata dia boleh mendengar kepada sebuah kotak yang dibuat dari besi dan plastik untuk menerima panggilan, iaitu telefon pintarnya, daripada seseorang yang berbatu jauh.

Ulama-ulama ini membuat satu penghinaan terhadap Islam dan menjadikan kita membenci mereka. Bilakah salah seorang daripada mereka akan memberikan khutbah yang memberitahu kita bahawa rasuah adalah salah, yang salah guna kuasa tidak baik dan kekejaman polis atau kematian di dalam tahanan tidak boleh diberi toleransi?

Ulama ultra konservatif ini takut. Mereka sedar yang orang-orang kreatif adalah ancaman terbesar mereka, kerana golongan kreatif melaksanakan pemikiran mereka dalam cara yang lebih berkuasa. Ulama, termasuklah mereka yang dari PAS dan Umno-Baru menggalakkan konservatif agama sebagai satu cara untuk mengawal minda kita, untuk melindungi kuasa politik mereka. Hujah mereka sentiasa, "Jika anda tidak mendengarkan perkataan kami, ia bermakna bahawa anda mengingkari Allah."

Terlalu ramai orang Melayu yang terlalu angkuh dan mendakwa bahawa Allah berbicara melalui mulut mereka. Allah tidak!

Mariam Mokhtar merupakan “seorang rakyat Malaysia yang berani kerana benar”.

1 comment:

  1. Kalau pelabur luar tak ada melabur di malaysia , mungkin boleh jadi macsm afghanistan....

    Ulamsk ulamak jadi fanatik.

    Rakyat dah jadi miskin , orsng mengamuk hancur negara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa