Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 5, 2015

Dah ikut perangai MIC ke?

Amat dikesalkan
Nama siapa yang tercemar?
Adakah kejadian ini diatur atau tindakan bersendirian?

AJK PAS Pusat Dr Dzul dipukul awal pagi ini
Published: 5 March 2015 9:32 AM
Polis mendapatkan maklumat daripada pemimpin PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di depan rumahnya awal pagi tadi di Shah Alam. – Gambar The Malaysian Insider, 5 Mac, 2015.

Pemimpin PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di depan rumahnya dekat Shah Alam awal pagi ini.
Sahabat baiknya Datuk Kamarudin Jaffar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, Dzulkefly ketika ini sedang membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan selepas ini.
Kesan kejadian itu, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.
"Salah seorang daripada mereka sempat berkata 'kenapa kurang ajar' ketika mereka memukul Dr Dzul," kata Kamarudin yang juga seorang AJK PAS Pusat.
Berdasarkan maklumat diterima, Dzulkefly dipukul ketika masih berada di dalam kereta, dan sebelum itu beliau memandu keretanya masuk ke perkarangan rumahnya sebaik saja pintu pagar dibuka.
Dzulkefly ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau sedang membuat laporan polis dan akan bercakap kepada media kemudian.
Dalam pesanan melalui WhatsApp kepada Kamarudin yang dihantar kepada The Malaysian Insider kemudiannya, Dzulkefly menjelaskan beliau bertakbir beberapa kali ketika diserang dengan kayu oleh orang berkenaan.
"Saya keluar dari kereta untuk melawan balik dan mereka kemudian melarikan  diri. Saya nampak mereka menuju motosikal yang mereka letak kira-kira 100m di hujung jalan dari rumah," kata Dzulkefly dalam pesanan itu.
Baru-baru ini, Dzulkefly yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu menyuarakan kebimbangan sama ada ulama dan profesional di dalam parti Islam itu masih boleh bekerja bersama dan melahirkan rasa "sudah hilang hormat" terhadap golongan ulama.
Ia susulan resolusi yang dibuat Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS pada Sabtu, 21 Februari.
"Saya ingin melahirkan rasa sedih bercampur geram yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam multaqa kali ini. Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soalnya ketika bercakap kepada The Malaysian Insider.
Dzulkefly berkata: "Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu."
Beliau berkata, kenyataan itu tidak berapa jelas sehingga orang menganggap beliau tidak hormat kepada semua ulama.
Katanya, bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi jemaah Islam.
"Yang saya tidak hormat, ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun, dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," katanya.
Sebelum ini, kereta pengarah pilihan raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli dibakar di perkarangan rumahnya di Hulu Kelang.
Ia berlaku selepas beliau didakwa menjadi dalang kepada usaha menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dakwaan itu dibuat dalam satu demonstrasi dan penyerahan memorandum kepada PAS oleh sekumpulan ahli PAS yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadli Ahmad di depan pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dzulkefly yang mengulas kejadian itu menganggap ia dibuat oleh mereka yang berusaha melaga-lagakan pimpinan PAS. – 5 Mac, 2015. - sumber

5 comments:

  1. kerja-kerja pengecut atas arahan pemimpin pengecut dari parti islam juga ? ABU !

    ReplyDelete
  2. Tengok gaya macam tindakan ter desak kumpulan bahalol dalam PAS yang gila duniawi tapi topeng kan agama.

    Nak ngentot dosa , tengok orang ngentot tak apa.

    Bebudak bodoh dalam PAS banyak.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Soal kerja pi pukul Dr Zul itu kerja dirancang atau sendirian bukan isu penting. Isu yang lebih penting apa sudah jadi dengan PAS dan kepimpinan PAS yang diketuai oleh TGHH. SATU....

    Keduanya inilah hasil kerja kecelaruan kerja sekelompok kecil peminpin PAS yang menamakan diri mereka ulamak yang dok menabur pelbagai fitnah kepada ahli dengan menyembunyikan maksud dan agenda sebenar. Inilah kesan kerosakan yang t8mbul apabila mereka memperkudakan status ulamak untuk mencapai agends per8badi mereka yang mereka sembunyikan dari ahli. Mereka xsebut dengan jelas agenda meeeka - hendak bekerjassma dengan UMNO untuk kepentingan duri mereka tetapi sebaliknya memperkudakan institusi ulamak untuk mendapat sokongan ahli PAS.

    Perkara no.2 ini adalah disebabkan oleh no.1 - kelemahan kepimpinan PAS sendiri khususnya Presiden PAS, TGHH. Belaiu gagal sebagai pemimpin utama PAS untuk mengurus kepelbagaian aliran didalam PAS dibawah satu visi dan matlamat yang kukuh dan jelas. K3gagalan ini takde kena mengena dengan keilmuan ugama beliau yang tinggi. Keilmuan beliau tetap utuh dan masih disanjung. Kegagalan TGHH sebagai Presiden PAS ialah kelemahan kepimpinan, kelemahan beliau memimpin PAS sebagai sebuah organasasi politik Islam. Senang cerita beliau adalah seorang pemimpin organasasi yang lemah dan nanar.

    Jadi apa yang berlaku sekarang perlu diattasi oleh TGHH dengan bijak dan tegas sebelum ada orang PAS yang c3dera atau terbunuh! Seriuskan...tapi tanda-tanda kerarah itu, kearah ektrimisma yang melampau sudah ada. TGHH selaku Presiden PAS mesti mengambil tanggungjawab keatas apa yang berlaku kepada PAS. Tindakan2 tegas perlu diambil kepada ulamak-ulamak tertentu yang bertsnggungjawab menghuruharakan PAS s3karang.

    Kedua, geng2 UG dan sewaktu kena pikul kesalahan ini. Mereka yang dok jaja dsb bawa fitnah2 sehingga wujud kecelaruan di dalam PAS.


    Yang lebih penting ialah kegagalan sistem tarbiyah didalam PAS sendiri. Kita orang lama melalui sistem ini dan kita tidak menjadi ekstrimis membutatuli seperti kita lihat hari ini. Ini satu lagi kegagalan peribadi TGHH selaku presiden PAS.

    Apa langkah terbaik sekarang? Pertama TGHH kena tampil sendiri dengan t3gas menananggani isu kecelaruan yang berlaku dengan tegas. Ini tanggungjawab asasi beliau. Jadipun kerana kelemahan beliau sebagai Presiden. Ambil langkah2 untuk memurnikan suasana dengan langkah2 rekonsiliasi dan kasih sayang dikalangan pemimpin da ahli2. Keduanya mengenalpasti kaki-kaki atau ketua2 yang menghuruharakan PAS termasuk kepala2 besar dikalangan mereka yang bergelar ulamak. Ambil tindakan tegas terhadap kepala-kepala ini termasuk buang dari PAS tanpa memilih bulu atau kedudukan. Last seksli, setelah semuanya sudah pulih, TGHH mesti melepaskan jawatan Presiden PAS sebagai mengambil tanggungjawab keatas apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  4. Sekiranya Hadi Awe ini seorang yang beramanah dan jujur dalam Islam pastinya dari dahulu lagi beliau menolak untuk diberikan menantunya jawatan penasihat agama di Perangsang Selangor. Ini tidak, bujur lalu melintang patah. Ingatlah Hadi Awe, kamu lebih jauh berdosa dari golongan yang lain yang tidak belajar Islam tetapi tidak mempermainkan ajaran Islam berbanding kamu yang tahu Islam tetapi kamu mengkhianati islam itu sendiri. Seandainya generasi akan datang memperlekehkan Islam dan parti Islam se Malaya (PAS) atas sebab tauladan yang buruk dari kamu, maka bawalah kutukan mereka itu bersama-sama hayat kamu kelak ke dalam lubang kubur. Hanya mengingatkan......

    ReplyDelete
  5. Adakah keje geng ketua pemuda pas pahang.?.???... Elok polis buat siasatan .., tangkap mana yg boleh dan nak kita tgknpenjahat ni...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa