Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 8, 2015

Nampak gayanya kali ini Hadi akan dicabar

'Tak timbul soal berpecah jika cabar Hadi'
mk - 9:50PM - 7 Mar 2015

Tidak timbul soal perpecahan jika ada pihak ingin mencabar jawatan presiden pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS Pusat Jun depan, tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, ada kemungkinan berlaku pertandingan pada pemilihan kali ini walaupun ada yang menyatakan jawatan presiden yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu dicabar.

Menurut Mujahid secara tradisinya jawatan presiden PAS memang tidak pernah dicabar selepas zaman bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda yang meletak jawatan pada Oktober 1982.

"Tetapi masa berlalu, ahli (PAS) lebih matang. Apabila ada satu pencalonan untuk kerusi presiden, walaupun dianggap tidak pernah dibuat, tetapi secara perlembagaan ia bukan satu kesalahan kerana PAS mengamalkan demoraksi," kata Mujahid kepada pemberita di George Town hari ini.

Beliau berkata cabaran untuk jawatan presiden mungkin berlaku kerana ahli mengharapkan pemimpin yang boleh membawa hasrat parti dalam keadaan sekarang.

"Faktor Pakatan Rakyat (PR) juga mempengaruhi trend pencalonan seolah-olah ada dalam PAS yang melihat PR perlu dikekalkan dan untuk mengekalkannya, ia memerlukan pemimpin yang dinamik, terbuka dan boleh bekerjasama dengan rakan sekutu," katanya.

Mujahid, yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berpendapat pertandingan jawatan presiden harus diterima secara terbuka dan memahami semangat serta pengaruh perlembagaan parti yang mengamalkan pemilihan secara demokratik.

Ditanya mengenai kebimbangan berlaku pergolakan dalam parti jika jawatan presiden dicabar, Mujahid berkata ia perkara biasa dalam mana-mana parti. 

"Begitulah tanggapannya akan berpecah...tetapi apabila memahami secara matang kita bertanding, kalau menang maka kemenangan itu adalah atas pemilihan perwakilan, kalau kalah juga ia atas pemilihan pewakilan.

"Jadi kalau kita kata demokrasi, kita bersedia untuk menang dan kalah. Tidak timbul soal nak pecah.

"Saya tidak bersetuju kalau selepas pertandingan menjadikan parti itu pecah, dan juga tidak bersetuju atas alasan itu kita kata jangan bertanding.

"Kita harus kembali kepada semangat bersaing," katanya.

3 comments:

  1. A.B.A.H
    Asalkan Bukan Abdul Hadi
    A.B.U

    ReplyDelete
  2. Kalau Pemimpin Otak Keldai boleh di junjung sampai mati , orang orang PAS mesti terima hakikat mereka di jadi kan di dunia ini dalam bentuk Baghal ber jasad manusia.

    Macan mana nak maju jika hidup tanpa wawasan..... Pandai kat tahap ngentot saja.

    ReplyDelete
  3. Allah SWT dan Muhammad SAW yang tidak boleh dicabar selagi berpegang kepada akidah Islam. Yang lain semuanya boleh dicabar dan diganti. Lainlah kalau puak-puak dalam PAs menganggap individu Presiden itu setaraf nabi atau rasul. Layak atau tidak seseorang itu bergantung kepada peluang yang diberikan kepadanya. Hadi Awang pun bukannya dilantik melalui Muktamar malah lantikan terus setelah Presiden PAS Ust Fadzil Noor kembali kerrahmatullah. Mungkin melantik orang lain melalui pertandingan adalah jauh lebih baik dan berkesan dari melantik secara terus begitu. Hadi Awang lebih berkemampuan menjadi Imam di Masjid Rusila daripada menjadi seorang Presiden Parti yang menggunakan nama Islam sebagai flatform berpolitik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa