Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 24, 2016

Pengaduan Awam Orang Asli dari Gua Musang

Pengaduan Awam Orang Asli dari Gua Musang ke Kota Bharu.

PSM Cameron Highlands hari ini bersama Orang Asli dari Kg. Sigar dan Kg. Kuala Tahu (Lojing), dan Kg Kelaik dari Pos Blau membuat laporan polis di IPD Gua Musang, Kelantan.

Isu2 yg dibangkitkan ialah pencerobohan tanah adat, pencemaran sungai akibat lombong bijih besi, pencemaran air minuman akibat racun dari ladang sawit. 16 laporan polis telah dibuat. 

Kami juga telah cuba berjumpa Pegawai Daerah Gua Musang tetapi gagal. Usaha untuk memgadakan pertemuan ini telah dicuba sejak setahun lepas.

Untuk itu, satu serahan memorandum kepada Menteri Besar Kelantan akan diadakan di SUK Kota Bharu, Rabu, 30/03/16, 10.30 pagi. - Abah Khai

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa