Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 29, 2016

Najib berbelanja: Bagaimana ABC mendapat perincian ini?

Dakwaan perbelanjaan Najib - kereta, percutian, barang kemas...
mk- Hari ini, 7:16 malam
Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.
Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama "Mr X" yang dakwanya milik perdana menteri.
Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four CornersABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.
Perbelanjaan termasuk:
  • Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
  • Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
  • Bayaran bagi media dan pengiklanan - jumlah tidak didedahkan
  • Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) - jumlah tidak didedahkan
  • Yayasan Rahah - RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
  • Penginapan Hotel - RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
  • Beli-belah - RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
  • Percutian - RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
  • Kereta mewah - RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
  • Ahli perniagaan, akademik dan peguam - jumlah tidak ditentukan
Malaysiakini sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mendapatkan reaksi mereka.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa