'Anak Cina berniaga, anak Melayu lastik burung'
mk - 5:11PM - 17 Dec 2014
Menegaskan kepentingan sikap keusahawanan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengeluh mengenai perbezaan kecenderungan anak Melayu dan Cina.
“(Ini) kerana anak-anak masyarakat Cina, walaupun tidak diajar ilmu keusahawan di sekolah menengah, mereka balik ke rumah ke kedai ibu dan ayah mereka terus belajar secara praktikal keusahawan.
"Mereka menolong ibu bapa di kedai runcit, Mereka menolong ibu bapa di kilang, mereka pergi ke syarikat ibu bapa mereka.
"Tapi anak-anak Melayu tidak begitu. Melastik burung bawah pokok kelapa sawit. Mandi sungai terjun, mandi parit, sampai bila masyarat Melayu nak jadi usahawan?" soalnya dalam sidang media hari ini.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan memendekkan waktu pengajaran yang diberikan bagi mata pelajaran Geografi di sekolah menengah termasuk subjek keusahawanan
"Pada pandangan saya, (subjek) Geografi ini boleh diajar dalam masa yang singkat saja. Buka peta dunia, tunjuk pada 200 negara, selesailah," katanya.
Bagaimanapun, MP Pontian dan ketua penerangan Umno itu berkata beliau "tidak menentang Geografi".
# Aku nak tambah cerita aku sikit
Semasa di tingkatan lima aku ada dua orang kawan rapat etnik cina, Chua dan Leong. Leong anak taukey plastik dan alatan dapur sementara Chua pula anak tuan empunya bengkel baiki kereta.
Mereka berdua masing-masing pakai kereta. Bila saya tanya mereka siapa yang beli dan bayar kereta ni. Chua dan Leong cakap yang mereka sendiri bayar kereta itu dengan duit elaun dari menolong bapa mereka berniaga dan baiki kereta selepas waktu sekolah.
Maknanya mereka berdua tidak membebankan bapa mereka untuk berkereta dan beli minyak. Di sekolah pula mereka selalu belanja aku di kantin.
Sekarang Chua ambil alih bengkel bapanya dan Leong pula buka gudang membekal dan menjual plastik dan alatan dapur juga.
Betul kata nya
ReplyDeleteAnak anak Melayu sudah di ajar jadi bahalol oleh mak bapak