Published: 1 March 2015 10:48 AM
Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan dakwaan kumpulan itu menerima dana DAP bagi menjatuhkan presiden PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2015.
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) masih belum bersedia membuat laporan polis walaupun terdapat dakwaan mereka menerima wang imbuhan RM500,000 daripada DAP sebagai ganjaran menjatuhkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyifatkan perkara itu tidak benar, tetapi buat masa ini, katanya beliau hanya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan menyeru orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang dakwaan selain kenyataan rasmi PasMa.
"Buat masa ini kita belum bercadang membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba memburukkan imej PasMa.
"Kita serahkan perkara ini kepada penasihat undang-undang PasMa untuk pertimbangan sewajarnya," katanya.
Sebelum ini, Phahrolrazi menafikan dakwaan yang mula tersebar luas di beberapa laman blog dan portal berita mengatakan PasMa menerima wang imbuhan RM500,000 setiap tiga bulan sebagai ganjaran menjatuhkan Hadi dalam pemilihan PAS akan datang.
Terdahulu, sesetengah pimpinan PAS menuduh PasMa menjadi duri dalam daging kerana hubungan baiknya dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP dan PKR.
PasMa menjelaskan, ia mahu merapatkan kerjasama PAS dan PR yang merosot sejak kemelut menteri besar Selangor tahun lepas.
Antara lain, Phahrolrazi yang juga seorang pemimpin PAS peringkat negeri Kedah, pernah berkata, pelaksanaan hukum hudud di Kelantan perlu dirujuk dan mencapai kata sepakat tiga parti dalam PR.
"Jika mahu dilaksanakan juga hudud, ia harus mencapai konsensus di antara ketiga-tiga parti ini.
"PasMa tidak terlibat membuat keputusan terhadap isu yang spesifik, sebaliknya keputusan dibuat melalui satu konsensus," katanya menjelaskan pendirian PasMa yang melihat semua keputusan perlu dicapai secara bersama.
Ia bukan hanya meliputi isu hudud, malah termasuk juga isu persempadanan semula kawasan pilihan raya, katanya. – 1 Mac, 2015. - sumber
Mesti beli Bentley Mercedes Benz Range Rover baru lah rasa kehidupan dunia...
ReplyDeleteApa pun kenikmatan dunia atas usaha sendiri tanpa aniaya sesiapa tiada masalah.
Rujuk rujuk lah sedara UMNO jika nak kaya ber gaya. Tak rugi pun.