Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 6, 2016

Apa yang hang kata mungkin ada betoinya tapi hang sendiri tadak perkara aib ka?

Rais Yatim tak nak buka aib Tun Mahathir
Anne Muhammad  -  
Bekas Menteri Kabinet Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Tun Dr Mahathir tidak seharusnya menghentam kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia kerana katanya, ketika Mahathir memerintah, terdapat perkara yang tidak wajar turut berlaku, tetapi beliau enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan bekas perdana menteri itu.

“Saya sebagai seorang menteri beliau, banyak perkara berlaku tetapi kita juga harus jangan gunakan perkataan untuk menghentam, atau meletakkan sesuatu itu sehingga tidak ada nilai lagi…

“Tetapi soalan ini harus kita bandingkan dengan apa yang Tun buat dulu, sehingga hal-hal tidak wajar pernah berlaku.

“(Saya) tak nak buka rekod itu kerana tak nak aibkan, dalam Islam mengaibkan saudara lain akan aibkan kita semula,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra- pelancaran IIUM Global Home Coming 2016 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Matahir yang sering menghentam kepimpinan Najib.

Semalam, Mahathir bersama pembangkang menandatangani deklarasi menyokong penyingkiran Najib.

Mengulas lanjut, Rais yang juga merupakan penasihat sosio-budaya kerajaan Malaysia turut menasihati Mahathir supaya tidak bertindak keterlaluan untuk menjatuhkan Najib.

“Tun Mahathir jangan keterlaluan suruh orang turun sebagai perdana menteri. Beliau pun macam-macam peristiwa berlaku juga, saya di dalam kabinet beliau, saya hormat beliau.

“Sekarang Najib anak asuhan beliau. Najib disuruh turun, Pak lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) juga disuruh turun juga, mesti ada caranya. Ia perlu mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Rais turut tidak menduga bahawa Mahathir akan bertindak sedemikian, justeru beliau menasihati Najib untuk berwaspada dengan kritikan yang diberikan kepadanya.

"Saya tidak menduga bahawa Tun Mahathir akan melaksanakan satu taktik seperti itu, kerana selama ini beliau dikenali sebagai tidak mesra dengan (Veteran DAP) Lim Kit Siang, tidak mesra dengan PKR.

"Saya tidak fikir ini wajar. Hal-hal yang berkaitan dengan kerajaan belum selesai, ada lagi dua tahun di mana kerajaan harus buat kerja rumah.


“Harus diberi peluang itu, tidak harus cakap turun kamu itu, itu tidak ada cara dalam demokratik," katanya.

4 comments:

  1. Rakyat tahu siapa Tun. Malah satu dunia tahu siapa beliau.
    Kerajaan pimpinan siapa yg menyusahkan rakyat.

    Rakyat termasuk ahli umno sendiri nampak ketidak adilan berlaku padà masa ini. Banyak sangat pembohongan, pemecatan, rasuah, kekeliruan, kebodohan menteri, cukai yg keterlaluan.

    Waktu Tun dahulu, MT Dan kabinet kerja sungguh kerana takut dgn sifat beliau yg dianggap. "kuku Besi" , tapi lihat saja hasil usaha beliau. Satu dunia menyanjungi.

    Kini rakyat melihat ahli MT Dan kabinet hanya dipenuhi dari kalangan "pengampu bod3k" sahaja. Konon nak selamatkn parti sebaliknya hanya memburukkan keadaan.

    Rais, nazri, maslan atau sesiapapun kalangan mereka ni boleh cakap apa pun, Rakyat Tak peduli..
    Tun telah bersama DAP. APA message nya.. Negara sudah kritikal diambang kehancuran.

    ReplyDelete
  2. Puak2 ni tak pa la kaya raya..depa tak da rasa kesusahan apa pun..ini bukan soal sapa aib sapa..ini masaalah rakyat dalam tekanan..kalu rakyat tak apa masaalah hangpa buat la apa pun rakyat tak bising..macam mahathir dulu..

    ReplyDelete
  3. La ni rakyat hidup dalam tekanan..semua beban turun kat rakyat..puak2 ni semua kaya raya..tak da pa pun masaalah..bukan soal sapa nak londeh sapa..kami pun tau mahathir tu pun bukan baik mana..tapi dia tak menyusahkan rakyat..sia pun ada sapu2 jugak..tapi kami rakyat tak bising pasal dia tak menyusahkan rakyat..bini dia pun simple ja..tak la pakai cincin mahal2..

    ReplyDelete
  4. La ni rakyat hidup dalam tekanan..semua beban turun kat rakyat..puak2 ni semua kaya raya..tak da pa pun masaalah..bukan soal sapa nak londeh sapa..kami pun tau mahathir tu pun bukan baik mana..tapi dia tak menyusahkan rakyat..sia pun ada sapu2 jugak..tapi kami rakyat tak bising pasal dia tak menyusahkan rakyat..bini dia pun simple ja..tak la pakai cincin mahal2..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa