Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 1, 2015

'Barua' pulak daah.....!

Selepas broker dan syaitan.......barua pulak
Agak-agak barua ni jenis macam mana ek?

Lantak hanglah nak gelar apa pun, mereka ni semuanya dari parti hang juga
Lagi pun tentang kumpulan UG ni dah terang, tak payah nak bersuluh
Takyah nak nafi dan berdolak-dalik lagi......
Biarkan ahli yang cerdik menilainya nanti 

Ada 'barua' dalam PAS, kata Nik Abduh
mk - 3:19PM - 1 Mar 2015

Terdapat golongan yang dilabelkan sebagai “barua” di kalangan ahli PAS, kata Ahli Jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Dakwanya lagi kelompok itu lebih wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti Islam itu sendiri, lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau mendakwa kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Mekah.

"Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.

"Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis ialah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah 'kerajaan perpaduan' terhadap presiden PAS," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

8 comments:

  1. Masya Allah

    Arwah Nik Aziz sudah ter nama dan mulia bahasa nya.

    Sedih nya , anak Arwah Nik Bodoh ini hanya tau membusok kan nama baik Arwah Nik Aziz.


    Semua pasal dunia dan harta nya.

    ReplyDelete
  2. kalau almarhum TGNA masih hidup, aku percaya mamat ni akan kata: bukan sy yg kata, ayahanda yg kata.

    iniler mamat yg sanggup jual nama ayah dia utk tegakan benda yg tak boleh nak tegak.

    dah terbukti almarhum ayahanda dia lebih baik dr hadi, hadi juga yg disanjung. dulu hadi cap org barua, skrg dia pula ikut sunnah hadi.

    cuba berikan nas al-Quran atau hadis yg membenarkan seseorang membaruakan org lain? surah apa ayat brp...

    ini ke mamat yg org label sbg mp yg pakai tai 24jam? kalau serban besar tu aku tau lah sapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun setuju dg apa yg tuan tulis.Yg dia boleh bertahan sbb ayah dia masih hidup.Skrg ini dia berada dalam realiti .tunggu dan lihat

      Delete
  3. Apa yg Nik Abduh ada kelebihan.Sekadar tumpang nama ayah dia saja

    ReplyDelete
  4. Hampir 1 bulan "si keding" ni tidak diserang oleh musuh-musuh politik beliau kerana menghormati Al-Marhum TG Nik Aziz.

    Nampaknya mulut "cirit-birit Si keding" ini dah meleleh keluar semula dan menjadi busuk hingga satu daerah.

    Satu sahaja persoalan dan boleh dijadikan iktibar, iaitu... Al-Marhum TG Nik Aziz berjaya mendidik dan mentarbiah ribuan rakyat Kelantan, tetapi sayangnya beliau gagal dalam mentarbiah manusia yang paling hampir dengan beliau malah UMNO melalui ISA yang jauh lebih berjaya dalam usaha mentarbiah Nik Abduh ini melalui Honda Elayson dan Mini Cooper-nya.

    ReplyDelete
  5. ada golongan dlm PAS seperti meraikan pemergian almarhum TGNA. Bersandiwara bersedih hakikatnya melompat keriangan kerana tiada lagi halangan utk mereka.

    ReplyDelete
  6. insya allah sikit hari allah akan buka aib2 mereka yg tak ikhlas dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  7. Tuan

    Kita tengok setakat mano Nik Abduh ni boleh gi. Loni pun dah tunggu masa nak out jah. Fb dio pun dah makin sepi. Penyokong2 tegar dia dulu pun ramai dah lari. Mereka pun dah sedar perangai sebenar Nik Abduh nih semasa banjir baru ni. Orang lain dok sebok menolong mangsa banjir, dia dok sebok main fb.

    Sekarang the table is turning him. Ayahandanya sudah kembali ke rahmatullah. Cover yang menyebabkn orang malu hendak menghentamnya pun sudah takde....orang semakin berani menghentam dio

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa