Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 8, 2015

Ayam jatuh ke kepuk!

SPRM rakam kenyataan anak pengerusi Felda
mk1:44PM - 7 Mar 2015

Anak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam untuk merakam kenyataannya berhubung pembelian hotel bernilai ratusan juta ringgit di London.

"Ia bukan tangkapan tetapi kenyataannya telah diambil bagi membantu siasatan berhubung kes itu," kata satu sumber yang mengetahui mengenai siasatan itu kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.

Siasatan itu adalah berhubung pembelian Grand Plaza Kensington berharga RM330 juta, yang kini dinamakan Park City Hotel.

Felda sebelum ini telah membeli Apartment mewah Grand Plaza di Bayswater, London.

Terdahulu, dilaporkan bahawa seorang pegawai kanan Felda yang ditugaskan dengan anak syarikat Felda -  Felda Investment Corporation - telah ditahan pihak berkuasa sejak hari Ahad. Turut ditahan ialah seorang yang didakwa menjadi orang tengah urusan tersebut.

Isa, yang juga bekas bekas menteri besar Negri Sembilan melancarkan Park City Hotel pada Disember 2014.

3 comments:

  1. Berhentilah Tan Sri Esa, orang FELDA dan tahu tembelang awak. Pemegang saham FLGV dan dekat nak nazak sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Di malaysia saja keluarga penuh darah daging rasuah bebas guna harta hak orang lain buat macam harta sendiri enjoy sakan.

    Orang Bahalol boleh kaya ber gaya guna duit orang lain walhal pemunya harta jadi papa kedana.

    ReplyDelete
  3. Penoroka felda sudah ada hotel sendiri di London lepas ini semua peneroka boleh cakap gomen untuk pergi tinggal dihotel terkenal ini mimpilah peneroka yang kaya dan selesa ha tu yang penyamun tarbus tu, tunggu dan lihat lepas ini siapa yang papa kedana dan menanggung bayaran hutang bank.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa