Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 4, 2015

‘Skandal’ Deepak lagi bikin gempak!

Bekas setiausaha agung Umno dedah ‘skandal’ Bank Rakyat dalam buku baharu
OLEH MD IZWAN
Published: 4 March 2015 6:18 PM
Shahbudin Husin bersama Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabbaruddin Chik pada pelancaran buku terbaharu mengenai skandal Bank Rakyat, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mac, 2015.

Skandal Bank Rakyat RM32 juta yang mendapat perhatian ramai tahun lepas kini diceritakan dalam sebuah buku berjudul "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat" tulisan Shahbudin Husin, yang dilancarkan hari ini oleh pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.
Buku yang dikarang penulis blog terkenal itu menampilkan wawancara dengan bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik, yang juga bekas setiausaha agung Umno.
Dalam buku terbaharu Shahbudin ini, beberapa perkara dibongkar melibatkan peranan usahawan permaidani, Deepak Jaikishan dalam skandal Bank Rakyat.
Buku itu mendedahkan hubungan Deepak dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan layanan istimewa diberikan kepada beliau dalam isu pinjaman Bank Rakyat.
Sanusi semasa berucap melancarkan buku itu di Petaling Jaya hari ini, berkata tidak pernah dalam sejarah Umno seorang bekas setiausaha agung dimalukan dan dihina seperti dilakukan terhadap Sabbaruddin.
"Belum pernah daripada 21 bekas setiausaha agung Umno dimalukan dan dihina seperti yang dilakukan ke atas Sabbaruddin," kata Sanusi, yang merupakan menteri semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kontrak Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung di atas arahan Datuk Seri Hasan Malek.
Hasan, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, didakwa masuk campur isu penyambungan kontrak Sabbaruddin kerana tidak berpuas hati dengan bekas pengerusi Bank Rakyat tersebut.
Sabbaruddin berkata tujuan buku ini diterbitkan adalah bagi menegakkan keadilan bagi dirinya.
"Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat. Beliau (Hasan) menyalahguna kuasa," katanya.
Penerbitan buku 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mac, 2015.
Antara artikel yang dimuatkan adalah kenyataan Sanusi dan juga Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang membangkitkan skandal tersebut.
Turut hadir pada majlis hari ini bagi menyatakan sokongan adalah bekas ketua pengarang The New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Deepak sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 2013.
Beliau pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
Penerbitan buku ini dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah berdepan pelbagai skandal, antaranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan New York Times mengenai harta pusaka.
Kedudukan Najib juga tidak berada dalam keadaan baik pada ketika bekas perdana menteri,  Dr Mahathir juga lantang mengkritik pentadbirannya. – 4 Mac, 2014.

5 comments:

  1. INILAH BANGSA YANG MEMBUNUH ANAK BANGSA YANG MANA KEMUDIAN NYE MEREKA MENGATA KAN MEREKA PEMBELA MELAYU DAN MELAYU AKAN MENAIKAN MERTABAT HINGGA BULAN DAN BINTANG. PENGKHIANAT INI TIDAK LAGI MEMPEDULIKAN HAL HAL YANG KESUSAHAN RAKYAT.PENGKHIANAT KHIANAT PENGINI SEBEGINI RUPA HARUS DIHAPUSKAN SEHINGGA ZURIAT MEREKA

    ReplyDelete
  2. Rasakan....kalau pembangkang cakap..semua fitnah....kami rakyat menderita...mereka peduli apa..tahu tak depa...anak2 aku habis belajar dah berhutang...kesian mendengar keluhan mereka....mana nak bayar hutang rumah....hutang kereta..membesarkan anak2 lagi....aduhai Malaysia!

    ReplyDelete
  3. Kesimpulannya:
    1. Bila dah pencen, bila fulus dah tak masyukkk, baru nak bukak mulut.
    2. Team Mahathir lawan team Najib.
    3. Masih berlegar dalam lingkungan bau-bau bacang dengan gadis mongol.
    4. Salah guna kuasa sesetengah makhluk ke atas institusi perbankan.
    5. Tua2 santan kelapa!
    6. PR wajib hati2 ditakuti wujud agenda tersusun dan tersembunyi.

    ReplyDelete
  4. tahun 2015 ni bukan sahaja cuaca yang panas, orang2 sinun pun panas jugak.

    ReplyDelete
  5. Walaubagaimana geng sereban akan dtg menyelamat semah n tok jib.. Tu le UG ... He he he..rakyat juga yg kena?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa