Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 3, 2015

Timbalan ketua Pemuda MIC ditembak

Timbalan ketua Pemuda MIC Hulu Langat parah ditembak
Published: 3 March 2015 12:01 AM

Timbalan ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang tengah hari tadi.
Ketua polis Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata ketika kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki kereta Honda Accord sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.
"Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan yang mengenai  bahu kanan, pipi kanan dan dada kanan mangsa," katanya kepada Bernama.
Ab Rashid berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang sebelum dipindah ke Hospital Serdang.
Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi dalam keadaan tidak sedar namun stabil.
Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kejadian tersebut termasuk berkaitan politik. – Bernama, 2 Mac, 2015 - sumber

3 comments:

  1. Itu adalah nasihat cara MIC, jika ulama ug PAS pula guna cara maki hamun dan melabelkan ahli parti sendiri. Hanya UMNO sahaja tidak perlu menasihat ahli partinya, kerana mereka bangang2 belaka tidak pernah menentang pimpinan malah erat seiring sama2 menjunjung fitnah ke hulu ke hilir.

    ReplyDelete
  2. Tembak tembak Biawak biasa lah

    Kalau Motor langgar Biawak boleh maut juga penunggang motor

    ReplyDelete
  3. The right-hand man of a millionaire drug lord and leader of Gang 36, survived after being shot at six times from close range in Kajang yesterday.

    The man identified as M. Thanabalan is the younger brother of former MIC Hulu Langat division youth chief M. Kalaiarasu, who also survived after being shot at three times in 2010.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa