Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 26, 2016

Mungkin disebabkan kesilapan juruterbang: TV Rusia siar kata-kata akhir juruterbang Flydubai

Nahas Flydubai: TV Rusia siar kata-kata akhir juruterbang
AgensiDiterjemahkan olehAzyyati Ahmad  Mac 26, 2016 18:37 MYT   
Nahas Flydubai: TV Rusia siar kata-kata akhir juruterbang
Pesawat FZ981 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, terhempas di landasan Lapangan Terbang Rostov-on-Don ketika cubana mendarat pada 19 Mac lalu. -Gambar fail
MOSCOW: Saluran televisyen Rusia Rossiya-1menyiarkan kata-kata akhir juruterbang pesawat Flydubai yang terhempas di Rostov-on-Don minggu lalu, yang menunjukkan kebarangkalian nahas disebabkan oleh kesilapan juruterbang, lapor AFP.

Transkrip perbualan terakhir itu jelas menunjukkan pesawat tersebut hilang kawalan sejurus fungsi autopilot dimatikan.

"Jangan bimbang," kata juruterbang berulang kali dalam transkrip yang diterjemah ke dalam Bahasa Rusia, sebelum beberapa kali berkata "Jangan buat begitu!"

Kemudian, kata-kata terakhir yang dirakam adalah "Tarik!" yang berulang kali disebut oleh juruterbang berkenaan.

Untuk enam saat terakhir, apa yang didengari hanyalah jeritan manusia, lapor saluran TV tersebut.

Namun begitu, saluran TV itu menegaskan bahawa transkrip berkenaan -- yang menunjukkan juruterbang terbabit telah secara tidak sengaja menghidupkan suis penstabil mendatar ketika cubaan meletakkan pesawat dalam keadaan mendatar – bukanlah satu versi rasmi.

Bagaimanapun, pasukan penyiasat ketika ini sedang meneliti punca nahas sama ada disebabkan cuaca buruk, kseilapan juruterbang atau masalah teknikal.

Pesawat FZ981 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, terhempas di landasan Lapangan Terbang Rostov-on-Don ketika cubana mendarat pada 19 Mac lalu.
Sebanyak 55 penumpang dan tujuh anak kapal terkorban dalam nahas itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa