OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DAN MOHAMAD ZULHAIRIE DI KOTA BHARU - 19 DEC 2014 (3 HOURS AGO)
Jalan Pasir Mas ke Rantau Panjang Lama ditutup kepada semua kenderaan
Pertambahan mangsa banjir berlaku di pekan Rantau Panjang dalam jajahan Pasir Mas apabila air Sungai Golok di Jenob dan Rantau Panjang naik sehingga 10.53 meter, melepasi 1.53 meter dari paras bahaya (bahaya 9 meter).
Berikutan itu, Pasir Mas dan pekan Rantau Panjang kini diletakkan dalam kategori merah bersama dengan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Kota Bharu serta Tanah Merah, manakala keadaan banjir di Pasir Puteh kembali pulih.
Namun begitu, paras air di beberapa tempat menyukat banjir di Sungai Kelantan dilaporkan semakin surut, kecuali Sungai Golok dan Jambatan Guillemard di Kuala Krai masih berada pada tahap bahaya.
Mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan menikmati makanan yang dimasak pasukan sukarelawan
Mangsa banjir semakin bertambah di pusat pemindahan
Berikut adalah jumlah penduduk yang berada di pusat pemindahan banjir mengikut daerah:
Pasir Mas – 7,137 orang, ditempatkan di Madrasah Hj. Daud (84), SK Bukit Jarum (137), Masjid Chasi (21), SK Tok Uban (tujuh), Madrasah Putat Tujuh (133), SK Kubang Kual (285), SM Perempuan Pasir Mas (170), Madrasah Cherang Hangus (13), SK Baroh Pial (47), SM Kangkong (47), Madrasah Hj. Yusoff (39), Masjid Gabus (lima), Madrasah Gertak Tiga (46), SK Kedai Tanjong (1,038). Penduduk juga turut dipindahkan ke SMK Agama Meranti (lima), SK Bunut Susu (215), SK Bakong (280), SMK Agama Lati (460), Madrasah Rong Chenok (45), SK Rantau Panjang 2 (947), SK Sri Kiambang (21), SK Lubok Setol (120), SK Gual Periok (455), Madrasah Haji Ghafar (200), SK Gelang Mas (165), Ketik Teresek (16), SK Gual Tinggi (1,268), Dewan KRT Lubok Setol (181), SK Kepas (45), SK Gual Tok Deh (349), SMA (Qariah) Banggol Setor (tujuh) dan Masjid Lubok Kawah (286).
Kuala Krai - 2,629 orang, ditempatkan di SK Telekong (177), SM Keroh (757), SK Sungai Embak (128), Surau Taman Sri Nal (82), SK Manek Urai (211), SM Teknik Kuala Krai (78), SRJK (C) Yuk Chai (218), SK Banggol Guchil (153), SMK Laloh (76), Dewan Pejabat Veterinar Kuala Krai (113), SK Chenulang (130), Dewan Belia Kampung Bedal (122), SK Kampung Bedal (378) dan SM Pahi (enam). Tanah Merah - 1,429 orang, ditempatkan di Dewan Desa Taqwa Kampung Nibong (44), SK Kulim (85), Madrasah Kampung Bendang Besar (19), Madrasah Kampung Banggol Yek (51), Balai Raya Padang Kijang (76), SK Bukit Panau (49), SK Sri Kelewek (24), SK Alor Pasir (101), Sekolah Arab (SA) Kuala Kajang (34), Madrasah Manal 3 (137), SR Lawang (140), Balai Raya Bukit Kechik (27), SK Batang Merbau (64), Pusat Pemindahan Sutera Guest House (49), Madrasah Kampung Air Batu (105), Madrasah Kuala Kepok (165), Madrasah Alor Setol (74), SK Tanah Merah 2 (13), SK (C) Yuk Cheng (lapan), Balai Raya Kampung Panjang (65) dan SK Bukit Gading (81).
Machang - 1,316 orang, ditempatkan di Madrasah Sungai Mas (lapan), SJK (C) Pei Hwa (444), SK Pangkal Meleret (112), SK Hamzah 1 (25), SK Pangkal Jenereh (65), SK Kelaweh (80), SK Pulau Chondong (76), Tabika Perpaduan Kampung Pauh (enam), Madrasah Pak Nik Deraman (tiga), Masjid Mukim Kuala Kerak (144), Masjid Darul Furqan (28), Madrasah Al-Fatah (enam), Madrasah Kampung Awah (12), SK Paloh Rawa (tiga), Madrasah Padang Tala (27), Madrasah Simpol Berlubang (53), SK Bagan (42), Madrasah Tok Baso (15), SK Mata Air (21), Madrasah Lubuk Mak Udang A (16), Masjid Laha (79) dan Madrasah Kampung Wakaf Bata (51).
Kota Bharu - 1,280 orang, ditempatkan di SM Penambang (66), SK Tiong (184), SK Sri Ketereh (425), SK Mulong (193), SK Kampung Sireh (24), SK Dewan Beta (28), SM Melor (37), Masjid Ar-Rahman, Kok Lanas (53 orang) dan SK Perol (82).
Pasir Puteh - 686 orang, ditempatkan di SK Wakaf Raja (26), Dewan SMK Kamil (270), SK Changgai (231) dan SRK Kamil 1 (159). Tumpat - 545 orang, ditempatkan di SK Kebakat (88), SK Kok Keli (455) dan SK Pengkalan Kubor 1 (dua orang). Bachok - 60 orang, ditempatkan di SK Pak Badol, diikuti Gua Musang seramai 42 orang di Dewan RKT Kesedar, Lebir dan Jeli kekal kepada enam keluarga iaitu 16 orang di di SMK Air Lanas.
Kedudukan paras air di Sungai Galas, Dabong ketika ini pula berada pada aras berjaga-jaga iaitu 34.10 meter (paras berjaga-jaga 32 meter, amaran 35 meter, bahaya 38 meter). Sungai Lebir di Tualang pula masih paras paras bahaya iaitu 35.32 meter (bahaya 35 meter), Tangga Krai di Kuala Krai juga pada aras bahaya iaitu 26.03 meter (bahaya 25 meter), diikuti Jambatan Guillemard 17.44 meter (bahaya 16 meter), Tambatan Diraja Kota Bharu 5.31 meter (bahaya 5 meter). Sungai Golok di Jenob menunjukkan penurunan aras air kepada paras amaran iaitu 22.62 meter (paras amaran 22.50 meter, bahaya 23.50 meter), manakala Sungai Golok di Rantau Panjang pula berada pada paras bahaya iaitu 10.53 meter (bahaya 9 meter) dan Sungai Semerak di Pasir Puteh kembali normal dengan aras air ketika ini ialah 1.58 meter (normal 0.40 meter, berjaga-jaga 2 meter, amaran 2.30 meter, bahaya 3 meter).
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, kerja memindahkan penduduk di kawasan rendah dan dinaiki air melibatkan lebih 7,000 orang dalam tempoh 11 jam tidak menolak kemungkinan Kelantan bakal berdepan dengan darurat banjir.
Bagaimanapun, katanya, jumlah petugas yang dikerahkan menjalankan tugasan menyelamat lebih daripada mencukupi kerana ia turut melibatkan anggota tentera, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Malaysia dan sukarelawan dari badan bukan kerajaan (NGO).
"Kita bersedia sepenuhnya menghadapi sebarang kemungkinan," katanya yang menyifatkan banjir gelombang kedua ini lebih buruk dari sebelumnya.
Masa ini lah PAS boleh bukti pada Rakyat yang PAS bantu rakyat.
ReplyDeleteBagi duit belanja ansk2 sekolah , bahi duit2 baiki rumah - itu sangat penting.
Presiden Ulamak Dunia boleh bantu mintak duit satu dunia tuk bantu pas.
Kalau cakap2 jaja jaja Quran dengan air liur saja , macam mana nak buat duit....???
Termasuk antalah bagi, jgn tanya sumbangan, tanyalah apa yg anda sumbangkan
ReplyDelete