Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 5, 2015

MB Kelantan Perlu Diganti?

Sunday, January 4, 2015
PAS perlu ganti MB Kelantan atau ditinggalkan rakyat 
Oleh: Amirulmukminin
Ahmad jangan terlalu berharap kepada Najib

Malapetaka banjir yang melanda Kelantan selama 10 hari memperlihatkan ketidak cekapan dan kekurangan kredibiliti pentadbiran MB Ahmad Yaakob dalam mengurus bencana.


Kerajaan PAS Kelantan sebaliknya lebih mudah menyalahkan agensi persekutuan kerana lambat memberi bantuan. Sedangkan agensi negeri juga tidak kurang lemahnya.


Dalam keadaan tidak menentu, kelihatan pentadbiran Ahmad Yaakob hilang arah dan terlalu mengharapkan kerajaan BN. Bantuan daripada sukarelawan PAS yang boleh menggantikan peranan kerajaan pusat pula  tidak berjaya diorganisasikan secara baik.

Sepanjang tempoh itu hanya beberapa pemimpin yang kelihatan menonjol di Kelantan. Antara yang paling terserlah adalah Husam Musa. Husam menunjukkan beliau berwawasan dan tidak hilang punca menghadapi malapetaka.

Husam pernah dicalon MB

Kesungguhan Husam memperlihatkan kepada dunia, sudah tiba masanya kerajaan Kelantan mempunyai MB baru yang lebih kredibel. Lagi pun MB Ahmad Yaakob bukanlah calon yang dilihat layak oleh bekas MB Nik Aziz Nik Mat. Nik Aziz sebenarnya mahu Husam dilantik MB menggantikan beliau. Husam, pemegang ijazah ekonomi Universiti Malaya dilihat mampu membangunkan Kelantan.

Menurut sumber dalaman PAS, Nik Aziz telah menamakan Husam sebagai penggantinya sebaik sahaja PAS menang pada pilihan raya 5 Mei 2013 lalu. Malangnya, sultan Kelantan didakwa tidak berkenan kepada Husam dan PAS Kelantan terpaksa memberi nama lain. Maka Ahmad Yaakob diangkat sebagai MB.

Terdapat juga dakwaan yang menyebut berlaku tawar menawar tempoh Ahmad memegang jawatan MB. Dakwaan tersebut tidak banyak berbeza dengan MB Terengganu Ahmad Said yang dibenar memegang jawatan MB hanya untuk tempoh setahun selepas 5 Mei dan kemudian beliau diminta berundur memberi peluang muka baru memegang kuasa.

Selepas segala kelemahan pentadbiran Ahmad Yaakob yang terpapar sepanjang setengah bulan banjir, terdapat unsur dalaman PAS yang mahu ustaz itu berundur dan pelan asal Nik Aziz dilaksanakan.

Lagi pun sultan Kelantan mungkin tidak lagi mempunyai halangan sama terhadap Husam setelah melihat prestasi Husam mengendalikan krisis kemanusiaan di negeri itu.

Dalam hal ini, PAS Pusat wajar meminta PAS Kelantan menyediakan pelan penggantian MB sebagaimana Terengganu dan Selangor melakukannya.

Husam membina keyakinan rakyat

Seandainya Ahmad tidak diganti maka rakyat yang menyaksikan kelemahan beliau tidak akan teragak-agak  untuk mengganti PAS dalam PRU akan datang. Sekurang-kurangnya Husam telah memberi amaran 27 Dun PAS yang terlibat banjir seboleh-bolehnya jangan ‘hanyut’ dalam arus bantuan pemulihan BN.

PAS tidak akan mampu untuk melawan peruntukan material RM 500 juta dari kerajaan pusat melalui JKKP. Dan pemimpin PAS, Adun atau ketua kampung PAS tidak mungkin diundang dalam majlis pemberian bantuan. Borang Umno pula perlu diisi oleh rakyat untuk mendapatkan bantuan.

Tidak mungkin PAS akan survive dengan hanya memberi ceramah, tahlil atau sembahyang hajat sepanjang tempoh itu. Melainkan PAS melantik pemimpin yang boleh meyakinkan rakyat Kelantan mereka boleh bangkit semula selepas banjir.

Hanya Husam yang mempunyai karisma sedemikian. Hanya beliau yang boleh memberikan keyakinan dari sudut ekonomi serta pentadbiran. - sumber

3 comments:

  1. Mohon Blogger Pro Kerajaan supaya memberikan Penekanan, Pendedahan serupa 999, mengenai kemusnahan Hutan yang berlaku di Kelantan..

    Blogger Pro Kerajaan dapatkan DANA drp pihak yg terbabit pergi sendiri ke kawasan tadahan hujan yg digondolkan dengan kejam oleh Regim DAP Bersaudara akibat kelulusan membabi buta oleh Pemerintah Kelantan iaitu Nik Aziz dan Husam Musa dan keseluruhan Exco terlibat perlu mengambil tanggungjawab di atas keputusan mereka.

    Mohon dapatkan gambar, interview dgn penduduk kampung, organisasi kerajaan pusat dan tempatan mengenai pembalakkan Halal dan Haram.

    Pembersihan Hutan yang berleluasa menyebabkan Air Menjadi Ombak Tsunami memusnahkan ratusan rumah, jalan dan jambatan..

    Serang Kelantan..

    Operasi Tsunami Kuning.

    Blogger Pembangkang gunakan isu Jet Kerajaan untuk alih isu Banjir Tsunami apalagi nak menyentuh Pembalakkan di Kelantan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:35

      Dipersilakan.......

      Abe

      MB kita kena berhenti tiru Najib. Nampak sangat macam k3mbar siam Najib. Ada macam takde. Takde pun orang tak perasan. Berhentilah ELEGANT SIL3NT TU! Selepas banjir ni dia kena pikul tanggungjawab memerintah. Biar nampak kepimpinan. Biar nampak dia tu MB!

      Delete
  2. Kohor punoh Kelate kalu Husam jadi MB ...

    Sepunoh tapak stesen keretapi lama Palekbang yang dikubam hanya kerana dengar kabar angin tapi habuk pun tarak ...

    Klate perlukan pemimpin yang realistik yang "cakap-buat-follow up" dan bukan pemimpin yang "hambak tok dae, hok kileik bercelabok" ...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa