KUALA LUMPUR 17 DIS- Kerajaan Barisan Nasional mengutip RM274 juta cukai petrol sejak 1 November hingga 15 Disember lalu, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Menurutnya, harga pasaran bagi RON95 menjunam daripada paras RM1.73 seliter kepada RM1.58 seliter, manakala harga diesel menjunam daripada RM1.87 seliter kepada RM1.71 seliter.
Dengan mengambil kira jaminan keuntungan syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel), harga bahan api itu sepatutnya masih rendah berbanding harga ditetapkan kerajaan, kata Rafizi.
Bagaimanapun rakyat, katanya, membayar lebih mahal bagi harga petrol RON 95 dan Diesel, masing-masing sebanyak RM2.26 seliter dan RM2.23 seliter.
“Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Katanya, ia berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.
“Bagi tempoh November 2014, rakyat membayar sebanyak RM47 juta cukai petrol. Manakala bagi tempoh 15 hari pertama Disember, rakyat membayar sebanyak RM146 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel,”
“Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Oleh sebab itu, katanya, beliau sekali lagi menegaskan bahawa sistem penetapan harga sekarang tidak telus dan memangsakan rakyat.
“Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab segera ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip dari rakyat dalam tempoh 45 hari sahaja di antara 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014?,” soalnya. - sumber
Tak payah tanya Najib. Dia bukan tau pun pasal ekonomi
ReplyDeleteRafizi takut duit di cukai hilang begitu saja.
ReplyDelete270Jt boleh beli berlian besar batu bata letak atas kepala.
Tak apalah nak cukai tersembunyi pun.... Duit tu jugaklah buat bayar gaji kakitangan awam dan pelbagai perbelanjaan negara. Apa Rafizi ingat perbelanjaan negara tu hanya sebesar perbelanjaan keluarga Rafizi?
ReplyDeleteDaripada Rafizi bising itu ini, bukankah lebih baik Rafizi bagi cadangan macamana nak cari duit utk perbelanjaan negara. Kalau setakat nak kritik dan komen, tak payah tunggu ahli parlimen, budak tadika 4 tahun pun boleh komen.... Kalau langkah kajang pun kantoi, tak payahlah nak sibuk2 pasal nak urus kewangan negara... Orang tak percaya dah..
Cuma nak tanya satu. Apa PKR dah bagi untuk mengatasi masalah kewangan negara? Ado?
Ini seorang lagi menunjukkan sifat bangangnya. Adakah dia ingin mengatakan bahawa kerajaan BN perlu mencuri wang dari poket rakyat untuk membayar gaji kakitangan kerajaan dan juga menyediakan infrastruktur dari hasil curian itu? Bangang!!!
DeletePerbelanjaan negara dan dunia pada tahun 2014 tidak boleh disamakan dengan situasi perbelanjaan negara dan dunia pada tahun 1996/97 ketika kali terakhir Anwar memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Dulu gaji kakitangan lepasan Universiti ialah RM1110 sebulan. Sekarang dah jadi RM2600. Dulu beras sekilo RM80 sen tapi sekarang dah RM2.40. Semua harga barang dah naik dan puncanya ialah kenaikan harga barang dunia.
ReplyDeleteDulu nelayan jual ikan tangkapan 1.00 sekilo dan kita beli RM2.00 sekilo. Sekarang nelayan jual RM6.00 sekilo dan kita beli RM10 sekilo. Semua benda naik harga bukan disebabkan oleh kawalan kerajaan semata2 tetapi turut dipengaruhi oleh perubahan harga dunia.
Perbelanjaan negara pun macam itu juga sebab kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pada peringkat global. Penduduk Malaysia pun dah dekat 30 juta dua kali ganda semasa anwar menjadi menteri kewangan. Jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah juga sudah meningkat 2 kali ganda, Jumlah pesakit di hospital juga telah meningkat 2 kali ganda.
Justeru itu janganlah asyik menyalahkan kerajaan jika perbelanjaan meningkat 2 kali ganda disebabkan kenaikan populasi negara. Janganlah mengharapkan harga minyak RM1.00 seperti zaman anwar menteri kewangan dulu. Kena ingat, lagi besar populasi. lagi besarlah belanja. Macam orang kerja kahwin, lagi banyak jemputan, lagi banyak perbelanjaan.....
Yang naik motor beli minyak petrol, kena ingat jugak. Dulu harga motor kapcai cina jual RM1200 sebiji, baru pulak tu. Sekarang harga kapcai yang sama mencecah RM8000 sebijik. Kenapa pulak tak marahkan cina yang jual motor tu? Kenapa tang minyak naik, marahkan najib pulak. Akai letak tang mana???
Jadi untuk yang bising2 pasal cukai tersembunyi kat minyak petrol tu, ingatlah....berbelanja untuk negara bukan sesenang belanja untuk keluarga korang!!!
Aku tau korang akan marah aku. Tapi tu lah, kadang2 kita kena bersikap rasional jugak sebab kita hidup sekarang bukan pada tahun 1996/97 semasa anwar menjadi menteri kewangan. Aku pasti, kalau masa ini anwar masih lagi menteri kewangan, dia pun dah botak kepala kerana sakit memikirkan cara untuk mencari punca kewangan untuk perbelanjaan negara.....
Allahua'lam
Tulis punyalah panjang tapi hanya sentuh perbelanjaan negara shj. Pendapatan hasil negara tak mahu ambil kirakah? Bangang...
DeleteBerapa banyak pembelian oleh kerajaan yg melebihi kos sebenar juga menyumbang kpd ketirisan dana, ratusan malah ribuan juta bukannya kecil. Itu belum termasuk lagi kes-kes bail out, undang-undang tidak telus menyebabkan pelabur asing lari termasuklah pelancong luar dan banyak lagilah, bangang ooi!
Rasional apa... mata sebelah saja celik....spesies dajal
ReplyDeleteRafizi ini Melayu yang bijak dari jutaan jutaan Melayu yang bahalol.
ReplyDeleteKita patut bangga dengan Rafizi dgn elaun sikit , dia kerja kuat ber banding MP Bahalol UMNO dan PAS yg jelas bazir duit rakyat.
Kalau dah miskin dan pemalas tu, kerajaan ajelah yang salah. korang aje yang betul. Kerajaan tak betul. Org pemalas memang selalu berfikiran macam tu yer??
ReplyDeleteJom lepas banjir surut kita pakat ramai-ramai doa UMNO k.o.
ReplyDelete