Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 2, 2015

Isu ni aku tak tahu, kesian atau nak gelak......?

Saman Harakah tidak membanggakan
 | March 2, 2015
Seteruk-teruk Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak saman dan selemah-lemah Tun Abdullah Badawi dia juga tak saman rakyat.
hanipaharakahKUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin bersedia untuk mengutip dana membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak membayar caj guaman jika Najib mahu menyaman akhbar Perancis yang pernah menuduh beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2009.
“Sebab dia perdana menteri jadi kita tolong,” katanya berikutan rasa tidak puas hati beliau terhadap langkah Najib yang bertindak untuk menyaman akhbar Harakah Daily.
Soal beliau lagi, dua bulan lalu Tony Pua dari DAP dan juga Rafizi Ramli (PKR) juga pernah diberi notis peringat untuk disaman, namun sehingga sekarang Najib belum lagi menyaman mereka.
“Seronok juga bila dia saman semua jadi meriah, maknanya dalam parlimen kami jarang dapat soal Perdana Menteri, jadi bila Najib nak pergi mahkamah dan bersedia disoal saya bersyukur dan ucap terima kasih,” jelasnya yang juga peguam kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakub.
Pada masa sama beliau, juga turut mempersoalkan tindakan Najib sehingga kini langsung tidak mengambil tindakan menyaman akhbar New York Times, Sunday Times dan Sarawak report yang banyak mengkritik perdana menteri dalm isu 1MDB.
Hanipa menyifatkan tindakan Najib memberi notis peringatan untuk disaman sebagai pertama kali dalam sejarah Malaysia apabila seorang ketua negara menyaman rakyat biasa.
“Seteruk-teruk Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak saman dan selemah-lemah Tun Abdullah Badawi dia juga tak saman,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau menghormati keputusan Najib untuk menyaman Rosli dan juga Harakah atas kapasiti mempertahankan keluarganya daripada difitnah.
“Kami sudah berbincang dan sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah, kami bersedia berhadapan dengan Perdana Menteri di mahkamah,” ujarnya.
Manakala, Rosli pula menyampaikan rasa terkilan beliau terhadap langkah Najib menyaman akhbar itu.
“Saya tak rasa bangga, Najib saman saya. Imej perdana menteri kita terjejas, saya terkilan sebagai rakyat Malaysia ialah menjaga imej pemimpin kita. Tapi itulah hakikatnya dia sendiri tak nak jaga imej dia,”katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Harakah Daily disaman atas tuduhan menfitnah anak tiri Najib, Riza Aziz yang dikata mengguna dana 1MDB untuk membuat filem sebaliknya terkilan apabila imej seorang ketua negara sudah tercemar apabila bertindak menyaman rakyat.

1 comment:

  1. 1 Mat Dah Bahalol pandai

    Saman Harakah ini saja nak buat orang pikir tentang bende lain dari isu 1MDB

    Orang orang PAS mesti bijak ikut gaya DAP pentong kan isu isu ekonomi yang akan bagi makan minum pada rakyat.

    1 Mat Dah Bahalol sudah kaya raya tapi bangsa nya rata rata papa kedana.

    PAS kena ada politik pakai Otak tak boleh ikut sangat Otak Gred 3 Pemimpin PAS.

    UMNO dah benggap , PAS pulak bodoh

    Kalau gabung nampak cantik pun

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa