Edisi betul atau bohong?
Naik geli bulu ketiak aku.....
Tak habis-habis bersandarkan karisma ayah!
Memanglah mana ada ayah yang ajar anaknya balun orang kalau bukan jenis ayah samseng?
Tapi kalau anak jadi celupar dan mulut samseng bila dah besar nak buat macam mana?
Tapi adakah menghentam kawan dan rakan itu diajar oleh ayahnya?
Sebenarnya aku malas nak belek-belek semula ucapan dia sebelum ni
Kalau korang rajin korang carilah.......
Nik Abduh: Ayah tidak ajar saya hentam Umno
mk - 9:38PM - 2 Mar 2015
"Ayahanda mendidik saya bukan dengan memukul Umno dan BN.
"Saya juga mengenal ayahanda saya mendidik rakyat bukan dengan memukul Umno dan BN bertalu-talu."
Demikian jawab anak tokoh PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sewaktu dihadapkan tuduhan bahawa beliau mewakili kumpulan pro-kerajaan perpaduan yang sering mengkritik sesama pemimpin parti itu.
Walaupun tidak menjelaskan kumpulan yang mendakwa begitu, Nik Abduh berkata terdapat tanggapan beliau "kurang memukul Umno dan BN" dan "kuliahnya berlapik-lapik, tidak luka Umno dan BN."Semalam Nik Abduh dilaporkan mendedahkan wujudnya "barua" dalam parti itu yang lebih pro-Pakatan Rakyat dan kumpulan ini dulu pernah "cuba memisahkan pemikiran presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Nik Aziz".
Kenyataan ini sebahagian daripada siri pertelagahan terbuka dua kumpulan utama dalam PAS sejak beberapa tahun lalu.
Satu kumpulan dikenali pro-ulama, yang didakwa pro-kerajaan perpaduan dengan Umno, manakala satu lagi mahu menarik PAS bersama Pakatan Rakyat dalam usaha merampas Putrajaya.
Dalam kenyataannya di Facebook petang ini, ahli jawatankuasa pusat PAS itu menambah, Nik Aziz juga pernah berpesan agar tidak ghairah menentang Umno sejak beliau masih di kampus.
"(Sewaktu) berkuliah itu, jangan asyik pukul Umno, asyik cakap politik saja. Beri ilmu agama kepada masyarakat hatta masa ceramah politik (apatah lagi dalam kuliah agama).
"Jangan asyik ikut orang lain. Kita ada ilmu, kita beri ilmu. Orang tidak ada ilmu, dia tidak boleh memberi apa yang orang berilmu boleh beri," Nik Abduh memetik pesan bapanya.
Bekas menteri besar Kelantan itu dan mursyidul am PAS meninggal dunia bulan lepas.Nik Abduh (kiri) juga berkata Nik Aziz berpesan padanya: "Apabila masyarakat berilmu, senanglah mereka faham mengapa kita melawan Umno. Sekali cakap sahaja orang terus faham.
"(Cara) melawan Umno, bubuh ilmu banyak-banyak, lama-lama lenyaplah Umno."
Beliau, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, cuba menepis lebih awal tanggapan umum bahawa bapanya antara tokoh PAS yang paling lantang mengecam dasar dan pendekatan Umno.
"Anda hanya mengenal ayahanda saya melalui ceramah politik dan aktiviti politiknya sahaja. Maka sisi itulah yang anda mengenali ayahanda. Anda beruntung dapat ilmu politik daripadanya.
"Tetapi saya lebih beruntung kerana mendapat ilmu kehidupan daripadanya," tambahnya, tanpa menghuraikan lebih jelas kenyataannya itu.
Nik Abduh juga mempertahankan pandangan-pandangannya di media sosial yang tegas mempertahankan kumpulan pro-ulama dalam PAS.
"Tulisan-tulisan saya di alam maya ini adalah usaha saya menepati nasihat ayahanda.
"Tidak perlulah saya berlapik untuk memohon maaf kepada orang-orang Umno jika tulisan-tulisan saya sebelum ini telah semakin menjauhkan mereka daripada PAS yang saya cintai sebagaimana ayahanda mencintainya.
"Saya tiada berhasrat demikian selain islah dan pembaikan sedaya upaya saya," katanya.
Abduh dgn Najib sama species. Dua2 menumpang karisma bapak. Apa2 bila terkena batang idung, bapak yg dikaitkan utk menyelamatkan diri. Cuma bezanya sorang berlatarbelakangkan sekular dan sorang lagi berlatarbelakangkan agama. Tapi yg nyata kelaku dua2 bertentangan dgn bapak masing2.
ReplyDeleteNak komen pun dah tak larat dah sebab menyampah sangat dengan perangai munafik "anak anjing" ni. Konon arwah bapak tak suruh serang UMNO, habis arawah bapak suruh kamu serang Pakatan Rakyat ke atau serang manusia (profesional PAS) yang menaikkan nama parti kamu? Tengok muka pun jadi panas hati (buat orang benci), tak langsung macam tengok muka arwah ayah beliau yang lembut lagi menenangkan mata. Dari pandangan mata pun Allah SWT dah memberi petunjuk kepada manusia rupanya.
ReplyDeleteMulut tak jaga. Patutlah guna gelaran monkey shooter.
DeleteSetuju dgn Monkey Shooter cuma ungkapan "anak anjing" itu tidak molek ditujukan kpd barua dan broker ug ni, kerana ia boleh membawa maksud iaitu bapanya adalah anjing juga.
ReplyDeleteIni kan budah bahalol
ReplyDeleteAda nya jadi beban , tanpa nya rakyat tak heran
Orang GAGAL tiada nilai ekonomi , buat habis bhoras saja
Next !!!!
Padan muka Nik Bofoh
ReplyDeleteNauzubilah. Kita bekum kenal bapak nik abudoh ni,. Mungkin bapak nik abudoh ni duku masa kerja dgn umno bn zaman asri togok todi dgn umno dan makan haram dgn umno sehingga melahirkan nik abudoh.. nauzubillah..
ReplyDeletenik abudoh lahir dan membesar ketika pas dlm umno bn
Abe
ReplyDeleteInilah manusia yang orang kata kaki belit dan Kali putar. Bila kena batang hidung sendiri dia putar, dia belit.
Ambo pun ingat pesan ayahanda dia. Kena beza atas platform mana dia bercakap. Boo Abduh ini seperti ayahandanya berfungsi dalam 2 peranan : sebagai ustaz dan ahli politik PAS.
Mamat no putar belit fungsi sebagai ustaz kepada fungus dia sebagai ahli politik PAS. Pesan ayahanda dia semasa menyampaikan kuliah ugama, jangan bawak politik!.Semasa menyampaikan kulah ugama do masjid, dia berfungsi sebagai ustaz untuk menyampaikan ilmu ugama kepada masyarakat. Jadi yang hadir ke masjid itu ada pelbagai fahaman politik untuk menimba ilmu ugama. Bila si ustaz dah mula berceramah politik PAS dalam kuliah ugama tentulah Alan menyinggung perasaan orang human PAS. Jadi pasti mereka yang kena hentam itu akan menjauhi dari kuliah di masjid. Jadi gagallah fungsi masjid ity sendiri dalam mendidik masyarakat setempat. Ini pesan ayahanda Malay ni yng saya ingat.....tapi mamat no sudah putar belit apabila dia bukak mulut sebagai ahli politico PAS.
Tampa Abe....sekarang payung mamat ni day xde. Dia Alan tahulah kat mana dia duduk nanti sent an multi jamban dia.
Berbicara dsngan perkataan yang baik, jauhkan menggunakan perkatasn yang kesat seperti barua dan sebagainya. Semoga Allah swt membuka hati kita semua kepada kebenaran dan keadilan. Berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.
ReplyDeletemaaf sebenarnya nik abduh dia dijadikan barua pada puak2 UG. dia budak dop cerdik
ReplyDeletekalau kata barua kang hang pa marah tapi kelakuan dan komen admin dan macai2 mmg membuktikan hang pa barua sebarua2nya .........kerja kutuk dan buat fitnah !
ReplyDeleteAssalamualaikum Malaysia Baru, tuan salah kalau nak kemenagan dengan menghina dan menuduh dengan gelaran yang tuan sendiri tidak tahu. Dah pula yang dituduh sudah meninggal. Jika tuan dituduh seteruk tuduhan tuan itu, adakah tuan redha. Tuan akan bertemu dengan orang yang dituduh di padang mahsyar dan berlaku tuntut menuntut atas tuduhan yang dilemparkan. Jangan kebencian kita pada seseorang atau suatu kaum sampai kita lupa, nasib kita di akhirat..
ReplyDeletepesananku: Sudah-sudahlah menggunakan nama bapa untuk melompat jauh dalam politik. nampak sangat tiada kewibawaan dan keyakianan diri. Jangan berretorik sangat. takut nanti sepenggal jer jadi MP (yang nampaknya dalam DR gagal berfungsi dgn baik)
ReplyDeleteYg balun Tn Guru Nik Abduh semacam ni, dapat tarbiah yahudi kut.
ReplyDeletebila masanya jd tuan guru? apa kelayakkannya ?
DeleteAyam tambatan umno yg berkeliaran dlm kandang Pas..terbaik nik abduh...
ReplyDeleteKenapa keadaan semakin kacau bilau dengan pelbagai kenyataan ketika parti sudah menghampiri pemilihan jawatankuasa baru dalam parti ?
ReplyDeleteKenapa ada beberapa orang yang dilihat seperti dia dan mak bapak nya yang punya parti sehingga boleh mengeluarkan ayat.... sesiapa yang tidak wala' pada pemimpin perlu keluar PAS dan tubuh parti baru. Macam CELAKA !
Sebagai ahli biasa, kita perlu bertanya secara konsisten....parti PAS yang didokong kehulu kehilir ini parti siapa ?
Apakah parti PAS itu parti islam atau PAS itu sebenarnya parti politik yang memperjuangkan demokrasi berparlimen bersistemkan sekular...?
Kenapa Mohd Zuhdi Marzuki, bimbang akan berlaku penguasaan “pemimpin berfikiran liberal” dalam tampuk kepimpinan merubah dasar kepada liberal dan sekular sedangkan Tg Hadi juga mengamalkan sistem sekular ?
Apakah islam dalam PAS itu maksum sehingga disebut PAS bertanding dalam pilihanraya bukan untuk menang tapi mencari keredhaan Allah ?
Sepatutnya ahli parti seperti Mohd Zuhdi Marzuki perlu diberi perhatian kerana kelakuannya tidak menggambarkan dia sebagai ahli PAS yang mempunyai daya saing dalam politik tapi lebih memfokaskan isu dalaman parti yang kita lihat seperti tikus membaiki labu. Bahasa mudahnya adalah pengkhianat.
Apakah jasa orang ini dalam PAS ?
Orang yang mempunyai keilmuan agama yang tinggi akan bercakap dikhalayajk berlandaskan pada ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. Tapi orang ini bercakap berasaskan emosi dan sentimen. Tingkah lakunya seperti mempunyai agenda untuk merosakkan parti PAS dari dalam.
Apakah dia diantara "BARUA" yang dimulakan oleh Tg Hadi yang sudah menjadi satu zikir kepada sebahagian ahli PAS.
Ini mungkin juga dikaitkan dengan erti wala' yang selalu diungkitkan oleh kumpulan MSU kerana apa yang pemimpin tertinggi kata ahli mesti ikut. Maka tidak pelik jika Nik Abduh memanjangkan zikir barua itu kemana saja dia pergi.
Perlu diingat, Allah telah memberi manusia akal untuk berfikir dalam masa yang sama Allah akan memberikan ilham pada manusia yang berfikir membuat pilihan sebelum menentukan keputusannya. Maka manusia itulah yang perlu bertanggongjawab diatas segala hasil kerjanya.
Para perwakilan wajib mengguna akal yang waras dalam menilai isu dan fitnah yang diusulkan oleh segelintir ahli dalam parti bertujuan untuk memporak-perandakan perpaduan dalam parti.
Tumpang tuah bapa dia je.Hebat pun dalam fb saja
ReplyDelete