Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 6, 2015

MH370: Bagaimana serpihan terdampar di Pulau Reunion

Bagaimana flaperon Boeing 777 boleh terdampar di Pulau Reunion 
Published: 5 August 2015 8:29 PM
Tekanan udara, arus lautan dan angin, yang bertiup sama ada ke arah timur atau barat, menyebabkan satu flaperon serta serpihan lain daripada sebuah pesawat Boeing 777 terdampar di pantai Pulau Reunion Island, kata seorang pakar penerbangan.

Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian, Ketua Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kuala Lumpur, berkata tekanan udara di sesuatu kawasan di Lautan Hindi menyebabkan ombak bergerak sama ada ke arah timur atau barat.
"Jadi, objek atau serpihan dengan daya apung yang tinggi, akan ditolak arus lautan ke arah utama di kedua-dua arah. Dalam kes ini, kemungkinan lokasi paling hampir ialah di sekitar Madagascar dan negara Afrika yang menghadap Lautan Hindi.
"Objek yang memiliki ciri-ciri yang membolehkannya terapung, akan menuju ke arah timur atau barat disebabkan arus Lautan Hindi," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tekanan udara, arus lautan dan arah anginlah yang menggerakkan objek dan menentukan ke mana arah tujuannya.
"Pulau Reunion terletak dalam lingkungan kawasan yang disyaki menjadi lokasi pesawat berkenaan terhempas di Lautan Hindi. Ini menyebabkan hampir pasti bagi sesebuah pesawat yang mengakhiri penerbangannya di situ, serpihannya dihanyutkan ke pulau berkenaan," kata Mohd Harridon.
Pulau milik Perancis itu terletak di luar pantai Madagascar, kira-kira 4,000km dari tempat usaha mencari pesawat MH370 Malaysia Airlines dijalankan.
Beliau berkata adalah hampir mustahil bagi keseluruhan bangkai pesawat itu dihanyutkan ke pantai.
"Seluruh bangkai peswat itu akan tenggelam di dalam lautan. Hanya sebahagian... serpihan seperti flaperon, sayap dan objek lain daripada pesawat tersebut akan dihanyutkan ke pantai," katanya.
Flaperon berkenaan, yang disahkan berasal daripada sebuah pesawat Boeing 777, dibawa ke Toulouse, Perancis untuk ditentukan sama ada ia berasal daripada Penerbangan MH370.
Penerbangan MH370 hilang daripada pengesanan radar pada kira-kira tengah malam 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. – Bernama, 5 Ogos, 2015. - sumber

2 comments:

  1. Professor KANGKONG bagi cakap cakap boleh dengar ke???? Ada pengalaman kat laut ke ????

    Kalau pengalaman CUT & PASTE baik main KOTE saja dalam pejabat tu.

    CNN cakap cakap lagi kredible dengan interview orang ada pengalaman terus ; mana ada bebudak bahalol dalam CNN punyea.

    Elok jugak buat kajian air sungai kelang kenapa tiada ikan SALMON ????

    Kepala Otak !!!!!!

    ReplyDelete
  2. Ce try fikir... taktik nk alih perhatian drpd 1mdb, polis & sprm. Tetiba je muncul... hahaha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa