Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 2, 2015

Ini baru 'jantan', berani buat berani tanggung!

'Kenapa ancam saman Harakah sahaja, kenapa tidak NY Times sekali?'
Syafique Shuib,Astro Awani |Kemas kini:Mac 02, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 02, 2015 15:58 MYT)

'Kenapa ancam saman Harakah sahaja, kenapa tidak NY Times sekali?'
(Dari kiri) Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop, peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad ketika satu sidang media tengah hari tadi. Gambar: Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop sedia berhadapan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah berhubung kenyataan fitnah dalam artikel membabitkan dana 1MDB.

Pada 26 Februari, Najib mengemukakan surat tuntutan kepada pihak HarakahDaily yang antara lain menuntut HarakahDaily berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berhubung isu itu terhadap Najib, 48 jam dari tarikh notis.

Rosli diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang berkata tempoh itu telah tamat dan pihak Harakah enggan menuruti tuntutan itu.

"Jika kes ini dibawa je mahkamah, kami sudah bersedia.

"Kami hormati hak beliau untuk menyaman. Tidak ada masalah kerana ini perkara biasa," jelas Mohamed Hanipa dalam satu sidang media di Pusat Media PAS, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Namun, Mohamed Hanipa mahu Najib menjelaskan mengapa beliau (Najib) tidak juga menyaman media antarabangsa yang sebelum ini pernah menulis tentang beliau.

"Kalau betul beliau ingin menjaga nama beliau, kenapa tidak samanThe New York Times danThe Sunday Times?"

"Dan kalau nak nampak konsisten dan serius, anak tiri beliau iaitu Riza Aziz sepatutnya saman juga," kata Mohamed Hanipa.

Beliau kini sedang menunggu tindakan susulan Najib berikutan notis 48 jam yang diberi telah tamat.

Surat tuntutan itu, yang turut diserahkan kepada Ketua Pengarang HarakahDaily Taufek Yahya, menyatakan  bahawa sekiranya firma guaman itu tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak HarakahDaily berhubung surat tuntutan itu, ia bermaksud pihak itu tidak menafikan penegasan Najib itu dan HarakahDaily juga berniat untuk meneruskan dengan penerbitan kenyataan berunsur fitnah itu.

Surat tuntutan itu: "Dalam keadaan tersebut, kami mempunyai arahan tegas daripada anak guam kami untuk meneruskan prosiding mahkamah terhadap pihak tuan tanpa sebarang rujukan pihak tuan, termasuklah permohonan menfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut."

1 comment:

  1. Jantan biar ber tempat.

    Katak Jantan pun KIOK di gelek kereta jemberang jalan


    Mat Bahalol tak mungkin masok mahkamah pun dan tak de sejarah lepas Mat Bahalol pergi mahkamah pun.

    Kalau Hakim pun takut pada Mat Bahalol , nak buat apa bazir masa duit ikut per mainan Mat Bahalol.

    Apa yang Anwar Ibrahim buat minta Ampon Agong tu betul.

    Nak buat apa ikut permainan bodoh Mat Bahalol yang sudah tentu menang.

    1 Mat Dah Bahalol boleh buat negara bankrap , Hatakah dinkira sampah saja.


    Jangan jadi Bahalol ikut emosi ; cukup lah ada Nik Abduh !!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa