Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 18, 2014

Gambar Anggota Taliban Yang Serang Sekolah

Akal aku tak boleh terima
Serang sekolah kerana balas dendam!
Pejuang Islamkah ini?

Gambar Anggota Pemisah Taliban Serang Sekolah Tentera Di Peshawar Tersebar
mStar - Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 11:32 PM
Enam anggota pemisah Taliban bergambar bersama senjata masing-masing sebelum melancarkan serangan di Peshawar pada Selasa.

TIGA keping gambar anggota pemisah Taliban bersama senapang mereka tersebar sekali gus menguatkan khabar angin bahawa kumpulan tersebut merancang untuk melancarkan serangan terbaharu di sekolah-sekolah sekitar Pakistan selepas pembunuhan kejam di Peshawar pada Selasa.

Gambar tersebut yang dipercayai dikeluarkan oleh jurucakap kumpulan tersebut, Mohammad Khurasani memaparkan enam anggota kumpulan pemisah itu bergambar bersama senjata mereka beberapa minit sebelum serangan di Peshawar.

Dalam satu e-mel yang dikeluarkan pagi Rabu, Khurasani cuba untuk membela kumpulan tersebut dengan mendakwa tentera Pakistan bertindak lebih kejam kerana membunuh kanak-kanak dan anggota keluarga pejuang Taliban setelah sekian lama.

Khurasani mendedahkan akan berlaku lebih banyak serangan kumpulan pemisah itu dan mengarahkan penduduk Pakistan supaya mengasingkan diri mereka daripada semua sekolah tentera.

"Kami masih cuba melancarkan lebih banyak serangan. Ini hanyalah treler.

Dalam e-mel tersebut, kumpulan tersebut memberi amaran kepada penduduk yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang institusi yang ada kaitan dengan pihak tentera negara itu.
Gambar menunjukkan anggota kumpulan yang sama didedahkan oleh Khurasani.

Mereka mendakwa akan menyerang sekolah sebagai pembalasan terhadap kematian kanak-kanak akibat dibunuh kejam tentera di kawasan puak itu.

Pada pagi Rabu, bandar Peshawar dipenuhi tangisan ahli keluarga yang hadir pada upacara pengebumian mangsa yang maut akibat dibunuh kejam kumpulan Taliban pada Selasa.

Tiga keping gambar semasa insiden itu didedahkan anggota Taliban pagi Rabu.

Kumpulan tersebut dilihat memakai pakaian seragam tentera dan bergambar di hadapan kain rentang berwarna putih.

Tidak dapat dipastikan sama ada gambar tersebut diambil pada hari kejadian itu.
Namun kesemua enam lelaki tersebut bergambar dengan senapang masing-masing dan dilihat sedia untuk melancarkan serangan.
Susulan itu, pihak berkuasa di Islamabad mengeluarkan satu kenyataan menggesa setiap sekolah agar meningkatkan kawalan keselamatan dan melakukan pemeriksaan terhadap bas dan kenderaan lain

Pakistan berkabung selama tiga hari bermula Rabu, selepas 132 kanak-kanak dan sembilan petugas sekolah milik tentera Pakistan diserang pemisah Taliban yang dianggap serangan paling berdarah di negara itu.

Seramai 141 orang maut apabila pemisah Taliban menyerbu masuk sekolah di barat laut bandar Peshawar itu pada Selasa dan pergi dari bilik ke bilik bertindak menembak kanak-kanak ketika drama serangan selama lapan jam.

Serangan yang didakwa dilakukan Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) sebagai membalas dendam terhadap serangan pihak tentera ke atas pemisah sebelum ini, dikutuk masyarakat dunia dan menyebabkan kerajaan Pakistan dan tentera untuk mengulangi kesungguhan mereka menumpaskan kumpulan yang sudah membunuh beribu-ribu orang sejak kemunculan pada 2007.

Konflik itu berakhir beberapa jam kemudian.

2 comments:

  1. Taliban ini orang orang miskin dan fanatik agama Islam.

    Otak sempit hafal2 Quran mungkin gagal maksud nya.

    Bila sudah bangga taksub dgn agama , maka sombong angkoh nak jadi Tuhan.

    Miskin punca utama nya. Malas salah satu sebsb nya.

    Kalau duit cukup , hidup senang nak buat apa bomb orang bunuh diri.

    Kalau hidup ada Mercedes Benz lagi lah tak nak mati.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa