Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 15, 2015

Bekas IGP pula bersuara.......

Bekas KPN: Pihak berkuasa mesti dilihat bertindak dengan cara yang wajar 
09:30PM Ogos 14 2015

oleh Alyaa Alhadjri
SEKILAS PANDANG: Kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Hanif Omar tepat sekali apabila beliau mengingatkan kerajaan dan pihak berkuasa bahawa adalah "sangat penting" untuk dilihat sebagai telah berkelakuan dengan cara yang betul, semasa menyiasat perkara-perkara yang dikaitkan dengan dana pelaburan negara kontroversi, 1Malaysia Development Berhad bernilai RM42 bilion.
Portal berita The Malay Mail Online memetik Hanif sebagai berkata bahawa kedua-dua Putrajaya di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan polis boleh mengelakkan respon negatif orang awam jika mereka telah berkelakuan sewajarnya semasa menjalankan siasatan.
"Kadang-kadang, satu perkara yang betul mengikut undang-undang, tidak dilakukan dengan cara yang betul untuk memberi gambaran yang baik dan dalam demokrasi, persepsi adalah sangat penting, jadi mereka perlu mengikut semua perkembangan ini," Hanif dipetik sebagai berkata.
Secara khusus, Hanif merujuk kepada siasatan terhadap pihak yang didakwa disyaki membocorkan maklumat rahsia berkaitan 1MDB kepada pihak ketiga yang tidak dibenarkan, termasuk pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
"Mereka (polis) berhak untuk menyoal orang-orang ini... tetapi pada masa yang sama, mereka perlu melakukannya dengan cara tidak menghalang SPRM daripada menjalankan tugasnya," kata Hanif pada 13 Ogos. 
Buat rakyat biasa, tindakan polis adalah tidak lebih daripada satu bentuk ancaman terhadap pegawai-pegawai awam yang hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka, oleh rakyat sendiri.
Pihak polis setakat ini telah menahan sehingga sembilan individu dalam siasatan mereka mengenai dakwaan kebocoran dokumen dalam siasatan terhadap 1MDB, tujuh daripada mereka adalah dari SPRM, termasuk seorang Timbalan Pendakwa Raya yang telah dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara.
Dokumen-dokumen ini pada mulanya merupakan sebahagian daripada siasatan sebuah pasukan petugas bersama – yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, polis, Bank Negara dan SPRM – yang kemudiannya telah dibubarkan.
Zeti AzizZeti Aziz
Selain daripada SPRM, Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz pada 13 Ogos juga mendedahkan bahawa tujuh orang pegawainya telah disoal siasat oleh polis berhubung isu yang sama.
Terdapat khabar angin sebelum ini bahawa Zeti mungkin telah diberi tekanan untuk meletakkan jawatan, tetapi laporan-laporan berita memetik beliau sebagai mengesahkan bahawa dia akan kekal sehingga akhir tempoh penggal lima tahunnya, pada tahun hadapan. 
Terdapat juga khabar angin bahawa Zeti tidak masuk ke pejabat atas sebab-sebab kesihatan, tetapi portal online Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata: "Saya sama sekali tidak mengambil ubat dan tidak pernah mengambil sebarang ubat. Saya juga terlupa makan multivitamin."
Khabar angin telah bertiup kencang berikutan penyingkiran secara tiba-tiba bekas Peguam Negara, Gani Patail pada 28 Julai, juga atas sebab-sebab kesihatan, dan digantikan dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Apandi Ali.
Penggal Gani pada asalnya dijadual berakhir pada bulan Oktober.
Penyingkiran Gani adalah satu lagi perkara yang mungkin kelihatan tidak wajar dan terlalu mudah, walaupun ia mungkin betul dari segi undang-undang.
Seperti yang dikatakan Hanif, orang ramai akan mendapat tanggapan yang lebih baik berkenaan pihak berkuasa yang menyiasat, jika mereka dilihat menjalankan tugas-tugas mereka dengan cara yang adil dan saksama.
Tindakan meneruskan apa yang dilihat sebagai taktik "tangkap dan lepas" terhadap pembangkang kerajaan, di sudut lain, hanya akan mengukuhkan tanggapan yang adanya tindakan keras polis dalam bentuk ugutan atau ancaman. 
Syefura OthmanSyefura Othman
Dalam kes terbaru, dilaporkan pada 13 Ogos bahawa polis telah memanggil Syefura Othman dari DAP untuk disoal siasat bagi satu siasatan hasutan, atas kenyataan menghasut yang didakwa telah dikeluarkannya terhadap sultan.
Pada malam yang sama, dua sukarelawan gabungan Bersih 2.0 ditahan di Petaling Jaya semasa menggantung sepanduk bagi acara yang dijadualkan berlaku pada 14 Ogos itu.
Mereka dilaporkan ditangkap kerana melarikan diri dari tempat kejadian apabila bertemu dengan polis, tetapi kemudiannya dibebaskan apabila mereka tidak didapati melanggar mana-mana undang-undang.
Taktik itu, menurut pemerhati, mungkin membayangkan banyak lagi tindakan keras terhadap individu-individu yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 4 akan datang – walaupun pihak polis telah memberikan "lampu hijau" bagi bantahan semalaman untuk dijalankan.
Jika ini berterusan, orang ramai tidak boleh dipersalahkan kerana mempunyai persepsi bahawa terdapatnya "tangan-tangan ghaib" yang mempengaruhi tindakan-tindakan polis, yang kelihatan bersifat gangguan secara sengaja.
Comments and suggestions can reach the writer at alyaa@hckmedia.com

1 comment:

  1. Lakonan saja

    MAT MONGOL @ MAT BAHALOL ada saham kat Bukit Judi kan...

    Cakap cakap saja tak ke mana

    TONG tu pon dapat makan bulan bulan dari BUKIT JUDI

    Ingat Mat Bahalol bodoh????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa