Militan IS Malaysia terlibat rakaman video sembelih tawanan perang
Abdul Hakim Rahman,Astro Awani |Kemas kini:Mac 04, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 04, 2015 18:11 MYT)

KUALA LUMPUR: Pembabitan rakyat malaysia dalam kumpulan militan Islamic State (IS) memasuki dimensi baru.
Ia selepas pendedahan rakaman video pembabitan rakyat negara ini dipercayai terlibat menyembelih tawanan perang di Syria.
Rakaman diperoleh Bahagian Risikan Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia selepas ia dimuatnaik di laman Facebook anggota IS Malaysia pada 22 Februari lalu.
Video berdurasi 30 saat ini memaparkan aksi Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, 25 tahun berasal dari Melaka yang tiba di Syria 26Januari lalu bersama isterinya, Nor Mahmudah Ahmad.
Turut dikenalpasti adalah Mohd Faris Anuar, 20 tahun, individu yang merakam video ini berdasarkan pengecaman suara.
Manakala lelaki yang memegang kepala tawanan perang dipercayai warga Indonesia.
Video turut dimuatnaik bersama status, menyatakan bahawa ia sebagai pengajaran dan hukuman kepada sesiapa yang mengkhianati islam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan setakat ini 61 rakyat Malaysia sudah menyertai militan IS di Syria.
“Kita telah kenalpasti 61 warga Malaysia yang berada di Syria tetapi jumlah sebenar yang berada disana antara 70 hingga 80 orang,” katanya dalam sidang media di sini.
Sejak Februari 2013 hingga Mac lalu, 71 suspek militan IS ditangkap.
Tambah Ayob, Wanndy menyusup keluar dari negara ini kerana menggunakan pelbagai laluan bagi menyukarkan dia dikesan pihak berkuasa.
Dia menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand.
Sebaik tiba mereka mengambil penerbangan ke Moscow, Rusia dan seterusnya ke Istanbul, Turki.
Dari Istanbul, Wanndy dan isterinya menggunakan laluan darat untuk masuk ke Syria

Apa nak diherankan Melayu dah tergamak jadi tukang sembelih. Rakyat Malaysia sendiri memilih pemimpin seorang pembunuh, perasuah, penipu, perompak duit rakyat, boleh diangap sebagai raja segala penjenayah maka tidak heran rakyatnya juga berakhlak sama spt pemimpin. Hukum keseimbangan tetap akan berlaku.
ReplyDeleteAnon 9:21pm...setuju dgn anda...kalau pemimpin2 dinamakan letak jawatan atau di buang..mereka tetap kaya raya...kita yg tinggal dgn pimpinan baru merangkak utk memulihkan ekonomi negara.....

ReplyDeleteRakyat pun akan disembelih tak lama lagi... 1 April 2015 hari sembelih poket rakyat.
ReplyDeleteAyah dan ibu beliau meninggal waktu beliau kecil bersama kita berdoa yang baik2 sahaja
ReplyDeleteThis is very attention-grabbing, You're a very skilled blogger.
ReplyDeleteI have joined your feed and sit up for seeking extra Plenty Of Fish Dating Site Of Free Dating
your excellent post. Additionally, I have shared your web site in my social
networks