Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 1, 2015

Ini dia wajah Phahrolrazi - Presiden PasMa

Pengolakkan dalam PAS, Phahrolrazi ada kepentingan?
Posted on Saturday, February 28 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Siapakah Phahrolrazi dan menjawab fitnah terhadap Allahyarham Ust Azizan Razak oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) didalam bukunya.

Dalam buku MSO, ‘Kejatuhan PAS Kedah’, Phahrol menyatakan antara sebab dia menentang Ust Azizan ialah kerana Ustaz telah membatalkan Projek Ladang Sejahtera… Dia marah sangat sebab projek itu sudah ada pelabur dari China! Betul kah begitu?

Sebenarnya, Projek Ladang Sejahtera tidak pernah dibatalkan, malah dirancakkan lagi dengan penglibatan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan (KLPK) sebagai agensi pelaksana, berkerjasama dengan Kedah Agro. Ustaz Azizan merasmikan pembukaan dan menyerahkan dividen pertama kepada 250 peserta fasa pertama Ladang Sekahtera Gunung Inas di Baling.

KLPK dan Kedah Agro (anak syarikat MBI) telah mengenalpasti beberapa kawasan lain untuk dibangunkan ladang-ladang itu, dan peserta program telahpun dipilih dari kalangan rakyat kedah berpendapatan dibawah RM750 yang mendaftar dengan e-sinar. Tidak kurang 5 keluarga miskin disetiap kampung telah dipilih untuk menyertai projek Ladang Sejahtera.
Ladang Sejahtera adalah ilham Ust Azizan, diubahsuai daripada satu proposal projek ladang getah klon balak (TLC) sebagai ladang hutan di zaman BN antara Kedah Agro dan PT Rubber (M) Bdn Bhd. Ia dibiayai oleh pinjaman mudah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

Phahrol selaku Exco Pertanian waktu itu telah mengarahkan kerjasama itu dibatalkan kerana mendakwa individu yang mengetuai PT Rubber adalah kroni UMNO.

Oleh itu, MB telah mengarahkan projek itu diusahakan oleh Kedah Agro dengan penglibatan KLPK sebagai agensi pembangunan ladang. Maka projeknitu dinamakan Projek Ladang Sejahtera! Pembangunan ladang buah-buahan di pinggir tasik Pedu yang dilancarkan dengan himpunan besar-besaran sebelum PRU -13 adalah salah satu komponen program ini.

Rancangan yang dibatalkan ialah pengambilalihan Kilang Hivea Bukit Perak oleh beberapa individu melibatkan pelabur dari China. Bagaimana ia terjadi?

Begini…..

Phahrol mendakwa Kilang Hivea milik PKNK yang diuruskan oleh Kumpulan Ladang2 Perbadanan telah mengalami kerugian RM20 juta dan pihak pengurusan telah memanipulasi Akaun Kumpulan Ladang Perbadanan diketuai oleh Dato’ Shahabudin Shafie – Kenalan MB yang dilantik mengetuai GLC.

Dato’ Phahrolrazi mendakwa YAB DS Ustaz Azizan membawa masuk individu yang tidak dikenali oleh pimpinan parti untuk mengetuai GLC dan mereka mengambil kesempatan di atas ruang di GLC untuk mengautkan kekayaan dan menyebabkan kerugian. Tiada siapa yang dapat membuat teguran kepada Dato’ Shabudin kerana beliau adalah kenalan yang sentiasa dipertahankan oleh YAB DS Ustaz Azizan.

Dato’ Shabudin Shafie ialah bekas Ketua Pengarah RISDA, dilantik mengetuai Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan (KLPK), selepas CEO sebelumnya meletak jawatan sekitar bulan Mei 2008.

Sejak Januari 2012, Dato’ Shabbudin dilantik menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah Berhad (MBI) hingga Julai 2013 (Berhenti selepas kontraknya tamat setelah kerajaan bertukar). Disamping itu beliau jugak memantau perjalanan KLPK dan Kedah Agro (anak syarikat MBI).

Beliau didakwa oleh Dato’ Phahrolrazi telah menyembunyikan kerugian Kilang Hivea Bukit Perak Sdn Bhd (milik Syarikat Ladang Bukit Perak Sdn Bhd – anak syarikat PKNK yang diuruskan oleh KLPK) sebanyak RM20 juta dan memanipulasi akaun Kumpulan Ladang untuk dilihat mencatat keuntungan, tetapi sebenarnya mengalami kerugian.

Beliau mengarahkan KLPK menyumbangkan RM3 juta kepada PKNK jika benar- benar mencatat keuntungan, tetapi Dato’ Shabudin gagal berbuat demikian. Ini bermakna KLPK tidak mencatat untung seperti seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Shabudin dalam penyata syarikat.

PENJELASAN 

RM 20 juta yang didakwa rugi itu ialah wang tuntutan cukai ses yang dituntut daripada Risda oleh Ladang Bukit Perak Sdn Bhd (milik PKNK yang diuruskan oleh KLPK) telah tersilap bayar terus ke akaun PKNK. Wang itu tidak rugi atau hilang sebaliknya ada dalam akaun PKNK yang sedang diuruskan oleh akauntan dan juruaudit untuk dipindahkan balik kepada Ladang Bukit Perak Sdn Bhd.

Dakwaan bahawa Kilang Hivea disalah urus hingga mengalami kerugian RM20 juta adalah tidak benar. Operasinya dihentikan semala hampir dua tahun untuk proses menaik taraf mesin dan kelengkapan. Sepanjang proses itu, KLPK telah mengeluarkan kos menaiktaraf dan overhead kilang sekitar RM5 juta.

Operasinya telah berjalan semua sejak September 2011dan telah mencatat pulangan RM700 ribu sehingga Disember 2011. Bagi tahun 2012, operasinya diunjurkan akan mencatakan keuntungan sebanyak RM3 juta.

Isu ini dibangkitkan dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha yang telah dibuat oleh Dato’ Phahrol dan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang juga pegawai kanan di PKNK (Bob a.k.a Mustafar) yang merancang membawa masuk pelabur asing dari China untuk mengambil alih kilang ini.

Proposal ini telah diluluskan oleh EXCO PKNK tetapi dibatalkan oleh PKNK dalam mesyuarat penuh Ahli Lembaga Pengarah PKNK atas alasan kilang itu telah siap dinaiktaraf dan telah beroperasi semula dan sedang mencatat keuntungan. Adalah tidak masuk akal menjual sebuah kilang yang sedah dinaiktaraf dan sedang beroperasi,

Dato’ Phahrolrazi adalah EXCO PKNK dan dipercayai mempunyai kepentingan di atas proposal ini melalui pembabitan rakan yang juga jirannya – Man Juta.

Phahrol mengetuai delegasi lawatan ke China dan Hong Kong (2 kali) mengadakan perjanjian dengan pelabur bagi mengambil alih operasi kilang tanpa mandat daripada PKNK, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berauthoriti. Dia juga tidak memaklumkan tindakannya itu kepada MB yang juga Pengerusi PKNK. Dia bertindak tanpa mandat mewakli kerajaan negeri mencari pelabur untuk mengambil alih sebuah kilang milik PKNK.

Mesyuarat penuh ALP PKNK kemudiannya mengarahkan rancangan ini dibatalkan memandangkan tiada keperluan untuk menjual kilang itu. Man Juta kemudiannya diarahkan oleh Phahrol menyaman PKNK di mahkamah menuntut jutaan ringgit sebagai gantirugi.

Dalam ‘Pertemuan Mentaloon’ , hal ini dibangkitkan oleh Phahrol dan mendakwa Ust Azizan telah memalukannya dimata pelabur China dengan pembatalan itu.
Phahrol melalui tulisan MSO dalam buku ‘fitnahnya’ telah berbohong kononnya Ust Azizan membatalkan projek Ladang Sejahtera- untuk menutup persundalannya dengan Bob dan Man Juta untuk kepentingan diri mereka dalam rancangan itu. Yang batal ialah rancangan tamak mereka menjual kilang getah yang siap dinaiktaraf dan sedang beroperasi dengan keuntungan! Inilah gaya Presiden PasMa! Beginikah gaya pentadbiran bekas ‘bakal MB Kedah’ yang siang malam berusaha menjatuhkan ketuanya sendiri? Kini dia mendakwa PasMa bertujuan menyelamatkan PAS? Selamat daripada siapa?!

Kalau niat dia sebaik itu, kenapa dia perlu berbohong melalui penulis upahan seperti MSO? Lagi kerap dia berbohong lagi banyak kebenaran tentang dirinya akan didedahkan.

Catatan: Cukai ses ialah cukai yang diambil oleh kerajaan dalam urusan jualan komuditi getah untuk eksport dan domestik untuk bantuan tanaman semula getah di tadbir oleh RISDA.

Skim tanam semula bagi sektor estet diwujudkan berasaskan peruntukan di bawah seksyen 10, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 setelah dipinda oleh Akta RISDA 1972.

Skim yang dinamakan Rancangan Perusahaan Getah (Penanaman Semula) Bagi Estet 1974 memperuntukan supaya wang SES yang dipungut dikembalikan kepada ladang-ladang besar (melebihi 40.5 hektar) mengikut bukti pengeluaran mereka setiap suku tahun. ..

AMACAM…????

Dari FB Alia UmairahFarhanah - via 
tranungkite

10 comments:

  1. ye ke..takutnya aku dengar berita ni..elok juga berundur dari Pas**

    ReplyDelete
  2. macam tu ka ceritanya,tak pa lah teruih berjuanglah pengkalan kunduq.sebab bekaih exco ni penah kata dah lali dah.ngan semua ni.apa2 pun aku harap sangat agaq pasma berada diataih landasan yang betoi.kalu orang tak suka ngan kita buat lah macam mana 'molek' pun,ada saja yang tak 'molek' dimata musuh. sebab bangsa melayu masing2 ada PHD(PERASAAN HASAD DENGKI).

    ReplyDelete
  3. Lps ni dia jwb plak.kita tgok saper punya yg mantap.
    samada mantap btol2 or mantap temberangnya

    ReplyDelete
  4. Sekarang kedah dah jatuh pd bn padan muka blako puak2 tu yg berkepentingan.

    ReplyDelete
  5. Ada sedikit pening penulisan di atas. Rasanya penulis sendiri keliru dan kelabu (atau buat-buat keliru) memahami penyata kewangan syarikat. "Keuntungan" dan "Tunai" sesebuah syarikat adalah dua elemen yang berbeza. Syarikat yang membuat "Keuntungan" tidak semestinya mempunyai "Tunai". Dan selalunya pendapatan ses tidak sepatutnya dilihat sebagai "Keuntungan" dari operasi kerana ia selalunya lebih mirip sebagai "grant". Penulisan di atas tidak dapat menjelaskan secara telus dan tuntas kepada permasalahan kedudukan kewangan dan perjalanan anak syarikat kerajaan negeri tersebut. Manipulasi perakaunan mungkin berlaku dan menjadi mainan mereka-mereka yang berkepentingan. Nampaknya penulisan di atas ada maksud yang tersirat dan berkepentingan. Pelik sebuah syarikat sanggup menghenti operasi selama dua tahun untuk menaiktaraf dan melakukan "turnaround", melainkan operasinya tidak menguntungkan. Itu saja memberi gambaran kegagalan pentadbiran pihak kerajaan negeri dan ada yang tak kena. Fikir-fikirkanlah....rakyat tidak mahu ditipu!! Siapa yang menipu? Pahrolrazi atau MB dengan kuncu-kuncunya.

    ReplyDelete
  6. ada aku nak percaya kata sebelah pihak aje?

    ...Itu bangang namanya!

    ReplyDelete
  7. Inilah kerja2 fitnah dok pertahankan puak2 mereka. Hakikatnya kedah terlepas kpd bn sebab ada yg keras kepala tak mahu dengar apa kata akar umbi. Bila berkuasa mula hilang arah & rasa diri hebat. Kalah sebab gagal diuji dgn kemenangan.

    Siapa pun memerintah kena telus dan jujur.

    ReplyDelete
  8. Apa yg pasti almarhum kepala batu kaki golf naik jet mewah telah jahsnsmkan kedah. Mcm hadi jhnmkn tganung

    Di akhir ayat azizan allah potong 2 kaki dia yg suka konkek padang golf. Baru allah bg mati... siksa kaw kaw dulu...

    ini pengajaran untuk semua ularrrmak

    ReplyDelete
  9. Kan buku mso tu pernah didiskusikan.jemput merata.so napa x ada pihak sana joint sekali atau buat juga forum then jemput sayuti sama.barula best.ni dah bertahun baru nk jawab.mcm ader bende x kena jer.ingt org nak percaya bgtu jer dgn penulisan samada mso ka geng sana kaa umngok kaa pr kaa.jgn mudah lebel org kalo x reti nak jwb n dok dlm politik.neh senang jer upahan laaa.fitnah laa.panggey laa mso tu utk forum terbuka.mesti dia pon syok pasal promosi percuma.ada berani?amcam

    ReplyDelete
  10. Orang orang PAS rata rata bahalol

    Semua nak jadi ketua kaya dan ber gaya.

    Dapat jadi Ketua kumpulan orsng ptang bahalol pun jsdi lah.

    Tsk nak buka PAS di Papua New Guinea , Ketua pakai serban , anak anak buah bogel telanjang bulat macam TOYOL.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa