Published On: Tue, Mar 3rd, 2015
PETALING JAYA – Seorang pemimpin kanan PAS meramalkan jawatan Presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu yang akan datang.
Beliau menjangkakan lebih daripada seorang calon akan mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatannya.
Mengambil kira pandangan di peringkat akar umbi, terdapat beberapa pencalonan untuk jawatan tertinggi, kata seorang pemimpin yang tidak mahu dikenali.
“PAS amat demokratik dan akan berlaku saingan sengit pada kali ini kerana terdapat banyak isu di dalam parti,” katanya.
Beliau mengulas ramalan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bahawa jawatan No.1 tidak akan dipertandingkan kerana tiada calon berkemampuan di dalam parti untuk menandingi Hadi yang mendapat sokongan golongan pro-ulama.
“Biar jawatan presiden dipertandingkan. Dari segi perlembagaan, semua jawatan eksekutif terbuka kepada pencalonan dan dipertandingkan. Ini adalah apa yang anda semua sebut sebagai demokrasi,” katanya.
Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau memegang jawatan sebagai Presiden berikutan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002.
Pemimpin tersebut berkata sebuah pertandingan adalah mekanisme penting penyemak dan pengimbang untuk membawa mana-mana parti politik ke hadapan. - sumber
Lebai2 ni dah anggap HH sebagai tokoh suci yang tidak ada cacat cela biarpun kluk klek dan membuat kenyataan berbaur fitnah... lebai2 ni jenis poyo yang takut kepada kemajuan dan bergantung kedudukan disebalik jubah presiden..
ReplyDeletepada pandangan sy,sy cadang kan dato' husam musa tanding kerusi no 1 tu.pada pru yang dia calon pas putrajaya.tujuan untuk 'mematikan' politik husam musa oleh pihak2 yang tak sehaluan ngan husam.husam seorang yg berpandangan jauh.
ReplyDeleteSetuju,,
DeleteSuruh presiden PASma tanding Hadi, tengok ada telor tak...
ReplyDeleteRosak.pas kerana anuwar..rosak semua politik di malaysia kerana anuwar...anai anuwar dalam pas ramai...dap hanya menunggu bola tanggung...hancur melayu hancur islam...gay lesbian semua pas sokong..allah di gereja pon pas sokong kerana sygkn dap dan anuwar...
ReplyDeletePersoalan pertama yang harus ditanya adalah (1) Adakah Hadi Awang seorang Islam yang mukmin? atau kafir berwajah Islam? (2) Semasa menjadi MB Terengganu berapa banyak wang Yayasan Islam Terengganu dan Yayasan Terengganuyang disonglap untuk menghantar anak-anaknya, anak saudara da anak Harun Taib ke Jordan untuk dihabiskan?
ReplyDeleteSedara 10:54 AM.
DeleteAku pon x setuju dgn tghh dlm hal kepimpinan dan politik.tp x perlu lah wat tuduhan n fitnah bodo bgtu.
Sbb tu aku rasa kao ge bising kat blog umngok sana lah yg minat fitnah n sex.x suka bknnya lesen memfitnah n wat jahat kat musuh.kalu dia songlap pkl 3 pg sprm menjongoi kat dpn tangga rmh dia dah.
Air gunung
ReplyDeleteBerhati-hati...Anon 10:52 ejen provokasi dari puak songkok tinggi. Ini kali pertama saya lihat komen sebegini. Tektik biasalah....untuk provoke puak penyokong ulamak yg kita tahu mudah termakan provokasi untuk naik angin terhadap puak progresif.
Dia iingat dia cerdik....tapi kita boleh hidu dari ayat2: no.1 dan no.2.
Tujuan agen ni untuk adu domba. Awas!....