Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 6, 2015

Soalan cepumas

Siapa dalang serang Najib?
mk - 12:00PM - 6 Mar 2015

Dalam beberapa minggu mutakhir, tekanan semakin memuncak terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak apabila satu demi satu kontroversi - seperti hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ugutan pendedahan Sirul Azhar Umar - menjadi tajuk utama berita.

Dalam senario ini, pemimpin Umno memanggil pula perhimpunan untuk menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri Ahad ini, sementara minggu lepas Najib berada di tengah perhimpunan perpaduan Melayu.

Malaysiakini bercakap dengan beberapa individu untuk melihat sama ada semua yang berlaku itu semata-mata kebetulan atau ada dalang di sebalik perkembangan terbaru itu.

Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata apa yang berlaku lebih daripada apa yang dilihat.

"Saya tidak fikir ia berlaku secara spontan, ia (serangan itu) kelihatan dirancang dan diselaras dengan baik. Sebab itu beliau (Najib) berasa terancam.

"Banyak perkara kelihatan menghentam perdana menteri dalam satu masa," katannya.

Di Australia, bekas koperal dalam Unit Tindakan Khas (UTK) mengancam untuk menelanjangkan semua yang berlaku di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, bekas anggota komando polis itu berkata beliau dijatuhkan hukuman mati, dalang pembunuhan itu masih lagi bebas.

2 comments:

  1. TAK PEDULI DALANG KE BELALANG KE JALANG KE NAJIB MESTI DITANGKAP DAN DIHERET KEPENADILAN ATAS MEROSAKAN DANA NEGAR DALAM PENGE4DALIAN 1 MDB.PIHAK PENGUASA YYANG PENGEJUT DI MINTA UNDUR BAGI PADA YANG BERANI

    ReplyDelete
  2. Siapa yang nak budak bahalol hancur kan bangsa , agama , negara hanya tuk puas kan nafsu kontol yang se coit.

    Orang Indon pon tak nak....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa