Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 1, 2015

“Aci kerat kelingking saya kalau perdana menteri berani saman Harakah"

Bekas ahli PAS tidak yakin PM berani saman Harakah
Published: 28 February 2015 7:44 PM
Anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar, yakin Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak akan berani menyaman Harakah. – Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2015.

Anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar, yang juga bekas ahli PAS, penuh yakin Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak akan berani menyaman Harakah kerana beliau tidak akan sanggup "mendedahkan" dirinya di mahkamah.
“Aci kerat kelingking saya kalau perdana menteri berani saman Harakah,” katanya menggunakan perumpamaan membawa maksud beliau sanggup memotong jarinya sekiranya perdana menteri benar-benar menyaman lidah rasmi PAS itu.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Tamrin berkata, Najib sebelum ini pernah menghantar surat ugutan menyaman portal Malaysiakini dan dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) - Rafizi Ramli (Pandan) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara) - namun ia tidak dilaksanakan sehingga kini.
“Saya tidak nampak dia, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tirinya Riza Aziz berani ke mahkamah untuk mendedahkan segala kelemahannya,” katanya merujuk anak Rosmah hasil perkahwinan terdahulunya.
Pada Khamis, Utusan Online melaporkan, Najib bakal menyaman portal Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dan Riza dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui satu artikel bertajuk “Dana 1MDB biaya syarikat filem Riza Aziz (Bhg 2)' diterbitkan pada 19 Februari.
Najib menyifatkan artikel tulisan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub itu, yang mempersoalkan sama ada Riza mendapat manfaat daripada 1MDB, satu "fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan".
"Saya mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang menuntut HarakahDaily menarik balik artikel tersebut," katanya.
Tamrin berkata, beliau percaya Najib tidak akan meneruskan tindakan saman itu. 
“Kalau kepada mereka pun Najib hanya berani gertak sahaja, inikan pula Harakah,” kata Tamrin merujuk surat yang pernah dihantar kepada kepada Malaysiakini, Rafizi dan Pua.
“Ia hanya nota tuntutan sahaja… Sekadar drama minggu ini sahaja,” kata Tamrin yang pernah menjadi Pengerusi Mara ketika berada dalam Umno sebelum menyertai PAS pada 2013.
Tamrin meninggalkan PAS selepas parti Islam itu dilanda krisis dengan PR ekoran cadangan PKR menukar menteri besar Selangor.
Rosli dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, sebagai orang kecil, beliau berbangga disaman orang besar seperti Najib.
Rafizi yang juga naib presiden PKR pula mencabar Najib menyaman beliau terlebih dahulu sebelum menyaman pihak lain memandangkan beliau juga pernah menerima surat ugutan begitu sebelum ini.
"Bukan saja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini, saya lebih terkejut kerana Najib belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini.
"Oleh itu, saya menasihati Najib supaya menyaman saya dulu sebelum mengugut untuk menyaman pihak lain.
"Saya juga menggalakkan lebih ramai pihak mengkritik Najib dan jangan takut dengan ugutan saman kerana sehingga sekarang beliau masih belum menyaman sesiapa pun, lebih-lebih lagi pengkritik nombor 1 beliau iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 28 Februari, 2015. - sumber

2 comments:

  1. Locked!!!, March 1, Sunday @ 1000hrs.

    ReplyDelete
  2. 1 Mat Dah Bahalol (1MDB) mana boleh masok mahkamah....

    Takde satu hakim pun berani nak hakim 1 Mat Dah Bahalol sekarang ini.

    Nilai Ringgit jatuh teruk pun pasal 1 Mat Dah Bahalol.

    Kalau 1 Mat Dah Bahalol jaga dan kontrol KONTOL pasti tiada masalah sampai sekarang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa