Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 1, 2015

Imbasan: Almarhum Ust. Fadhil Noor - semakan sejarah

 13 Mac 1937 - 23 Jun 2002
Kerjaya
Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (1973-1978).Beliau dipecat dari UTM kerana bertanding dalam Pilihan raya 1977 di DUN Alor Merah dan parlimen Kuala Kedah. Beliau membawa kes itu ke mahkamah kerana pemecatan tidak mengikut saluran yang betul. Mahkamah memerintahkan UTM membayar ganti rugi dan kembali menjadi pensyarah. Beberapa bulan kemudian beliau meletak jawatan demi perjuangan PAS sepenuh masa.
Presiden ABIM 

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978) dan Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976). 

ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS di mana 8000 ahli ABIM ialah ahli PAS. Siaran ABIM juga giat menyebarkan buku dan tulisan Ikhwanul Muslimin seperti Hassan al Banna, Syed Qutb dan Jamiat Islami, Maududi. Beberapa tokoh PUM juga tonggak penting PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Fadzil Noor dilantik menjadi Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan ISA pada 1974 ekoran isu demonstrasi kebuluran di Baling. Tokoh penting ABIM ketika itu ialah Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman.
Politik
Beliau mula bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun itu, PAS kalah teruk di Kelantan yang dikuasai sejak 1959.

Dr Mohd Natsir menggesa umat Islam merapatkan jemaah demi perjuangan Islam. Beliau menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. 

Pada 1980, beliau bertanding di DUN Anak Bukit berikutan kematian wakil rakyat di situ. 

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan raya umum Malaysia 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. 

Pada Pilihan raya umum Malaysia 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Fadzil Noor mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman.

Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).
Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. DUN Anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah.
Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS (1981-1982) dan kemudian Timbalan Presiden pada 1983.Peristiwa Memali dan Peristiwa Lubuk Merbau terjadi pada 1985. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.
Pada tahun yang sama (1999), beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.
Gerak
Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia) (Gerak). 

Gerak ditubuhkan oleh PASDAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menawan semula Kelantan dan Terengganu
Hasil kerjasama PAS dengan Parti Semangat 46 dan membentuk Angkatan Perpaduan Ummah pada 1989, PAS berjaya menang majoriti kerusi di negeri Kelantandan kerajaan PAS dibentuk semula di Kelantan pada 1990 semenjak kalah teruk pada 1977.
Pada 1999, PAS menubuhkan Barisan Alternatif bersama Keadilan dan berjaya mendapatkan semula Terengganu yang terlepas pada 1964. Rakan ABIMnya ,Tuan guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.
Meninggal dunia
Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganukerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah.
Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul UlumPokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.
Kata-kata
"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir. - sumber

2 comments:

  1. mungkin benar tuduhan mamat tu. ada usaha nak gulingkan presiden pas bermula 1998. bermakna ada usaha nak jatuhkan almarhum ustaz Fadhil Noor.

    usaha ini mungkin berterusan hingga 2002 apabila hadi berjaya dinobatkan sbg presiden.

    masa belum jadi presiden, berusaha nak jatuhkan presiden. bila dah jadi presiden, berusaha nak kekal sampai kiamat!

    ReplyDelete
  2. Cakap tak guna akal..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa