Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 5, 2015

Seorang yang begitu brutal sudah kehilangan jantan?

Kenapa Sirul masih kunci mulut?

Sirul patut ceritakan sahaja semuanya
09:30PM Mac 04
oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG: Hidup pastinya indah buat seorang Sirul Azhar Umar – lelaki yang melarikan diri selepas membunuh seorang perempuan dengan kejam, namun masih boleh menikmati kehidupan.
Hidup di negara luar untuk melepaskan diri daripada hukuman mati di tanah air. Mendapat akses internet dan telefon ketika dalam tahanan.
Malah, dapat menikmati makanan kegemaran hasil tangan ibu.
Kepada mereka yang terkejut selepas membaca peranggan di atas, begitulah bagaimana seorang pembunuh yang didapati bersalah menjalankan kehidupannya di Australia. Beliau kini berada di pusat tahanan Villawood di Sidney, selepas meninggalkan Malaysia Oktober lalu.
The Rakyat Post melaporkan, ibu Sirul, Piah Samad yang berusia 74 tahun akan menghantar makanan kegemarannya, sambal ikan bilis jika mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa Australia.
Laporan yang dipetik daripada Harakahdaily itu juga berkata, Piah juga membawa makanan kegemarannya yang lain iaitu rendang limpa, namun tidak mendapat pelepasan pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Sidney.
Ibunya dilaporkan dalam keadaan bersemangat, berkata: “Tak apalah, nanti kita masak yang lain.”
Piah juga memasak kari kepala ikan untuk rombongan yang mengiringinya – tujuh orang termasuk anaknya Nuriatin Umar, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan seorang peguam.
“Sirul ni budak baik, kerja dia jaga menteri. Semua tempat dia pergi. Dia tak de cerita apa pun kat makcik sehinggalah dia ditangkap,” katanya menurut Harakahdaily.
Kini, tiada lagi sebab untuk Sirul kembali ke Malaysia (bukanlah beliau berniat untuk pulang pada asalnya).
Sehingga kini, masih belum jelas bagaimana seorang bekas komando polis mampu hidup di luar negara sejak Oktober 2014. Tidak diketahui siapa yang mendanai “pelarian” dan hidupnya di sana.
Kini selepas tempat tinggalnya sudah terjamin, beliau masih dapat menikmati keselesaan seperti di rumah sendiri, semuanya atas jasa PAS.
Ya, parti yang sama yang menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat, yang dahulunya menghentam Sirul dan pasangannya Azilah Hadri sebagai pembunuh kejam, berikutan kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan tahun-tahun selepasnya.
Kini, mereka bersungguh-sungguh berbuat baik kepadanya dan keluarga, dengan harapan beliau akan mendedahkan sesuatu yang menggemparkan, seterusnya meruntuhkan pentadbiran sekarang dan membolehkan PR mengambil alih Putrajaya.
Persoalannya, adakah Sirul akan mendedahkan apa-apa yang mampu meredakan spekulasi bertahun-tahun lamanya? Atau beliau hanya mengambil kesempatan terhadap PAS dan media antarabangsa?
Bukankah beliau adalah orang yang didapati bersalah melakukan antara pembunuhan paling dahsyat yang pernah berlaku di Malaysia, dan malah dunia?
Jika Sirul benar-benar serius menebus “dosanya”, beliau patut berhenti mengarut tentang tele-persidangan yang tidak pernah terjadi, dan dedahkan sahaja semua perkara. Tanpa mengira apa yang akan berlaku selepas itu.
Jika beliau cukup “jantan” untuk menembak seorang perempuan yang mengandung dan mengebom mayatnya sehingga hancur berkecai, beliau juga sepatutnya berani untuk mengaku dan menceritakan segalanya kepada media.

7 comments:

  1. Tengah tunggu tawaran balas dari kuncu-kuncu Najib untuk jadi bisu semula.....

    ReplyDelete
  2. Sirul ini manusia biasa ada nafsu dan takut mati juga.

    Sirul sudah paling tadah dari tanggung jawab cukup sudah di kira Bacul dan Munafik.

    Apa nak jadi semua lahanat paling tadah ; maka nya hancurlah dunia .


    Duit dan habuan sudah habis tapi tanggung jawab tak habis , jadi paling tadah lah kalau nak terus kaya bergaya.

    Buat malu bangsa agama dan keluarga saja.

    ReplyDelete
  3. Sirul boleh menutup rahsia dan bersekongkol saham dgn perancang pembunuhan altanthuya di dunia dari pengetahuan ibubapa, isteri, anak dan orang ramai, tapi, di akhirat, semua ini akan tuntut beliau dedahkan . Mulutnya akan bercakap dan dedahkan, tangannya akan bercakap, kakinya kan bercakap, matanya akan bercakap. Mungkin Sirul tak terfikir gamaknye ye!

    ReplyDelete
  4. Cai macai, mahfuz fus fus, semuanya tonyok.

    ReplyDelete
  5. buat jahat sama2/pakat2 tapi x semestinya time kena pun sama2..
    standard r tu..
    mcm esok sabtu kalo korang "jihad" depan sogo..kalo ada yg kena tangkap sok mungkin sume x kena tangkap sekali hehe...x semestinya buat sama2 semua sekali kena, termasuk yg mengarah tu..
    biase lembu2 je yg kena tangkap..
    lembu idup susah kena tipu ngan ahli politik...bertimpa2 kena tipu...
    xpe telan je....hehehehe

    ReplyDelete
  6. biasalah admin!macam orang yang tengah berpuasa gak,macam2 teringin dia nak makan bila berbuka nanti,bila dah berbuka dan makan macam ulaq sawa kekenyangan lama pula nak makan.macam sisarul ni dia dah kenyang makan sambal ikan bilis yang mak bawa tahan kut untuk beberapa akan datang.bila dah 'kenyang' jangan harap la nak buka mulut.kira nak tidur ja hati dah 'senang'nak 'rumah' dia tu semua ada kelengkapan dan keperluan yang dia nak.anak 'emas'!

    ReplyDelete
  7. Kalau mahfuz boleh gi jumpa sirul senang2...maka pelikkah kalau ada agen2 dtg buat tawaran supaya sirul tutup mulut dgn jaminan ahli keluarga si malaysia beres dan duit sara hidup no problem... last2 mahfuz dan PAS jadi keldai melayan sirul! Sirul memang pembunuh! Soal siapa rancang perkara lain. Kalau kita ada iman dan takut kan tuhan...kita takkan sanggup ambil tugas Allah mencabut nyawa! Sirul banyak pilihan masa ditawarkan wang lumayan utk membunuh.. tapi dia memilih duit dari dosa! PAS dan mahfuz sila hentikan kerja bodoh ni!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa