Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 4, 2015

Tunggang sebelum ngap......tapi rezeki terlepas!

Gambar burung belatuk terbang bersama cerpelai jadi fenomena
Agencies |Kemas kini:Mac 03, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 03, 2015 20:07 MYT)

Gambar burung belatuk terbang bersama cerpelai jadi fenomena
Foto burung belatuk dan cerpelai ini begitu menakjubkan sehingga viral di media sosial.
Gambar seekor burung belatuk terbang dengan seekor cerpelai di belakangnya mencuri perhatian semua sehingga jadi viral di media sosial.

Martin Le-May, seorang jurugambar sambilan yang menetap di London Timur secara spontan merakamkan gambar menakjubkan itu pada Isnin.

Le-May sedang bersiar-siar bersama isterinya di Hornchurch Country Park untuk melihat burung belatuk hijau buat kali pertama dan tidak menyangka akan terserempak dengan situasi yang mengagumkan itu.

Foto itu pertama kali dimuatnaik di Twitter oleh @jayward7 atau Jason Ward, seorang peminat spesis burung dan merupakan jurugambar untuk Wildlife serta konsultan arborikultur (pengurusan penjagaan pokok).
Seperti dilihat di dalam foto, walaupun ia nampak manis seperti dua haiwan ini berkawan dan terbang bersama, namun hakikatnya cerpelai itu mensasarkan burung tersebut sebagai mangsanya.

Belatuk itu berjaya melepaskan diri daripada cerpelai tersebut apabila jatuh tidak jauh daripada pasangan berkenaan.

Kehadiran Le-May dan isterinya telah menakutkan cerpelai tersebut dan burung itu menggunakan kesempatan itu untuk melepaskan diri dan terbang kembali.

2 comments:

  1. Renungan buat kita sebagai manusia sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. burung=agama
    ..atau..
    burung=politik semata2@funfair
    ..dan..
    ceperlai=politik demokrasi..

    "ceperlai" membaham semua yg mendukung dia..terutama muslim..

    pas umno pkr sedang ditunggang ceperlai juga haha..

    tapi nampak mcm umno dan pkr layan politik ni mcm layan "funfair" je kan hehe..ikut suka dia kencing sana kencing sini..happy....

    pas layan politik ni mcm layan apa?

    jika ada pehak bawa agama mendukung "ceperlai" atas belakang dia?apa jadi?

    beriye2 pulak tu..dah la dukung ceperlai..kafir sana kafir sini lagi...

    mungkin dia nak berbaik2 ngan umno sebab ketelanjuran mulut masa muda2 dlu kot..
    manala kita nak tau kan...

    jgn memain bai bila 1 negara kita ajarkan otak2 dorang bahawa pehak tu kafir pehak ni kafir..
    kafir mengkafir sesama muslim..

    ko ingat ni hal kecik bai..kubur makin dekat bai..keterlanjuran masa muda mungkin menghantui..mana la kita tau kan..

    wallahuaklam..
    (mohon jgn mengamok)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa